Thursday, January 27, 2011

Betul Ker...

... dah boleh check result posting? Hari ni, heboh kat wall PISMP IPG 2007 yang katanya penempatan sekolah sudah boleh diketahui. Tapi aku malas la nak check lagi sebab takut kecewa.

Kalau nak tau, cuba call Bahagian Penempatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Nombornya:

0388830649

Kalau dah tau, jangan lupa share kat sini. Manalah tau kot-kot satu sekolah. hehe.

Wednesday, January 26, 2011

Bila Cikgu Math Mula Melukis

Assalamualaikum...

Tadi petang, masa aku dok layan Facebook, tiba-tiba aku dapat panggilan telefon dari KCM (Kelas Cikgu Mariam) yang mintak aku untuk ganti kelas malam nie. Memandangkan aku pun tak der buat apa, maka, tawaran itu aku terima dengan rela hati.

Kelas yang aku ganti malam nie ialah kelas Matematik dan Bahasa Melayu untuk Tahun 1. Kalau nak diikutkan, aku memang tak ada masalah nak ajar budak-budak nie. Cuma, sekarang nie kat tempat aku mengajar tu tengah musim ujian, jadi nak tak nak terpaksa la aku set kan soalan untuk budak-budak nie. 

Disebabkan aku tak tau diorang dah belajar setakat mana, maka, soalan pun digubal secara hentam keromo. Lantaklah! Siapa suruh diorang tak inform aku awal-awal pasal kelas ganti nie. 

Untuk matematik, aku memang tak ada masalah nak cari koleksi soalan memandangkan, buku-buku rujukan masa praktikum dulu memang banyak. Tapi, masalahnya ialah Bahasa Melayu nie.... Buku rujukan langsung tak ada. Lagipun, aku tak tahu nak korek soalan kat mana sebab lagi 3 jam kelas nak mula.

Nasib la ada internet kesayangan nie. Terus aku Google untuk cari koleksi bank soalan Bahasa Melayu. Tup tup jumpa! Alhamdullilah. Tapi yang masalahnya ialah kebanyakan soalan nie tak bergambar. 

Jenuhla aku fikir macam mana nak buat soalan dengan cepat,pantas lagi effisyen. Last-last, aku decide untuk lukis sendiri jer memandangkan aku dah tak de masa nak mengedit-edit gambar ni pasal nanti tulisan dia semua lari. Buang masa aku aje!

Dan, jeng jeng jeng....

 soalan asal tidak bergambar

telah menjadi
.
.
.
.
.
.

soalan yang digubah

Hehe. Ye ye... Aku sedar! Aku tahu sangat buruk. Tak yah cakap pun dah tahu. Tapi aku sangat bangga sebab ini adalah hasil kerja aku sendiri. Paling penting, budak tak tanya, "Cikgu, ini gambar apa?" hahaha.

Anyway, kelas malam ini sangat mengujakan walaupun budak dua orang itu tersangat nakal dan banyak cakap.






p/s: Kenapalah saya kena ajar Form 1 dan Form 2? Nak ajar budak kecik jer boleh tak? hehe. Anyway, kalau korang jadi Cikgu Seni kan, agak-agaknya lukisan aku tu gred apa ek? hehe...


Thank you for reading this entry!

Sunday, January 23, 2011

Terima Kasih Blogger. Terima Kasih Nuffnang. Bagi Pendapatan RM 12,000 sebulan!!


Huish! Tengok tajuk jer dah buat orang terliur pagi-pagi. Mata terus juling tengok duit ribu riban bagai. RM $$$$$$.Gila kau Nuffnang bagi aku RM 12, 000 sebulan!!! Macam tak percaya jer tapi ini memang benar! Ye la, blogging pun tak sampai setahun jagung, takkan dah cecah RM 12,000?? 

Haruslah! Aku kan blogger tegar. Siang malam cari idea nak naikkan traffic ke blog. Penat-penat aku tulis entri macam-macam, jadi pulangannya mesti la lumayan kan? Setimpal la dengan penat lelah aku selama nie. Hehe. Tapi itu semua hanya mimpi di siang hari. Mesti lah bukan aku. Duit dalam Nuffnang pun baru cecah ribu-ribu sen, ada hati nak dapat ribu-ribu ringgit. 

Tapi dalam era serba canggih dan dunia tanpa sempadan  hari ini, macam-macam boleh berlaku. Semua terletak di hujung jari. Maka, tak hairanlah kalau blogging pun dah jadi salah satu fenomena dan kuasa untuk mendapatkan wang. Tengok je la muka depan Berita Minggu hari ni. Tajuknya Blogger Untung RM1juta



Memang tak dapat dinafikan, blogging sekarang pun dah mampu jana pendapatan sampingan. Tengok je la blogger-blogger otai macam Red MummyBen AshaariFatin Liyana dan sebagainya, (sekadar memetik beberapa nama) mampu jana pendapatan menerusi blogging.

Tapi bagi aku, duit tu hanya sampingan. Sekadar motivasi untuk blogger-blogger baru macam aku ni ha. Yang penting, mesej yang kita nak sampaikan daripada blog. Mesej tu tak semestinya kena penulisan ilmiah. Kadang-kadang dengan menulis sempoi-sempoi pun, orang dah boleh faham dan terinspirasi untuk berubah.

