Sunday, November 28, 2010

~Hijau Mata Hitamku~


Assalamualaikum...





Untuk pengetahuan semua, ini entry terperam dah jadi pekasam dekat seminggu gamaknya. Aku buat-buat tapi lepas tu lupa nak post.. Terperap jer dalam draft... Heee.. Jangan mara haa... Hope u guys enjoy reading this entry!

Hari ini kita nak share ngan korang semua pasal my favourite lens which is ColourVue Contact Lens. Well, nak tanya ni, korang pernah dengar ker pasal ColourVue nie? Hehehe.. May be ada yang pernah dengar kot. Tapi secara jujurnya, inilah kali pertama aku dengar jenama contact lens nie.Ye la, dah nama pun si rabun kan, so lens dan diriku tidak dapat dipisahkan umpama pasir dan pantai. Eyh eyh. Ada ker pepatah cenggitu?? Paper je la kan....

Before this, aku pakai lens without colour. Jenama Bosh and Lombs atau nama glamournya orang panggil 'soft lens'. Soft lens tu tak yah citer la kan. Sangat famous kerana keselesaannya yang teramat sangat. Huhu. So, dah lama sangat pakai lens tanpa colour, rasa bosan sedikit. So, kita pun saja la ngada-ngada nak try pakai lens colour-colour. Baru la nampak stylo and trendy kan?? Ececeh. 

First time pakai colour lens nie, tak berani la nak pilih colour yang daring sangat. So, kita pun pilih la colour-colour yang nampak cool and natural jer. Hehe. Nak tau ker nak tau ker?? Jeng jeng jeng.... Kita pilih....


Party Green

and


Sexy Brown


Aku memang sengaja beli dua, pasal hari tu kat CK ada buat promotion and dapat murah, so tak mungkin lah wa tak rembat kan.... Hahaha... Actually harga ColourVue nie agak mahal sebenarnya, dalam RM80 sepasang. Tapi aku beli dua pasang dalam RM110, which mean sepasang lebih kurang RM55. Kira murah la kan....

ColourVue nie memang selesa dipakai. Lens nya pun lembut dan yang paling penting it makes you look gorgeous and give you a dolly like. Siyes tak tipu. Memang comey sangat mata kaw lepas pakai contact lens nie. So apa tunggu lagi. Moh ler kita pakat pakai mata biru pas nie!!!

 mata hijauku


a dolly look alike 



Fokus pada mata jer taw! 
Haaa,,, besar tak mata aku pas pakai lens ini???





Lastly, thank you for reading this entry!


Saturday, November 27, 2010

Bermula Suatu Kisah....




Assalamualaikum

Hari ni rasa macam nak wat entry selambak. Actually, cuti nie aku tak der la bosan mana pun. Tiap-tiap hari pun ada activity yang nak dibuat. Cumanya, cumanya aku jer yang tak reti2 nak update kat blog nie.. Hehe.. Maklumlah, orang bz bekerja. Blog pun dianaktirikan. Alolor, ciannya kat baby mummy nie... Heee.. Gedik di situ!

Anyway, meh aku citer sikit kat korang rutin harian aku sebermula dinihari sampai la masyuk tido. Sok sek sok sek, cam biasa aku bangun pagi lebih kurang kul 6.30. Tu pun mak yang kejutkan bangun sembahyang Subuh. Kalau tak, Subuh gajah la jawabnya. Hehe. Tak tak. Aku suka sebenarnya dengar suara mak aku pagi-pagi. Kalau tak dengar, rasa cam pelik jer nak mulakan aktiviti seharian. Kekeke.

Pas sembahyang subuh, aku pun sambung balik tido. Zzzzzz.. Gila ah buruk perangai! Haha. Then, bangun. Tengok bawah tudung saji ada breakfast per and terus sarapan. Seterusnya, bermulalah diari aku sebagai orang gaji berbayar dirumah nie. Haa.. Korang mesti cam pelik kan napa aku kata aku nie orang gaji berbayar. Ye ar, mana taknya, setiap 2 hari jer mesti mak aku kasi duit tok beli barang-barang keperluan. Duit lebeyh kasi masuk poket la kan... Mana nak dapat weh keje cam nie? Orang gaji Indon pun dapat gaji sebulan sekali. Aku plak sesedap jer dapat duit 2 hari sekali. Kadang-kadang tiap-tiap hari. Heeeeeee... Masyuk beb masyuk!

