Sunday, June 9, 2013

Travelog: Ho Chi Minh City Part 2

Entri nie sambungan dari Travelog: Ho Chi Minh City Part 1

Assalamualaikum.

DAY 2: MENYUSURI SUNGAI MEKONG

Aktiviti hari kedua di Vietnam ialah menyusuri Sungai Mekong. Actually, hari kedua nie aku dengan Anis terbangun lambat. Sebab semalamnya merayap pergi night market, akibatnya dah terlajak tidur. Breakfast semua memang dah tak sempat, nasib kitorang ada bawak bekal biskut.. Ngeh3...

Tapi nak bagitau jugak yang Kelly Hotel menu dia bercampur Halal dan Non Halal. So, kena pandai-pandai pilih. To be honest, tiga hari dekat Vietnam, tiga hari jugak aku dengan Anis tak ambil breakfast sebab was-was dengan makanan yang disediakan.

So, pagi-pagi dalam pukul 7.30 waktu Vietnam (8.30 waktu Malaysia) kitorang dah siap-siap naik coach dan bergerak ke My Tho. Perjalanan dari Ho Chi Minh ke My Tho lebih kurang 1 jam setengah.


antara pengangkutan yang utama di Vietnam : motosikal

motosikal di mana-mana

Salah satu perkara yang menarik dekat Vietnam ialah transportation. Dimana-mana pun kita akan dapat lihat motosikal sebab di Vietnam motosikal memang murah tapi harga kereta kat sana sangat-sangat mahal. Satu lagi diorang nie kalau jalan main pakai hentam je tak ikut peraturan dan keje nak honnnnn je memanjang. Memang boleh sakit jantung kalau tengok trafik diorang yang begitu hardcore dengan cara diorang memandu. 

Ha... yang ini Alex our tour guide dekat Vietnam. Dia ni pandai cakap Melayu. Hensem pulak tu!
Hye Alex (^___^)!

Sesampai je dekat My Tho, kitorang dibawa menaiki bot untuk ke kawasan Sungai Mekong. Sebelum menyusuri Sungai Mekong tu kami singgah dulu dekat kawasan pemprosesan gula-gula kelapa, melawat honey bee farm sambil minum teh madu, dijamu dengan buah-buahan tempatan sambil mendengar lagu, dan last sekali baru boleh naik sampan.

welcome board


 on the way to Mekong River... excited dah memasing!
keluar kaki tu yang tak tahan! =P

Coconut candy workshop

alex lagi




Harga untuk 5 paket coconut candy nie tak silap dalam 10 ribu dong bersamaan RM 15. Ada macam-macam perisa pandan, kacang, durian and banyak la. Aku tak ingat. Tapi kesedapan dia ialah tiga bintang. 


Honey bee farm

Kat sini kita boleh rasa madu asli fresh dari beehive tu. Kat sini juga pelancong akan dihidangkan dengan teh yang dicampur madu, asam dan limau. Rasa dia sedap macam minum air asam jawa. Then, amoi tu dengan baik hatinya akan tolong sapukan royal jelly kat tangan kita. After 10 minutes boleh basuh dan feeling2 princess sebab tangan lembut bagaikan sutera (yewww!)

apa tue? @___@




 gigih menghabiskan teh madu. mana nak dapat oi gadis begini


lepas melawat farm bee, kitorang makan buah-buahan dulu, lepak-lepak dengar lagu and then baru la aktiviti sebenar bermula.





dan aktiviti yang paling ditunggu-tunggu ialah menyusuri Sungai Mekong. Time kat Sungai Mekong tu aku boleh relax je pakai skirt siap high heels bagai. Kui3. Nasib baik tak terpeleot jatuh dalam Sungai Mekong. Kalau tak baru kau kenal erti penyesalan. Hekeleh!

nak pergi pun kena jungle trekking

Sungai Mekong yang sempit. 