Macam aku, dah start berblogging tak silap tahun 2007. Masa tu aku tak tahu lagi kewujudan Blogger ni. Kebanyakkan karya aku, aku tulis dekat Blog Friendster. Lepas tu, aku berjinak-jinak dengan Blogstar yang cekik duit macam haram jadah tu dan akhir sekali, tahun lepas baru la aku mula daftar dengan Blogger. Alhamdullilah, dengan Blogger ni, harap-harap aku kekal la untuk berblogging sampai bila-bila. 

Yang penting, blog ini aku tulis pakai hati. Apa-apa yang aku rasa nak tulis dan nak kongsi, maka terjadilah entri. Aku memang tak pernah ada nawaitu untuk berblogging semata-mata nak kejar glamour, nak kejar duit atau nak kejar followers. Bagi aku, blogger-blogger yang famous hari ini, dan tinggi trafficnya setiap hari adalah kerana hasil penulisan mereka yang memang betul-betul kreatif, bagus dan mampu menarik khalayak ramai. Maka, tak hairanlah kalau diorang mampu capai macam-macam kejayaan hasil daripada berblog sahaja.

Jadi, amacam? Terinspirasi tak, nak tulis blog dengan lebih baik lagi? hehe. Harap-harap entri aku nie sedikit sebanyak membantu la kawan-kawan yang teringin nak berblog tapi masih ragu-ragu. Moh ler kita berblogging. Selain dapat mengasah bakat menulis dan berkongsi sedikit ilmu, dapat jugak habuan sikit-sikit dari iklan Nuffnang. Sapa tau, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Sekian.


Thank you for reading this entry.








Saturday, January 22, 2011

Ini Kisah Aku. Kalau Nak Baca, Silakan. Tak Nak Baca Boleh Tutup!

Assalamualaikum...

Entri ini ditulis berdasarkan kisah benar dan pengalaman aku sendiri. 

Masa zaman kolej matrikulasi dulu, aku memang selalu datang lambat. Boleh dikatakan hampir setiap hari pun lewat ke kelas. Bukan sebab bangun lambat atau sengaja lewat, tapi aku memang ada satu penyakit iaitu 'lambat bersiap'. Tak kira la berapa awal pun aku bangun, tapi akhirnya aku akan end up dengan datang lewat ke kelas jugak.

Bila masuk maktab, (sekarang dikenali sebagai IPG) peraturannya lain macam sikit. Ertinya, kalau lambat ke kelas, akan kena surat merah. Setiap hari, akan ada sorang pensyarah HEP yang kitorang panggil En. Chumi, akan tunggu dekat laluan nak pergi ke kelas. Kiranya, kalau kau lambat, alamatnya memang kena tahan, kad matriks dirampas and dapat satu 'surat cinta' dari HEP. 



Pertama kali kena tahan, seriously aku rasa macam budak sekolah. Ye la, kata IPG kan. Konon style belajar macam 'U',  tapi peraturan sebijik macam sekolah. Dewan kuliah langsung tak ada. Yang ada pun hanyalah kelas-kelas kecik macam dekat sekolah. 

Paling tak tahan, setiap Jumaat pun kena pergi perhimpunan rasmi. Lepas tu diorang akan buat spotcheck tengok siapa datang ataupun tak. Siapa yang tak datang perhimpunan hari tu memang masak la kau dengan HEP nanti. 

Aku pulak memang tak yah cakap la. Nakal yang amat. Memang selalu la datang lewat. Tapi disebabkan connection baik punya dengan HEP dan kebetulan aku JPP (Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar) pulak time tu, so banyak kali gak la aku terselamat dari kena tahan. hehe. Tapi yang kena tahan pun banyak kali jugak. hehe.

Penyakit lambat bersiap aku nie berlarutan sampai la aku masuk First Year Degree. Tapi lepas tu aku dah mula insaf. Kiranya, dah timbul kesedaran la untuk tak nak datang lewat lagi. Lagi pun, bukan syok pun bila kena tahan nie. Sekali dua boleh la kau rasa 'cool'. Tapi kalau selalu macam menjejaskan imej diri sendiri la pulak.


Sebenarnya, aku sendiri pun tak tahu kenapa aku selalu lewat. Nak kata bangun lambat, memang tak lah. Sebabnya aku memang bangun awal setiap hari. Tapi, aku rasa sebab-sebab berikut mungkin menyumbang kepada masalah aku. 

Pertama, masa mandi. Kalau orang lain mandi dalam masa 15 minit, aku mandi 40 minit. Bagi aku rutin mandi adalah penting dan setiap rutin tidak boleh ditinggalkan. Maksudnya, kalau lambat macam mana sekalipun, tak mungkin aku pergi kelas tak gosok gigi, tak cuci muka dan  tak mandi. Sekarang, kalau mandi pun dah tak lambat macam dulu. Mungkin 20 minit atau kurang dah boleh siap. Tapi still wangi k? haha.