Bila tengah hari, aku tukar peranan. Kalau dulu masuk dapur jer, mesti aku terkial-kial tak taw nak wat per kan. Now, nie dah pro sikit la.. Bukan pro pun, separa amatur la. Ye la, aku kan penah bagitaw kat korang yang aku nie tak berapa pandai masak kan. Tapi tu dulu ar... Now, tak yah citer la kan.... Cewah! Bukan per, bagi aku sebagai seorang perempuan kemahiran memasak is something crucial. Walaupun tak taw, kena belajar jugak. Aku pun dalam proses belajar dan sedang berusaha menajamkan skill. Tak pe, yang penting mesti berani mencuba kan??

And bila malam baru la boleyh rehat sikit.. Rehat disini bermaksud time nie je la yang aku boleyh check facebook, tengok update kat blog orang, ader komen or tak di blog sendiri, and jamu-jamu mata dengan online boutique. Pas tu, pas tuh cam biasa la... Orang ada En. Boyfriend kan. Mesti la tunggu malam-malam sikit untuk calling-calling. Tanya khabar. Gurau-gurau sikit. Manja-manja. Mesej-mesej and baru la boleyh tido dengan nyenyaknya... Zzzzzzzz.

Esoknya, rutin yang sama berulang kembali. Berulang dan terus berulang. Huh!





Thank you for reading this entry!


Friday, November 26, 2010

Beautiful Blogger Award~ Yeay, I got it!




Yeay... I got an award...
Thank you, Thank you, Thank you to Cik Fara Lalola

Nak tengok tak award yang kita dapat tak? teee...


hOORAY! 
and
THANK YOU SOO MUCH DEAR!


You need to do these 3 following tasks after receiving the award.

1. Thank the person who gave you this award and the link of the person.

oRITE, and again...thanks FARA LALOLA for giving me this award! 

2. Spread this award to 15 bloggers who you like and think their blog is awesome.

check this out..ur blogs are AWESOME!

Muallimah 86
Allin
Asnur
Lily
Permata yang Dicari
Anna Ruzyana
Zsab
Nurul Huda
Misz Chantek
Lemonade
b.i.n.t.a.n.g  k.e.c.i.l


hope u guys sudi-sudilah amek AWARD ni..heee.... =)


3. Tell 7 things about yourself.
  • I like beautiful things
  • Love to collect beautiful n trendy shawls
  • Gila mengumpul reben (it's soooo cute u know!)
  • eat-a-lot
  • dream-a-lot
  • Out spoken
  • Kind hearted (Boleh terima ker??)

Thursday, November 25, 2010

No Title

Cuti memang best! Tapi cuti terlalu lama tanpa berbuat apa-apa sangat membosankan! Haish.. I dont know what to say... Dont know what to write.. I'm totally blur. TITIK.

















Saturday, November 20, 2010

::TIPS:: Nak jadi kurus tak??


Salam 1 Malaysia.

(Mood Geram)

Asal cuti jer, makan. Asal cuti jer mesti makan. Bila makan jer mesti time tuh cuti. Hehe. Tipu Tipu. Tak cuti pun makan gak tapi bila cuti che' makan tak hengat! Tu la pasai. Nak-nak plak mak selalu masak sedap-sedap. Tak tahannnnnnnnnnnnnnnnn. Geram geram!!!!

Jadi, untuk menghilangkan rasa geram terhadap diri sendiri Cik Enon telah melancarkan satu misi. Bukan Misi angkasawan atau misi negara tahun 2020. Nie misi besau you know. Jangan main-main. Misi nie plan baik punyerrrrrr.... Hahaha (Gelak jahat)

So, bertempat di Taman Tasik Cempaka (kalau tak silap, hehehe, aku hentam jer bubuh nama nie), senang citer kat Taman Tasik Bangi, aku ngan adik-adik ku yang tak berapa nak comel telah menyerbu ke taman tersebut untuk membuang lemak-lemau yang ada di badan masing-masing. Hahaha. Tak yah cakap la kitorang wat apa kan. Wat malu jer kalau citer pun. 

Untuk membuktikan yang aku memang berazam untuk menjadi rakyat Malaysia yang cergas, kome tengok jer ler gambau nie okeh???

~The Biggest Loser Asia~

Yeh!!

Lihat perutku, jadi ramping kan??? 
Terima kasih Slim Slim

Malaysia Cergas

Tiada dalam kategori~

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara! Hoyeh..... Negara Bersih Rakyat Cemerlang! 

Melaka Maju 2010 [Day 2]

Salam.

