Sunday, December 26, 2010

Good Bye 2010, Welcome 2011

Assalamualaikum...

Tahun 2010 tinggal beberapa hari saja lagi. Kalau nak difikir-fikirkan, tahun 2010 memang banyak kenangannya. Bagi sesetengah orang, tahun ini mungkin bukan tahun terbaik mereka. Tapi bagi aku secara peribadi, tahun ini merupakan satu tahun yang penuh dengan kegembiraan, penuh harapan dan penuh dengan pengakhiran yang menyenangkan. Kalau nak diikutkan, terlalu banyak perkara untuk dicoretkan disini. Tapi biarlah. Bukan semua perkara perlu kita kongsikan dengan orang lain. Adakalanya, kita perlu jadi penyimpan. Penyimpan rahsia sendiri, agar segala yang buruk dan tercela di sana sini tidak kelihatan. Maklumlah, kita ini hanya manusia biasa. Mana mungkin manusia biasa mampu jadi sesempurna nabi. Itulah yang selalu aku fikirkan. 

Human make mistakes. Dari kesilapanlah kita belajar mengenal dan memperbaiki kelemahan diri sendiri. Samalah juga halnya dengan azam. Aku tahu mesti ramai kan yang membuat azam sempena tahun baru. Aku pun sama. Tiap-tiap tahun pun berazam tapi akhirnya masih banyak lagi azam yang tertunggak. Itu perkara biasa. Bagi aku, azam menjadikan kita lebih bersemangat untuk menjalani kehidupan pada masa hadapan. Dengan berazam, kita sebenarnya telah menetapkan satu matlamat dan sasaran hidup. Dengan berazam, kita boleh membuat perancangan dengan sebaik-baiknya. Cuma manusia ini hanya mampu merancang, selebihnya kita serahkanlah kepada Yang Maha Esa. Ok, rasanya cukup-cukup lah kot aku membebel pasal azam. Sekarang nie nak cerita pulak tentang corat-coret yang berlaku sepanjang tahun 2010. Harapannya, biarlah tahun 2011 yang bakal mendatang nanti akan menjadi tahun yang penuh barakah juga. Amin. Amin. Itu doaku.

Kalau nak dikira dari awal tahun, rasanya memang berjela-jela lah entri nie nanti. Tapi untuk memudahkan para pembaca sekalian, aku akan buat entri ini seringkas yang mungkin. Sekadar mengambil beberapa peristiwa yang aku rasakan sangat bermakna sahaja. Tahun ini menyaksikan aku menginjak ke usia 23 tahun. Satu peringkat umur yang aku rasakan aku perlu jadi manusia yang lebih matang. Bukanlah bermaksud selama ini aku bersikap keanak-anakan dan seumpamanya, cuma dalam beberapa perkara aku seolah-olah tewas dengan emosi dan perasaan sendiri. Aku akui dalam banyak hal, ego ku melebihi segala-galanya. Inilah masalah yang cuba aku bendung. Bukan untuk tahun hadapan, tapi pada saat ini dan ketika ini juga, akan aku elakkan. Aku sedar yang ego takkan membawa aku ke mana-mana. Ego hanya dapat memuaskan hatiku untuk beberapa ketika, tapi kemudian penyesalan juga yang datang bertimpa-timpa. I have learnt a lesson. So, ego, gud bye!

Tahun ini juga menyaksikan aku berada pada tahun akhir pengajian. Memang seronok rasanya hidup bergelar seorang siswi. Tak perlu fikir masalah lain. Hanya fokus pada belajar, belajar dan belajar. Sememangnya aku sangat-sangat menikmati dan menghargai hidup sebagi seorang pelajar. Pengalaman yang dilalui bersama kawan-kawan memang satu anugerah. Sepanjang tahun ini, memang kami tiada melancong ke luar negara seperti biasa. Itu pun kerana jadual belajar dan praktikum yang padat di tambah pula dengan proses MQA yang tak sudah-sudah. Tapi kami gantikan dengan pengalaman yang bermakna juga. Berkelah di sungai yang alamak! aku dah lupa namanya juga umpama satu anugerah. Ke Melaka berkonvoi juga sudah lebih daripada cukup. Tambah lagi dengan malam annual dinner yang bagi aku cukup-cukup bermakna membuatkan aku rasa, tahun 2010 memang mewarnai hari-hariku sebagai seorang mahasiswa.