Kedua, masa makeup. Kalau dulu, aku amik setengah jam kot nak mekap tapi sekarang 10 minit pun dah boleh siap. 

Ketiga, masa pakai tudung. Dulu, nak pakai tudung bawal tu memang berjam-jam la aku dok mengadap cermin sakti tu. Tapi sekarang, sarung jer tudung ekspress tak pun shawl crumple, tak sampai 2 minit dah boleh keluar dengan bergayanya! Hoyeah!


Moral of the Story : Masa itu Emas. Gunakan masa sebaik-baiknya.

Azam Tahun Ini : Bersiap Dengan Lebih Cepat lagi!


Thank you for reading this entry!


Wednesday, January 19, 2011

Happy Birthday To Me

Assalamualaikum...

Hari nie, bangun pagi-pagi jer mak dah wish, "Happy Birthday" tapi yang spoilnya siap tanya lagi "yang ke-berapa yer?". Ala mak nie, umur anak sendiri pun tak tahu ker.. hehe. Tak pe, tak pe. Disebabkan mak wish pagi-pagi, maka hati tetap berbunga-bunga.

Semalam, En.Boyfie telefon jauh dari Negeri di Bawah Bayu semata-mata nak wish birthday girlfriend tersayang. Comel tau tak? Siap nyanyi lagi tu... hehe... Suara Dato' H korang memang sedap kalau nak tau. Dah banyak kali orang suruh masuk audition Akademi Fantasia, tapi dia tak nak. Pemalu la katakan.. So, suara yang sedap tu, hanya di salurkan di corong telefon sahaja setiap kali nak pujuk girlfriend dia yang kadang-kadang merajuk dan meroyan tak tentu hala.

Jadi, pada tanggal 19 Januari 2011, maka umur pun telah meningkat ke satu tangga, yang orang kata lebih matang. Alamak, dah 24 tahun rupanya. Tapi syukurlah, sebab muka maitain awet muda. 

Aku sebenarnya, tak kisah pun tentang umur nie, sebab ia hanya suatu angka. Yang penting, cara pembawakan diri kita kena selari dengan usia. Tak boleh la umur dah 24, tapi nak berlagak macam kanak-kanak terencat akal, tak cukup sifat. Terlalu childish. Ataupun nak pot pet pot pet dan bergaya macam la kau wanita 42 tahun. Huh! Tidak tidak!

Jadi sempena hari lahir yang ke-24 ini, aku pun tak de apa-apa special request nak minta dari orang-orang tersayang, cuma rasa bahagia kalau dapat benda-benda berikut:


Chocolate Indulgences from Secret Recipe. This is my favourite cake forever. 



Anna Sui perfume : Rock me

Clinique Moisture Surge Face Spray.
 Inilah satu-satunya koleksi Clinique moisture surge yang aku belum ada.

dan

hadiah misteri dari En. Boyfie. hehe

Sempena hari lahir yang ke-24 ini, rasanya seronok jugak kalau flashback balik kenangan menyambut hari lahir dengan En. Boyfie dan my besties masa ulangtahun kelahiran yang ke-22, dua tahun lepas. 


Kalau tengok balik vidoe nie rasa malu sebenarnya tapi dalam hati gembira sebab dapat sambut dengan kawan-kawan rapat dan yang tersayang. Anyway, Happy 24th Birthday to me! hehe

Thursday, January 13, 2011

Aku, Doktor Gigi dan ...

Sebenarnya, tadi petang aku ada pergi jumpa doktor gigi. Jumpa pun hanya untuk buat pemeriksaan biasa gigi dan 'scaling'. Doktor kata gigi aku, memang tak ada banyak masalah. Hanya ada karang gigi dekat bahagian geraham belakang dan dia nasihatkan aku untuk floss gigi selalu. Selain itu, aku memang tak ada masalah lain macam lubang dan sebagainya.

So, dah alang-alang jumpa doktor gigi yang kacak tapi menakutkan itu, aku pun mintak la dia buatkan 'scaling'. Scaling nie ialah rawatan untuk mengikis plak ataupun kalkulus pada gigi. Kalau nak tau apa dia 'kalkulus' tu, silalah Google untuk image yang lebih jelas. Karang tak pasal-pasal ada jugak yang loya dan muntah hijau kot kalau aku tunjukkan gambar plak gigi tu.

Harga untuk rawatan 'scaling' ni kalau nak diikutkan tak la mahal sangat. Disebabkan aku buat rawatan di klinik swasta, so, bayaran yang dikenakan pun agak berpatutan la. Dalam RM 60 untuk setiap sesi dan sesi rawatan pun berjalan lebih kurang setengah jam bergantung kepada masalah gigi korang.

Lepas tu, aku pun mintak doktor tu buatkan consultation pasal pemakaian braces. Lagipun, aku memang dah lama nak pakai braces sebab ada masalah crowding kat bahagian depan gigi. Cuma sebelum nie, kewangan aku tak berapa mengizinkan. 

Bincang punya bincang, doktor tu cakap kos rawatan untuk buat braces lebih kurang 3k and aku pun kena  buat x-ray dulu sebelum dia boleh putuskan rawatan apa yang paling sesuai untuk gigi aku. 