Hari nie nak sambung update cuti-cuti Malaysia~ Melaka Maju 2010. Hehe. Jangan bosan dulu taw! Nak update cikit jer tak mo banyak-banyak. Tak larat dah nak tulis. hehe

Sambung balik citer semalam. Hari kedua nie kitorang dah on the way nak balik ke Ipoh. Tapi dah nama pun holiday kan, tak main la balik Ipoh terus. Mesti la ada lencong sana sini kan. Kekeke.

So dah alang-alang pergi ke belah selatan, elok la kalau melawat rumah kawan-kawan yang duduk area Negeri Sembilan, KL and Putrajaya. Dalam lawatan nie, umah aku pun termasuk sama lah. Kuang3. Tapi dah cakap dah kat kawan-kawan, rumah che' rumah pondok jer. Rumah sekakang kera. So, jangan kata paper la. Hukhuk... Sedih2..

Dah-dah. Jangan nak emo plak kat sini. Jom la tengok kitorang g melawat Masjid Besi kat Putrajaya.Tapi sebelum tu nak bagi hangpa semua jeles sikit, umah aku tak jamu apa-apa pun. Just hidang satay kajang and Laksa Kedah jer. Kalau nak rasa, jemput lah mai rumah naaaaaaa.. Hahaha

at Masjid Besi, Putrajaya

Lawa woo masjid nie.. Kenapa masjid besi?? Sebab 70% bahan binaan masjid ini dibuat daripada besi dan 30% lagi adalah lain-lain bahan.


Tunjuk apa tu?? Oh Cik Enon nak tangkap gambar kat Jambatan Wawasan yer... 
Nanti sat na... Melawat masjid dulu

me with my girlfriends

girlfriends and boyfriends

Cemana?? Ringkas tak? Anyway, Cik Enon and kawan-kawan sekalian sangat happy dapat cuti-cuti buat kali terakhir sebelum we all chow dari IPG Ipoh. Seronok memang seronok, tapi pas tu sampai-sampai rumah jer terus tergolek. Tak leyh bukak mata sikit pun. Huhuhu...

(^ _____________________________ ^)v

Ok lah, babai....

Friday, November 19, 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA ~ Melaka Maju 2010 [Day 1]

Assalamualaikum pembuka bicara...

Hari nie rasa macam malas nak buat entry. Tapi nak update gak coz takut citer aku nie dah basi. Kuang3... 

Nie che' nak habaq kat angpa semua. Minggu lepas che' ngan kengkawan che' yang comey lote and kacak-kacak sekalian telah bercuti-cuti Malaysia di Melaka. 

Why Melaka?? Yela, hangpa tak baca surat khabaq ka? Melaka kan dah diisytihar bandar teknologi wooo.... Melaka Maju 2010. Cayalah! Bangga sungguh che' dapat jejak kaki ke Melaka. Ala weh, bukan jakun habaq kat hang tapi excited. Nak-nak plak kami pi konvoi. Rasa kembang semangkuk kot! 

Kami pi sana 4 biji kereta. Bertolak dari Ipoh sebelum Subuh. Tak Percaya?? Sungguh hai. Che' tak tipu. Kui 5 setengah dah bertolak. Punya la excited habaq kat hang. Huish, penat la cakap lagu nie. Tukaq channel la pulak. Berbelit dah nak sebut. Tak brader sungguh cakap cam nie kan? Hahaha...

So, destinasi pertama yang kitorang terjah ialah Afamosa Water Park. Memang syiok la kat sini kan. Main-main air. Buat high speed sliding. Berenang-renang sambil bermain ombak buatan and macam-macam la. Memang syok tak hengat la habaq kat hang!

nampak tak kat belakang tuh.... 
sajer gedik2 nak posing kat air jugak

sila abaikan selipar buruk itu..

Makan time~ 
Dah penat main air, kita makan pulak

Heip2! Cik Enon pegang apa tu??

Ohhh kamu ker???

pose artist sikit~

Dah penat main air, kitorang pun jalan-jalan la sekitar Melaka. Tempat yang dituju seterusnya ialah Bandar Hilir. Tapi sebelum tuh, kitorang sempat la singgah di Sungai Melaka sambil berphotoshoot seketika. Hehe... Memang gila bergambar la katakan.

Kat Bandar Hilir tok sah cakap la. Even waktu dah suntuk, kitorang sempat lagi menyempatkan diri untuk shopping-shopping kat mall yang besar gedabak tuh yang orang Melaka panggil Dataran Pahlawan. Cik Enon sempat beli reben Hello Kitty yang comey2 belaka. Dah la murah... Comey-comey plak tuh! Heeee.... Suka-suka!

nak naik beca tak dapat, posing pun jadilah!