Tidak cukup dengan itu, diari cinta juga semakin berbunga-bunga. Tahun ini genap usia 2 tahun setengah percintaan kami. Sungguhpun cinta yang terjalin dipisahkan dengan laut dan jarak waktu, namun sehingga saat ini ia masih mekar dan terjalin indah. Itu semua berkat doa, sabar dan saling bertolak ansur yang kami amalkan dalam semua perkara. Sememangnya si dia perkara terindah yang berlaku dalam hidupku. Kalau tiada aral melintang, hubungan ini akan melangkah ke satu tahap yang lebih serius pada tahun hadapan. Insya-Allah. Doa-doakan lah kami yer!

Akhir sekali, tahun 2010 juga menyaksikan aku sudah punya blog sendiri. Inilah salah satu impian yang tertanam sejak sekian lama. Azam yang berkurun-kurun lamanya dan baru dapat disempurnakan pada tahun ini. Satu-satunya blog yang aku ada dan mempunyai url sendiri. Blog yang umpama kawan saat suka dan duka. Ini lah satu-satunya blog yang aku cinta. Blog yang banyak memberi aku motivasi untuk terus menulis dan berkongsi dengan orang lain. Terima kasih 2010. 

Good Bye 2010, Welcome 2011. Kita tutup buku lama. Mari buka lembaran baru! Happy New Year semua!





Saturday, December 25, 2010

Christmas & Alamanda

Hi Buddy!

Rasanya elok kalau Ainul mulakan coretan kata hari ini dengan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada rakan-rakan yang beragama Kristian dan mereka yang menyambutnya pada hari ini. Hope all your wish will come true... Merry Chrismast and Happy New Year from me! (^_^)v 

Jadi, memandangkan cuti penggal persekolahan pun tinggal beberapa hari lagi, peluang untuk bersuka-ria memang tidak seharusnya dilepaskan begitu saja. Bak kata orang tu, dah alang-alang bercuti, takkan nak duduk terperap jer kat rumah. Sekali sekala, kena la keluar ambil angin. Baru la sihat biji mata, minda dan tubuh badan. hehe. Kalau orang lain pilih untuk ke gym atau taman rekreasi, aku pulak sebaliknya. Bagi aku, cara yang aku amalkan nie memang berkesan untuk merawat stress dan kebosanan tahap melampau. Lepas cuba cara ni, terus rasa tenang jer jiwa nie.. Cewah! Banyak la ko!

So, bertempat di Alamanda, Putrajaya kami berempat iaitu Cik Ilah (my auntie), Elly (cousin), Anis Baby Mok (sister) dan Ainul Syariha (me myself) telah pergi ke pusat membeli belah tersebut untuk window shopping sambil menonton filem Janin. Wah, memang havoc giler la hari ini. Untuk Janin aku bagi 4 bintang dan untuk window shopping aku bagi 5 bintang siap tambah bulan lagi taw. Memang terbaik lah wa cakap!

with cousin, Elly

nak jalan kat alamanda kena tengok peta, kalau tak memang sesat!

 apa motif kasut ini ?

 3 muskertees

me with sister

Ainul Syariha in turquiose

at Carlo Rino. 

Selesai menonton wayang dan window shopping, kami pun pulang. Sekian.


Thank you for reading this entry!



Tuesday, December 21, 2010

Secret Recipe Yang Tidak Secret

Assalamualaikum...

Cerita hari ini berkisar tentang masak-masak. Korang pernah main masak-masak tak? Seingat aku, masa kecik-kecik dulu aku suka sangat main masak-masak. Aku punya lah suka main masak-masak sampai kalau kawan-kawan ajak main kahwin-kahwin pun aku tak nak. Betapa aku sangat obses dengan dunia masak sejak dari kecil lagi. Tapi sayang seribu kali sayang, bila dah besar-besar nie akulah antara orang yang paling malas sekali nak masuk dapur. Sebabnya? Tak dapat dipastikan- Tapi apa yang pasti, orang sekeliling aku kebanyakannya semua pandai masak, sampaikan aku rasa sangat kerdil bila berada di sisi mereka.