Tengoklah macam mana nanti. Kalau tak ada apa-apa yang menghalang, mungkin tahun nie dapatlah aku gigi besi!

Terpaksa la pakai gigi besi kalau nak gigi cantik senyuman menawan.











Story Mory Bulan January

Assalamualaikum...

Sepatutnya, aku dah update entri baru semalam. Tapi disebabkan kemalasan yang amat, ditambah pula dengan idea yang tidak mencurah-curah ke ladang gandum, maka, entri hanya tinggal kenangan. Jadi, untuk hari nie aku akan berusaha segigih yang boleh untuk meng'update' entri yang tak seberapa ini. hehe.


CERITA 1: JANUARI BULAN BERTUAH

Aku tak tahulah dengan orang lain. Tapi selama 13 hari aku melalui bulan Januari 2011, banyak perkara baik yang berlaku pada diri aku. Contohnya memang banyak. Tapi tak payahlah kot aku sebutkan satu-persatu. Karang tak pasal-pasal orang cop aku riak pulak. 

Bulan Januari memang bulan bertuah aku. Mungkin disebabkan aku lahir dalam bulan ini, maka, setiap hari pun terasa indah. Seingat aku, belum pernah sehari pun dalam bulan Januri aku rasa kecewa. Ada lah jugak rasa kecewa masa awal-awal dulu, bila dapat tahu posting dilewatkan. 

Tapi aku tetap positif. Setiap hari pun aku berdoa agar dimurahkan rezeki. Tup tup aku dapat kerja jadi guru tuisyen. Walaupun tak lah semewah mana, sekurang-kurangnya aku ada la jugak sumber pendapatan sementara menanti posting yang tak tahu bila kan kunjung tibanya. 

Kalau betul la posting hujung bulan nie, seperti mana yang digembar-gemburkan, memang alhamdullilah. Buatnya, posting tengah tahun. Takkan nak menganga jer sepanjang 6 bulan tu. Kesimpulannya, siapkan payung sebelum hujan. Jangan nanti dah hujan, baru kau tergagau nak cari payung. Nanti sakit, siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka! haha. (Ayat last tu memang tak boleh blah!). So, be prepared!








CERITA 2 :  (bersambung...)




Monday, January 10, 2011

Bila Ana Raffali Menang Juara Lagu

Assalamualaikum...

Semalam kalau ada sesiapa yang tengok Anugerah Juara Lagu ke-25 mesti dah tahu kan siapa pemenangnya? Tak payah la kot aku nak ulas lebih-lebih pasal siapa yang layak ataupun tak, sebab aku pun bukannya juri yang arif tentang hal ehwal muzik nie. Lagipun, aku tak tengok sangat AJL semalam pasal kebosanan yang amat. Terus tukar Channel 412 dan tengok cerita Prom Night. Lagi layan~

Cuma aku nak ulas sikit pasal fenomena yang berlaku bila Ana Raffali menang Anugerah Juara Lagu. Macam biasalah. Dah nama pun Malaywood kan. Mesti tak boleh lari punya dengan istilah 'rumah siap, pahat berbunyi'. Aku pun tak paham sangat. Apasal la kita yang orang luar nie, nak bising-bising and kapochi tak tentu pasal. Bukannnya, kau dapat apa-apa faedah  pun bila kau dok kutuk-kutuk dia. Dia tetap bawak pulang RM 35,000 tu. Kau ada? Non-hado! Cakap banyak boleh la!

Aku yakin kalau bukan Ana Raffali pun yang jadi juara lagu semalam, mulut kita pun tak kan berhenti bercakap. Letak la sesiapa pun jadi juara, mesti ada jer yang rasa tak puas hati. Pasal kemenangan Ana Raffali semalam, aku kesal dengan sikap orang kita yang tak habis-habis dengan provokasi dan kutukan. Siap boleh buat fan page lagi menentang kemenangan beliau. Sudah sudah la!. Kalau kita dok pom pang pom pang pun takkan merubah keputusan juri. Keputusan telah pun dibuat. So, terima lah dengan hati yang rela.

fan page yang menentang kemenangan Ana Raffali

Aku pun bukannya kenal atau meminati Ana Raffali nie. Cuma, aku kesal la dengan sikap orang kita nie. Ini bukan cakap hal orang. Ini ingatan untuk diri sendiri jugak. Mengutuk orang memang sedap, tapi cuba kalau kau yang kena. Sakit tak? Sakit kan? So, berpada-padalah. Chill chill sudah! 

Chalo~

Sunday, January 9, 2011

My Make-up Story


Entri hari ini nak berkongsi tentang pengalaman aku masa mula-mula belajar make-up dulu. Seingat aku, aku mula berjinak-jinak dengan make-up nie masa umur 15 tahun. Time tu barang make-up pun tak la banyak macam sekarang ni. Ada la dalam 2-3 barang. Masa tu, aku tak tau lagi macam mana nak apply make-up. Barang yang ada pun hanyalah pelembab, compact powder cap ayam dan lipstick kepunyaan mak aku yang secara tak sengaja terjumpa bawah katil masa tengah mengemas rumah. Tu pun dah patah-patah. Tak de rupa lipstick langsung!