Bila malam pulak, kitorang naik Menara Taming Sari yang tinggi melayut. Ketaq beb nak naik menara tuh. Dah la tinggi, siap pusing-pusing kasi pening taw dak??? Tapi nie sungguh la che' nak habaq Bandar Melaka memang cun sangat waktu malam. Hangpa semua yang belum pi Melaka kena naik menatang nie taw! Kalo tak, tak sah hangpa punya percutian. Kekeke. Suka hati aku jer cakap macam tue!

Menara Taming Sari
Kan dah kata, memang tinggi betul menara nie

Akhir sekali, before pulang ke Seremban, we all makan ikan bakar dekat Pernu. Tempat nie memang aku suggest la korang pergi. Sebabnya, walaupun korang dah melantak sebabun dan segunung ikan bakar, kerang, sotong dan udang segala, aku gerenti korang mesti terkejut tengok bil nanti. Murah wooooooooo...... Kalau tau harga murah cam tuh, nak jer aku rembat ikan pari dan segala mak nenek makanan laut yang lain. Tapi sapa pulak nak makan banyak-banyak. Perut tak besar mana, nafsu yang lebih. huhu. Insaf Insaf.  


oK Lah!
Sekianlah sahaja percutian di Melaka untuk hari pertama.

Thank you for reading this entry!


Bye........

p/s: Camera sudah kehabisan bateri. Tak boleh tangkap gambar lagi. Pasrah sudah.





Thursday, November 18, 2010

Farewell Dinner~ Gala Nite IPG Kampus Ipoh


Assalamualaikum semua.... Hi hi...



Nak tau tak cik Enon dah sampai rumah! Yehaaa.... Memang syiok sangat dapat balik rumah selepas hampir 5 tahun setengah bertapa di bandaraya Ipoh. Actually, sangat sedih taw bila terpaksa meninggalkan Ipoh tercinta. Maklumlah, kat sanalah kita  membesar, belajar, dan kenal erti persahabatan. Sedih memang sedih...

Bila ingat-ingat balik kan, memang seronok sangat bila berada di sisi kawan-kawan. Nak-nak pulak kawan-kawan i semuanya havoc-havoc belaka. Memang besh sangat! I'm gonna miss u guys! Lots of love muah muah (^_^)v En. Hanif jangan jeles-jeles taw! hehe...

So, tok entry  kali nie aku akan buat satu entry yang cukup ringkas, tepat dan padat memandangkan aku pun dah lama tak update blog nie kerana kesuntukan masa. Lagipun nak tunggu gambar-gambar time kat Melaka ari tuh cam lambat jer, so aku update la mana yang sempat jer wokeh??

Tok entry nie rasa cam nak cerita jer pasal Malam Gala yang dianjurkan oleh junior-junior IPG Kampus Ipoh aritu. Wah... Terharu beb terharu ... Thank you korang... Thank you sangat2... Malam Gala hari tuh, temanya agak sopan sedikit iaitu tradisional.. hehe... So, Cik Enon dengan segala kepayahannya telah menyelongkar seluruh rak baju untuk mencari la pakaian yang sesuai dengan tema... Tak taw la seswai ker idak... Moh ler mike nengok! (Pergh! Cik Enon cakap Perak kot) ngeh3

 Tadaa... Amacam? Tradisional tak?

Cantik kan kebaya tu? Kan Kan Kan? Kat Malaysia sure tak jumpa nya! Kalau nak tau kebaya tu I beli time cuti-cuti kat Bandung, Indonesia. Kebaya Ekslusif from Pasar Baru and harga dia mahal sikit la... Dalam Rp 375. Kalau convert harga Malaysia dalam RM 125. Cantik tak hengat kan? So, tolak tepi sal harga, Cik Enon pun rembat la baju tuh walaupun terbang duit rupiah ku kala itu... Huhu...

*SWEET* in traditional dress

lagi~



Sekian saja, terima kasih....







Monday, November 15, 2010

~Graduation Dinner~ Passion & Fashion Show Infinite Appreciation




Salam.
Hi u ols!

Sory2... Janji ari tu nak post entry kan lepas dinner nite tapi tak menyempat-nyempat pulak cik Enon nak update blog nie. Busy la ngan jemputan dinner sana sini. Cewah! Bajet lah ko banyak jemputan! Hehehe.