So, beberapa hari yang lepas, mak aku kena pergi kursus. Nak tak nak, terpaksa la jadi tukang masak profesional. Bayangkan lah aku terpaksa bangun pagi semata-mata untuk buat sarapan. Aduhai... Tak kuasa mak! Kalau setakat nak masak gua memang tak der hal, tapi yang tak bestnya aku kena sediakan makanan yang enak, lazat dan berkhasiat tanpa menggunakan sebarang penambah perasa. Cam no tuh? Karang kalau terbubuh 'Maggi Cukup Rasa', mahu naik bacaan darah abah aku. Pening pening!

Jadi atas dasar keprihatinan dan rasa tanggungjawab yang menggunung, aku pun berkira-kira la mahu buat apa. Tiba-tiba, datang la idea untuk buat sandwich. Memandangkan telur memang banyak kat rumah ni, jadi menu kita hari ini ialah Sandwich Telur. Haa... korang jangan nak kutuk-kutuk, kata apa barang buat sandwich bagai. Bukan semua orang tahu masak taw. Ramai jer sebenarnya yang masih baru nak bertatih dan  belajar masak kan? So, hari ni aku nak kongsi la satu resepi yang ringkas, mudah, enak dan yang paling penting berkhasiat!

Kalau ada sesiapa yang rasa dah kering idea nak buat sarapan atau teringin breakfast ala-ala orang putih, boleh la mencuba.

SANDWICH TELUR ISTIMEWA

Bahan-bahan:

1 buku roti ( ainul guna Gardinier)
5 biji telur rebus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Cheese ( ainul guna Chesdale)
2 sudu makan mayonis
Garam 
Salad ( dicuci terlebih dahulu)
Tomato (dihiris nipis)
Sedikit majerin


Cara-cara membuatnya :

  1. Hancurkan 5 biji telur rebus dalam mangkuk.
  2. Masukkan sedikit serbuk lada hitam, mayonis, dan  sedikit garam. Kemudian gaul rata.
  3. Ambil 2 keping roti. Sapukan majerin pada kepingan roti pertama.
  4. Sapu rata adunan telur.
  5. Atur salad dan hirisan tomato diatas roti.
  6. Letakkan kepingan cheese.
  7. Ambil kepingan roti kedua. Sapukan majerin dan ratakan dengan adunan telur.
  8. Tutup roti dan potong mengikut bentuk yang disukai.

Dah siap! Senang jer kan? Tapi gambar diatas diambil dari Google. Tak sempat nak ambil gambar, dah habis kena ngap dengan adik-adik dan abah. So, selamat mencuba! Kalau suka, boleh LIKE!


Thank you for reading this entry!









Thursday, December 16, 2010

Semua Tentang Mimpi

Pagi tadi aku bermimpi lagi. Mimpi yang diharap-harap akan menjadi kenyataan dalam seminggu dua lagi. Tolonglah daku wahai mimpi! Mimpi yang satu ini tidak sama dengan mimpi-mimpi lain sebelumnya. Mimpi kali nie terasa begitu indah sekali. Kalaulah mimpi ini bisa jadi kenyataan... Aduhai...

Hep hep! Jangan nak fikir yang bukan-bukan lak.Mimpi bukan sebarang mimpi. Ini mimpi masa depan.Mimpi pasal posting. Herrm, actually dah dua tiga kali gak la aku mimpi mende yang sama. First time hari tu, mimpi dapat posting ke Melaka. Aduhai... ini tidak best! Saya tak mahu posting jauh2... Kalau boleyh nak dekat dengan family. Ye la, before this dah hampir 5 tahun duduk berjauhan dengan family. Lagipun, masa belajar dulu aku memang jarang balik rumah. Walaupun Ipoh dan Kuala Lumpur tu bukanlah jauh manapun tapi entahlah, aku memang jarang balik. Balik pun hanya bila tiba cuti semester, tak pun cuti raya. Barulah terasa anak perantauan. Cewah, perantauan lah sangat. Kui kui kui...