Tapi keinginan untuk bermake up tu memang ada dan sangat tinggi. Ada la dalam beberapa kali aku pergi sekolah dengan bermake up. Tu pun sekadar pakai bedak dan lip balm. Tak berani la pulak nak pakai lipstick pergi sekolah. Takut cikgu marah. Make-up pun nipis-nipis jer sampai tak de sapa yang perasan. Konon dah lawa habis la time tu! hehe.

Masa tingkatan 4 dan 5 aku dah 'up' sikit. Kiranya barang make up pun dah bertambah. Dari dua tiga barang dah jadi 4-5 barang. Masa tu dah pandai nak apply foundation, bedak, lip balm sikit dan lipstick nipis-nipis. Masih tak der siapa yang tau. Cuma muka aku nampak berseri sikit la berbanding kawan-kawan seangkatan pada waktu itu. hehe. 

Sebetulnya, aku banyak terpengaruh dengan mak aku. Bila mak aku pakai foundation, aku selalu tengok. Dan dari situ lah aku dapat pelajaran yang pertama. Apply foundation dulu sebelum pakai bedak. Ini memang terbukti benar dalam asas make-up.

Barang-barang make-up, aku peroleh secara second-hand. Maksudnya, bila mak aku dah tak guna dia punya bedak muka dan foundation atau ada beli yang baru, yang lama punya aku sental la. Ye la, masa tu mana la nak ada duit beli barang make-up bagai. Kalau ada duit pun, aku takkan beli punya. Baik beli makanan buat alas perut tak pun beli buku. Tu lagi baik kan?



Tapi pengalaman belajar make-up masa zaman sekolah memang sangat kelakar. Aku pun bukannya reti sangat bab-bab make-up nie. Sekadar nak conteng-conteng tu boleh la. Cuma dari dulu sampai sekarang, aku memang jarang bermake-up tebal kecuali waktu tarian dan bila ada occasion-occasion tertentu sahaja. Selebihnya, aku senang dengan make-up yang simple and natural. Lagipun, make-up nie bukannya topeng untuk kita merubah muka kita. Sebaliknya, ia adalah satu medium untuk kita menyerlahkan lagi kecantikan asli yang ada pada wajah kita dan menutupi kekurangan-kekurangan yang ada. 

Nanti kalau aku rajin, aku update la pulak pengalaman aku belajar make-up dari zaman matrik sampai sekarang. Tu pun kalau rajin la kan? hehe. Ok la, see ya next time!







Belum Berhenti Berharap

Seharian ni memang tak tau nak buat apa. Nak tulis blog,  tapi idea tak datang. Nak masak tapi malas la pulak! Nak keluar tapi duit tak ada. Nak dating, erm... boyfriend plak tak der... Eyh, silap! Maksud aku, bukan tak ada boyfriend, cuma boyfriend aku jer yang tak der kat sini. Maklumlah, dating long distance kan... hehe. Jangan marah awak... Last2 duduk la aku terperap kat rumah nie macam katak bawah tempurung. Erm nasib la...

Nak tunggu posting pulak, macam hareemmm jer... Hari-hari menanti ibarat menunggu buah yang tak gugur. Batang hidung langsung tak nampak. Memang indah khabar dari rupa betul la! Malas dah nak layan khabar angin pasal posting nie. Dari tunggu kau, baiklah aku tambah pendapatan kat Nuffnang nie! Hari-hari pun boleh tengok buffered earning. huhu.. Gembira! Tak pun, pergi tuisyen mengajar. Dapat la jugak sekupang dua. Cukup la kot nak tampung duit belanja bulan-bulan sementara menanti posting yang tak kunjung tiba nie. Haish!

Hari tu masa blogwalking, aku terbaca la satu statement nie kat blog junior aku. Katanya, batch kitorang, dekat 60 orang gak la yang kemungkinan akan dapat FIRST CLASS DEGREE... Fuyoo... Sapa lah yang bertuah tu yer? Harapan tu memang la nak dapat yang terbaik, tapi bila tanya balik pada diri sendiri, layak ker aku nie? Macam tak layak jer (bercakap dalam nada pilu). Cuma kalau boleh, aku mesti la berdoa dan berharap untuk dapat yang terbaik buat diri sendiri. Tak salah kan? Nie bukan isu perasan. Ini tentang keyakinan, doa dan harapan untuk dapat yang terbaik buat diri sendiri, keluarga dan yang tersayang! Haa... tu baru lah betul...

Apa-apa pun, aku berharap adalah rezeki untuk aku dan kawan-kawan nanti. Rezeki nie datang dari macam-macam cara. Bukan yang nampak aja kita panggil rezeki. Yang tak nampak pun sama. Contoh, kalau kau tengok dua orang couple yang tiap-tiap hari jumpa dan tiap-tiap hari keluar makan sama, tak semestinya diorang bahagia. Tak gaduh. Tu cuma luaran jer. Mana la tau, setiap kali jumpa jer asyik gado kan? Haha. Aku merepek apa pulak nie? Dah dah...