Ok, seperti yang telah dijanjikan, entry kali nie nak berceritalah tentang malam gilang-gemilang yang telah berlangsung di Hotel Tower Regency, Ipoh. Fuh! Memang seronok la wa cakap sama lu... Bukan syok sendiri tapi itulah hakikatnya . Memang best sangat2... Yang manisnya pasal dinner malam tuh, instead of MC nya yang memang MELETOP (ehem ehem, tau ker sapa???), majlis malam tu ditajakan sepenuhnya oleh kami semua. Kiranya both classes telah bertungkus lumus membanting tulang kederat apa adanya untuk menaja lecturer semua makan malam tu. Yang lebih manisnya ialah majlis ini adalah hasil kerjasama antara kedua-dua kelas math  iaitu  kelas E3 and E4. Cayalah!

Erm,  ok lah. Cakap banyak pun tak guna bai, jom kita layan gambar. Zzzzzaasssssssssssss!!!

ehehe.. Nak mula ngan gambar mana eyh?? Yang ini lah! Hahaha.

before make up...

hehe... malu malu... Muka memang tak flawless la kan... Tu memang i ngaku. Time nie aku tak letak satu make up hape pon kat muka and memang sengaja la tangkap begini. Tengoklah hasilnya selepas di make over.

Memang over !

Walaupun ramai orang puji kata make up aku cantik dan vogue tapi still la aku rasa cam heavy sikit coz selalu aku makeup style kampung-kampung  and light2 jer. Sekali, kak Ila make up kan, terus rasa cam tak nampak muka sendiri. Huhu.

Kalau outfit pulak, macam yang korang nampak, i pakai flowery long dress! Hehe. Ini konon-konon mengambil inspirasi dari hollywood red carpet la.. Haha. Tapi aku modified la sikit2 supaya outfit aku kelihatan anggun dan sopan. Wah! Class gitu...


Inspirasi Hollywood~

cam ner cam ner?? komen la kat bawah yer?

nak tgk lagi?
ssshhhhhhhhh.... yang nie kena tengok senyap2 taw! 
(cakap sambil berbisik)

shhhh......

nie peminat i~ hehe

~ stiff~


~cool~

Tu... Dia datang~

Bye~

Thank you for reading this entry. 

p/s: Kalau nak tengok gambar banyak-banyak, tengok kat FB k? Babai.... Don't forget to leave comments. Thank you








Wednesday, November 10, 2010

~A MOMENT TO REMEMBER~part 1


Friends,
It has been 5 and half years
We shared smile..........
We wiped the tears..........
and through the years..........
Our friendship has grown along with us..........

We will be friends 
as long as stars twinkle in the sky 
as long as angel are there up high
'til oceans run dry
and til the day I die

You are truly a wonderful part of my life..........
...
...
...
...
...




Let's the picture speaks everything.....

~ SUATU KETIKA~
the story of us


~ us~

~ the bond that we create~

~ the smile that we shared~

~ the joy that we had~

~ a moment that we never forget~






To be continue....










Friday, November 5, 2010

~Ditinggalkan~


Huaaaaaaaaaaaa.....
Lama tak update blog!

Exam! Exam! Exam! I have 1 more paper to go! So, hari Selasa minggu depan aku akan berdepan dengan 1 lagi paper yang aku kira memang menguji minda ku yang sedia cerdik dan pandai ini. Hehehe. Cakap kena confident, bukan nak berlagak, tapi haruslah yakin dengan diri sendiri. oPS! Terlebih sudah!

~Pic edit dekat piZap~
saya budak baru belajar, kalau salah jangan kutuk taw!

So, hari ni di rumah bernombor 49, Jalan Bandar Baru Tambun ni, aku tinggal berdua jer ngan Azny. Huk Huk Huk. Sedih taw! Terpaksa la kitorang masak sendiri hari ni, sebab driver balik rumah! Huwaaawawaaaaaaa... (Nangis kuat lagi!). Semalam dok bertiga, siap kuar shopping2 lagi, padahal exam tak abis lagi, tak hengat! Nak tengok cam ner rupa orang nak exam tapi tak hengat, tengok kat bawah nie...

~ Sementara menanti orang cuba kasut, kita yang tak cuba snap la picture~

SO, bila driver dah balik, terpaksa la duduk sendiri sambil meratapi nasib diri yang kene makan sardin, untuk 2 hari.... Memang sadis!

~ Sedih tak, tengok makanan dalam tin jer menjadi santapan~

Ok lah, nak mandi dulu.... (Hehe, kantoi tak mandi lagi). Pas ni nak sambung study and kemas bilik. Korang doakan aku boleh jawab dengan cemerlang taw tok exam APPLICATION OF MATHEMATICS tu! Sampai ketemu lagi! Bye~

~Cau Cin Cau~