*******************

Pagi tadi mimpi yang sama berulang lagi. Cuma kali ini lebih pasti. Entahlah. Kata orang, mimpi itu cuma  mainan tidur. Aku pun tak tahu. Aku bukan ahli nujum, jauh sekali peramal mimpi. Cuma, mimpi pagi tadi memberi gambaran yang aku bakal posting tidak lama lagi. Aku harap begitulah. Sungguh! Aku tak de minat lain selain mengajar. Dari kecik, memang inilah cita-cita aku. Aku memang terlahir untuk bergelar pendidik. Aku tak rasa aku mampu buat pekerjaan lain selain mengajar. Aku tak pandai berbisnes, jauh sekali pekerjaan yang lain. Teaching is my passion and I'm proud to be a teacher!

Sungguh! Aku benar-benar berharap mimpi yang satu ini akan jadi kenyataan. Mungkin aku yang terlalu berharap tapi bukankah harapan itu juga suatu doa? Harapan ini bukanlah semata-mata untuk diri sendiri tapi lebih kepada keluarga yang dah banyak berkorban jiwa raga untuk aku. Namun, ini semua hanyalah mimpi. Benar atau tidak biar Allah sahaja yang menentukan. Aku cuma mampu berdoa dan berharap, selebihnya serahlah pada Yang Maha Esa.





Tuesday, December 14, 2010

The Confession of a Shopaholic


Semalam baru habis tengok cerita ni. Aku ni memang lambat sikit kalau bab cerita ceriti kat wayang ni. Orang lain semua dah habis musim menengok, aku baru terkedek-kedek nak beli dvd. Nak wat cam no kan... Inilah sisi diriku yang korang tak tahu ... Huhu... Ayat nak cover jer kan..

Berbalik semula kepada The Confession of a Shopaholic nie, memang ada masanya macam terkena jer kat batang hidung ni. Tak kisah la kan kalau terkena sipi-sipi pun, yang penting memang ada. Ngaku jer lah! Dah nama pun The Confession kan?

The Confession of a Shopaholic ni mengisahkan seorang jurnalis bernama Rebecca Bloomwood yang bergelut dengan masalah hutang akibat obsesinya terhadap shopping. Hidupnya hanya berkisar Shopping, Shopping dan Shopping menyebabkan dirinya sentiasa diburu pemungut hutang dan secara tidak langsung menjejaskan kewangannya. Suatu hari, Rebecca Bloomwood secara tidak sengaja telah diterima bekerja dengan sebuah majalah kewangan "Successful Saving". Persoalannya, mampukah Rebecca melaksanakan tugasnya sebagai seorang jurnalis kewangan sedangkan pada masa yang sama, dia juga bergelut dengan masalah kewangan sendiri.

Kalau ada sesiapa kat sini yang rasa dia satu geng dengan aku dan belum tengok cerita nie, jangan malu-malu, silalah lihat video dibawah ini!



Secara keseluruhanya, aku bagi 4 bintang untuk filem ini dan secara ringkasnya, filem ini memang best dan bagi banyak pengajaran kepada diri aku sendiri. Aku mengaku yang aku nie memang kuat shopping dan kadangkala tu rasa macam nak memiliki semua benda kat dunia ini. Tapi lepas menonton filem nie timbul sedikit kesedaran dalam diri ni. Memang betul, adakalanya kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri "Do I need this thing?" dan kalau tak perlu ketepikan hasrat untuk membelinya. Yang paling penting mesti ada perancangan dalam bershopping.

Akhir sekali, walaupun sekarang nie tengah musim Year End Sale tapi sentiasalah beringat-ingat okey? Ini juga peringatan untuk diri sendiri. Selamat Berbelanja and Happy Shopping!


Pesanan Khidmat Masyarakat Ini dibawakan oleh ainulsyariha87.blogspot.com

Thursday, December 9, 2010

Bercerita Tentang Shawls



Assalamualaikum semua!