Maksud aku, banyak jenis kebahagiaan dan rezeki yang kadang-kadang tak terlihat dek mata kasar. Contohnya, aku. Aku dan En. Boyfie memang jarang sangat dapat jumpa. Tapi kitorang bahagia. Tenang jer setiap masa and sangat jarang gaduh. Aku tahu ayat aku memang sangat annoying malam nie. Tak tahu la kenapa. Mungkin sebab dah rindu sangat kot kat Dato' H korang tu. Maklum lah, dah berbulan-bulan tak jumpa... Rindu seyhhhh......

Sekarang nie aku hanya boleh harap yang terbaik sahaja untuk diri sendiri. Harapnya, adalah rezeki aku dalam seminggu dua ini. Kesimpulannya, aku BELUM berhenti berharap lagi! Cewah....


Saturday, January 8, 2011

Hari Happy




Hari ni hari Sabtu,
.
.
.
Esok hari Ahad.
.
.
.
.
.
.
.
So,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

HAPPY WEEKEND semua !!




Thursday, January 6, 2011

KONTROVERSI : Isu Gadis Tudung, Shawl Melaram.

s

Assalamualaikum...

Sekarang nie, kalau kita pergi ke blog-blog, heboh pasal entry Gadis Tudung, Shawl Melaram yang mana kebanyakan blogger menyifatkan entry tu sebagai mengaibkan orang lain. Tapi bagi aku secara peribadi, tak ada apa yang salah pun pasal entri tu. Aku bukan nak menyokong, jauh sekali mengiyakan apa yang dikatakan penulis blog tersebut. Mungkin caranya aja yang tak berapa nak kena.

Lagipun, setiap kali aku blogwalking, ramai jer blogger yang bagi amaran "Ini belog aku. Kalau tak suka jangan baca! " Kalau tak suka, Boleh Blah!" Ini blog aku, suka suki aku! Perrrrrrrrrrghhhhhhhhhhhhh..... Gila kentang  ganas ayat ko! Memang tak sesuai la dengan sifat aku yang lemah lembut nie. Terus aku pangkah. Malas dah nak melawat blog macam tu. Ye la, hidup kau kan? So what? 

Point aku kat sini ialah setiap blogger memang ada hak ke atas blog masing-masing. Terpulang pada kita untuk menulis apa pun kerana blog kita adalah pendapat peribadi kita. Cuma pada aku, kalau kau tak nak bagi orang baca, wat per ko publish dekat blog and pampang luas-luas kat alam maya nie. Kau kan tau bila ko tekan jer butang 'Publish' tu, satu dunia boleh baca entri kau. Haha. Emo plak!

So, dalam entry Gadis Tudung, Shawl Melaram tu penulis ada memetik beberapa nama blogger yang terkenal. Tak payah la aku sebut nama-nama blogger tu. Karang tak pasal-pasal aku pulak yang kena hentam. Tapi inilah masalahnya bila kau jadi terlampau terkenal. Korang pernah dengar tak kata-kata bijak pandai, "setiap manusia yang lahir ke dunia nie ada harganya". Means kalau kau pilih jalan untuk jadi famaous dan terkenal, sebenarnya ada harga yang perlu kau bayar. Harganya ialah, kau glamor tapi privasi kau mungkin akan hilang! Mungkin ramai orang suka tapi tak kurang juga yang membenci. Ramai yang puji tapi pada masa yang sama tak kurang dek keji.

Dalam isu ini, aku melihat dari sudut pandangan orang ketiga. Maksudnya, aku atas pagar. Tak memihak kepada sesiapa. Kepada penulis entri Gadis Tudung Shawl Melaram, kalau nak menegur pun biarlah berhikmah. Jangan mengaibkan orang lain. Bagi aku, cara kau petik nama-nama blogger menunjukkan kau ada niat yang tersembunyi. Tak baik tu beb! Tapi aku salute sangat kat kau sebab cara kau bagi nasihat memang chill la beb. Aku tau, kau bercakap dari kaca mata seorang lelaki. Kau menulis sebab kau rimas dengan keadaan semasa. Aku tau, kau tak berapa suka dengan fashion-fashion masa kini yang kau sifatkan sebagai bonggol unta dan sebagainya. Aku faham betapa terseksanya naluri batin kau melihat fashion-fashion hari ini. Tapi itu cuma pandangan peribadi kau. Pandangan dari satu sisi sahaja. Tak semestinya betul 100% pun kan?

Komen tentang aurat seseorang, dosa dan pahala memang satu isu sensitif. Dalam hal ini, masing-masing perlu menggunakan akal fikiran dan sensitiviti sendiri. Macam aku cakap dalam entri lepas, pakaian kita melambangkan sahsiah dan peribadi kita. Jadi pandai-pandailah! Sebagai seorang perempuan, bagi aku fashion-fashion tudung hari ini tidak boleh dipersalahkan. Tak ada apa yang salah pun dengan shawl, tudung ekspress dan lain-lain kerana fungsinya jelas untuk menutup aurat tapi cara kita memakai tudung itu sendiri yang perlu diperbetulkan supaya lebih berhemah. 

Aku pun macam girl lain jugak. Sangat meminati fashion terkini cuma pandai-pandailah, agar kita tidak menjadi mangsa fashion. Kepada blogger yang dihentam, bersabarlah. Anda tidak bersalah. Semua ini hanyalah satu provokasi daripada mereka yang punya agenda tersendiri. So chill beb chill!

Akhir kata, "Every moment of your life is an opportunity for fashion" -glee

Sekian,ADIOS! Take care people. Jangan notty2!


 Tudung ekspress, tudung bawal: Fashion terkini. Salah ker?



p/s: Link hanya akan diberi jika korang berminat nak tahu tentang entri tersebut. Aku pun tak nak korang terlibat dengan komen yang bukan-bukan kat blog tu.



Wednesday, January 5, 2011

Miracle Miracle

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Itu jer yang mampu aku ucapkan setakat ini. Alhamdullilah... Syukur kepada Allah yang mengurniakan aku rezeki yang melimpah ruah dari sudut yang tidak disangka-sangka. Terima Kasih Allah. Terima kasih atas segala nikmat dan kurnia yang telah Engkau berikan.

Sejujurnya, aku sangat gembira hari ini. Gembira yang tidak terkata. Nampaknya, semua penat lelah dan usaha yang aku curahkan selama ini berhasil. Memang aku tak percaya dengan apa yang berlaku hari ini. Sesungguhnya, apa yang berlaku kepada aku hari ini dan semalam, aku anggap sebagai satu keajaiban. Ajaib kerana ia datang dalam keadaan yang tak dijangka-jangka.

Kalau nak diikutkan, aku memang tak de letakkan apa-apa harapan untuk peperiksaan kali nie. Dalam hati, aku dah berkira-kira, aku mungkin tak score kali nie. Lagipun, subjek MTE 3114 memang susah dan aku pun hanya sempat study beberapa hari jer before exam sebenar bermula. Tapi itu lah kuasa Allah. Kalau Dia mengkehendakkan sesuatu tu terjadi, maka jadilah! Itu rezeki aku dan aku sangat bersyukur.

Mungkin bagi sesetengah orang, apa yang aku dapat ini biasa-biasa aja. Tapi bagi aku ia sudah lebih daripada cukup. Lagipun keputusan peperiksaan ini merupakan yang terakhir dan ini juga merupakan keputusan yang paling tinggi yang pernah aku capai. Memang secara hitam putih, keputusan belum keluar lagi. Tapi, aku tetap nak berkongsi kegembiraan aku nie dengan semua orang.


Jadi, keputusan peperiksaan semester ini ialah 3.80 sahaja.

Sekian, terima kasih

Gembira... =)

Cikgu Boleh Pakai Sexy Tak?

Assalamualaikum...

Actually, tak de la apa sangat yang nak di update pun. Cuma hari gembira terlebih sikit sebab dapat mengajar subjek Sains untuk Tahun 2 dan Tahun 3. Fuh fuh! Nasib baik gua ada buat revision sikit-sikit siang tadi. So, lancar jer la mengajar malam ni.

Ehem ehem, for those yang tak tahu apa aku buat sekarang, nie nak kasi gebang satu Malaya lah ni. Aku sekarang dah tak menganggur lagi. Dah ada kerja. Hehe. Gembira! Yeppi yeppi. Rasa nak melompat-lompat jer bila dapat panggilan telefon dari Kelas Tuisyen Cikgu Mariam. Siap menari tarian agogo pas tuh berzapin dan berdendang lagu dondang sayang yawww... haha. Over pulak!

Actually, kelas tuisyen nie pun baru jer start semalam sebab budak-budak pun baru daftar and banyak lagi kelas yang belum bukak. Aku mengajar Matematik tapi disebabkan belum ada murid yang mendaftar lagi, kena la ajar subjek Sains dulu. Sains pun Sains lah kan... Janji ada. Ko ada? Non- hado! hehe.

So, bila dah jadi cikgu nanti,aku fikir banyak la jugak pantang larang dan etiket berpakaian yang terpaksa di patuhi. Mak aku pun siap tegur lagi baju-baju aku yang kecik-kecik and solid molid tu. Memang kalau nak diikutkan, kebanyakan baju-baju yang aku ada memang tak sesuai untuk pergi mengajar. Maklumlah, kita nie kan golongan pendidik. Kenalah jadi contoh tauladan untuk murid-murid. Kalau tak nanti, tersembul pulak mata budak-budak tu karang tengok cikgu dia pakai yang bukan-bukan. 

Tapi masalahnya, aku nie baju-baju labuh a.k.a yang sopan-santun memang agak limited dalam simpanan. Paling santun pun jubah seluar yang boleyh mix and match jadi smart kasual. Yang lain aku memang non-hado la! Alahai cikgu Ainul... Terpaksa la tunggu cukup bulan. Dapat gaji dulu kalau nak beli baju-bajuan pun. Sedih kan? 