FIUH.... Baru aku perasan yang ini merupakan entry ketiga dalam bulan ini. Tengok la betapa lembabnya aku meng'update' blog bagai sang siput sedut. Ohoo... siput sedut tak pe lagi. Sedap jugak di buat gulai. Jangan lembab cam siput tuuuuuttt sudah!

Wokeyh! Kawan-kawan sekalian... Sini ada berita menarik tertarik dan memang da bom! Haha. Korang perasan tak yang aku dah tukar iklan-iklan dan blogshop dekat my sidepage? Perasan tak? Hah? Tak perasan? Ok, xpe.. Sila skroll ke bawah sekarang dan cari :: I Like Shopping Here::

Haa.. nampak tak nampak tak? Ada dua blogshop baru yang i baru letak kan? Blogshop before this yang aku letak dah memang tak aktif, so SELAMAT JALAN romeo la jawabnya! Ok, hari nie Ainul Syariha akan bercerita perihal shawls, and shopping online. Huhu. Tak sangka betul memang besh kan shopping online nie? Sapa-sapa yang suka shopping online mesti taw kan perasaannya bila berjaya memperoleh barang yang kita idan-idamkan rite? 

So, hari nie Ainul nak buat review sikit tentang blogshop yang baru Ainul jumpa nie and guess what, I LOVE IT SOOO MUCH!! Syiok2... Memang besh betul blogshop nie! Nak tau apa? Kene la baca sampai abis wokeyh? Bercerita perihal blogshop nie, Ainul jumpa time cari tutorial pasal shawls. Tak sangka pulak first time tengok terus jatuh cinta. Kira CINTA PANDANG PERTAMA la kan? *wink wink*

Blogshop nie selain menjual tudung-tudung terkini dan chantek2, ada juga tutorial yang memang simple and senang diikuti. Kiranya kalau korang tak taw cara nak pakai shawl yang gorgeous2 tu, boleyh la tengok tutorial yang disediakan. Konfem pas tuh korang pun akan jadi gorgeous uuuu!! Awwwww... Ok, aku memang excited betul nak cerita sal blogshop nie sampai taip pun laju2...

FYI, tuan punya blogshop ini pun sangatlah baik hati dan senang sangat nak berhubung. Kiranya friendly lagi lovely la. Actually, ini kali kedua aku beli barang secara online di blogshop nie. Dan daripada dua pengalaman tersebut memang la SANGAT SANGAT BEST!!! 2 thumbs up lagi taw!!

Ok, tanpa membuang masa inilah blogshop yang dimaksudkan iaitu Anggun Zara!! Huhu




Nampak tak tuan punya blog diatas? Gorgeous giler kan? Haa... tu lah Kak Scha. Kalau korang nak tengok tudung or shawls yang best, sila tengok dekat Anggun Zara k? U ols pasti takkan menyesal punyeeerrr... hehe

Ok, aku gebang banyak pun tak guna kan? Moh ler kita tengok sikit barang yang Ainul dah beli dengan Anggun Zara. Actually, Ainul hanya beli inner cotton dan colour yang Anggun Zara jual semuanya chantek2 belaka. Nak tengok tak? Tapi sebelum tuh sowi la... Peringatan! Muka saya tak cute and gambar pun x clear sangat sebab pakai hp cabuk jer tapi inner cotton tu pada Ainul sangat2 cute, selesa dan senang dimuncungkan. So, dapat la tutup sikit muka I yang bolat ini. Hehe


Inner Cotton Awning: Oren


Inner Cotton Awning : Gold 

Inner Cotton : Red       

Inner Cotton: Magenta



 Inner Cotton : Kuning Terang  

        Inner Cotton : Pink Cantik


Ok last but not least, Ainul akan tunjukkan koleksi Inner Cotton yang Ainul dah kumpul dari dulu sampai sekarang. Dulu tak dulu sangat la, i mean semenjak dua menjak jadi peminat shawl nie la. 


Haha... tak de la banyak sangat tapi sangat puas hati bila dapat kumpul inner cotton dari pelbagai warna dan yang paling penting bila dah beli mesti KENA PAKAI! Jangan tau kumpul jer tapi tak tau pakai pulak.

Ok, sampai sini dulu and thank you for reading this entry yang tak seberapa ini. BYE!!