So, pesanan aku buat kawan-kawan pendidik mahupun yang bukan pendidik dan diri sendiri, jaga lah etika berpakaian kita. Pakailah pakaian yang sesuai dengan keadaan dan acara. Lagipun pakaian tu sendiri mencerminkan sahsiah dan peribadi kita. So, pandai-pandailah. Aku pun dah simpan baju-baju yang dikategorikan sebagai tak sesuai tu sebagai menghormati profession yang aku cinta nie. Aku fikir itu lebih baikkan? Tapi itu cara aku. Cara korang, masing-masing lah kan?


manisnya! Sapa lah yang punya nie yer?

Sekian, adios!


Sunday, January 2, 2011

Crackers

Assalamualaikum...

Jadi semalam telah pergi jalan-jalan ke Banting untuk membeli kerepek sempena tahun baru. Eyh eyh... Memandai jer... Takde lah. Actually, saja ke Banting sebab kat sana ada banyak makanan ringan yang murah-murah dan pelbagai pilihan. 


Haa.. Nie la dia Kerepek House. Kitorang memang selalu beli kat sini. Macam-macam ada!


Tengok! Kan aku dah kata... Ekor Kucing pun ada jual kat sini taw! Jangan main-main... Kasihan meow!


Mak ai, banyaknya kerepek. Larat ker aku yang keding nie nak makan? Huhu.... Tapi serius la cakap ngan korang, kerepek kat sini semua best-best belaka. Ada tempe goreng, kerepek kacang dal, ekor kucing, dodol, jelly kelapa dan sebagainya. Kitorang kalau datang sini, tak sah kalau tak habis kan around rm100. Murah-murah beb! Boleh buat stok berbulan-bulan you!

Shopping kerepek- Memang terbaiklah instead of shopping baju

Mak dan Tok yang comel sedang enak menikmati jelly kelapa asli.

Lepas balik dari Banting, kitorang terus gerak ke Putrajaya untuk menonton teater Dimensi Buli anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Actually, adik aku yang no. 3 ada berlakon dalam teater tu sebagai Datuk Mukhriz. Tu la pergi tengok sebagai tanda sokongan. hehe. Kakak yang baik kan? Lagipun, adik aku yang sorang nie memang aktif berteater dan merupakan pemegang pingat emas Rakan Muda. Jadi, teater nie merupakan salah satu platform untuk dia kembangkan bakat lakonan dan juga sebagai penilaian asas teater.. Lagipun, dia nie dah abis SPM. Manalah tau, kot-kot boleh dapat biasiswa untuk sambung pelajaran dalam bidang yang dia minat nie kan? Sapa tau...

Syamil Azmim Azhar

Dimensi Buli

Lepas tu, balik rumah terus pengsan. Jadi, tu lah caranya aku menyambut Tahun Baru. Korang cam ner pulak? 

Anyway, aku nak ucapkan takziah buat seluruh keluarga pelakon Faizal Yusof atas pemergian beliau ke rahmatullah semalam, dipercayai serangan jantung. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-fatihah.



Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum

Entri pertama bagi tahun 2011. Selamat Tahun Baru semua! Harap-harapnya tahun 2011 ini akan memberi kita semua kebaikan dan sejuta makna. Untuk tahun ini, aku memang tak der buat apa-apa azam. wishlists dan sebagainya. Cuma, ini saja lah yang aku harapkan untuk tahun ini:

1. Aku harap dapat tahu posting dengan cepat, supaya aku boleh bekerja, kumpul duit, dan dapat tolong mak abah. Maklumlah, diorang dah banyak berjasa untuk membesar dan sekolahkan aku. Now nie, giliran aku la pulak tolong mereka. Amboi amboi. Anak solehah nie. Sejuk perut mak mengandung....



2. Aku harap dengan duit yang ada dapatlah beli kereta sendiri supaya senang aku nak pergi sekolah. Tak la nanti berpanas, berhujan dan sebagainya. al- Maklumlah, aku nie ada allergic sikit dengan sinar UV and hujan asid di Kuala Lumpur nie. Melampau...



Next...

3. Dengan duit yang ada nanti, bolehlah buat perancangan masa hadapan. Ye la, umur pun dah 24 tahun. Memang tak dinafikan, muka aku nie memang jenis 'baby face', awet muda,  tak lapuk dek tahun dan usia. Macam kanak-kanak umur 16 tahun lagi. Tapi jam biologi tak dapat menipu. Kena la ikut sunnah nabi. Kena kahwin cepat-cepat untuk mengelakkan fitnah dan dosa. Nauzubillahhiminzalik!



4. Then, bila dah ada duit sendiri, I know that I can shop!!! Yuhuuu... This one cannot be avoided from me because, when I shop, the world gets better =) hehe. Ini memang dah jadi lumrah orang perempuan. Bukan apa, aku nie berniat baik sebenarnya. Nak tolong majukan ekonomi negara. Lagipun, dalam lagu Guru Malaysia pun ada cakap, "Di bidang pembangunan, kami tetap bersama.... " So, kalau aku tak mampu nak sumbang keringat dengan angkat batu bata segala, ini je lah saja cara yang mampu aku lakukan untuk bantu jana ekonomi negara. Baikkan aku? hehe. Alasan memang tak munasabah!



Haha. Itu saja yang aku harap untuk tahun nie. Simple kan? Harapnya tercapai!




Thank you for reading this entry!