Kat sini awal-awal lagi kitorang dah diingatkan supaya tak letak jari di sisi bot sebab kawasan Sungai Mekong ni tersangatlah sempit siap berlanggar-langgar lagi sampan tu. Takut tersepit putus pulak jari tu. Tak dapek nak sarung cincin kawen. Bhaha.

gigih dowh cari rezeki

nampak tak?

omeyy nyeeee

our paddler boat.
Sedang hamil lima bulan anak kembar.

Serius rasa insaf dan bersyukur sangat-sangat bila tengok orang-orang kat sana cari rezeki. Kalau kita rasa kita susah sebenarnya ada orang yang jauhhhh lagi susah daripada kita. Dan akhir sekali, kitorang lunch dekat Restoran Halal Mekong. 

Menu lunch:
sup ayam, ikan masak merah, telur goreng, popia vietnam & sayur taugeh. 

SHOPPING AT CHINA TOWN



Balik dari Sungai Mekong, Alex bawak kitorang shopping dekat China Town atau Cho Bin Tay. Kat sini barang-barang yang dijual jauh lebih murah dari Pasar Benh Tanh. Kain Cotton dekat China Town dengan kualiti yang baik boleh dapat semurah VND 150,000. Dan kalau nak shopping kat Vietnam aku nasihatkan korang bawak la Currency Converter supaya senang nak tengok harga dan untuk mengelakkan ditipu.

Currency Converter

Kat Vietnam ada tiga currency yang diterima pakai Vietnam Dong, Ringgit Malaysia dan US Dollar. Tapi aku shopping pakai dong je senang. 

Dan ini ada satu tips. Bila shopping kat Vietnam hati mesti kental la beb (terutama lelaki) dan perempuan juga (ehem)! Satu, sebab orang Vietnam nie dah la cun-cun terutama amoinya. Sekali dia panggil 'abang, abang... murah2' memang cair la jawabnya beserta duit-duit dong sekali cair... Kedua, sebab diaorang nie bila berniaga tersangatlah desperate sampai main tarik-tarik tangan dan baju pun ada. Yang ini aku kena kat China Town. Siap tarik tangan tak nak lepas kot. So, kesimpulannya hati mesti kuat. Kalau rasa cepat kesian dengan diorang alamatnya memang banyak la duit kau yang akan mengalir. 

Ketiga skill tawar menawar dan lakonan kena tinggi beb. Kalau nak tawar, tawar sampai jadi 1/3 dari harga yang diorang letak. Lepas tu baru up-up kan sikit. Kalau diorang tak nak bagi gak, blah je dari situ sebab banyak lagi kedai yang jual mende sebijik sebabun sama dengan harga yang jauh lebih murah. Keempat, orang Vietnam kebanyakannya boleh cakap Bahasa Melayu dan faham apa kita cakap. So beware dengan perkataan 'murah'. Jangan sebut depan diorang. Alamat tak dapat turun harga lagi.


AKTIVITI MALAM: JALAN2 NAIK MENARA

Aktiviti malam yang kitorang rancang nie sebenarnya tak de dalam tentatif pun. Pandai-pandai sendiri je. So, lepas dinner kitorang plan nak jalan-jalan dan shoping dekat night market je tapi sebab hujan maka aktiviti tu dibatalkan. Then kitorang tahan cab dan terus cakap nak pergi Bitexco Financial Tower.


Nak naik tower tu of course kena bayar. Sorang dalam VND 200,000. Dari atas menara boleh tengok bandaraya Ho Chi Minh pada waktu malam. Serius cun dan romantik. Bitexco Financial Tower ni jugak merupakan bangunan iconic kelima di dunia kalau tak silap. Hmmm...

Malam kedua di Ho Chi Minh kitorang akhiri dengan shoping lagi dekat night market lepas balik dari menara. Beli keychain untuk anak murid dan beli t-shirt pulak.  Habis lagi duit dong ku!

Tamat hari kedua. Nanti sambung lagi. (Gila panjang entry nie!) 

Bbbye...







Travelog: Ho Chi Minh City Part 1

Assalamualaikum and good morning! (^___^)v

That day I went to Vietnam, Ho Chi Minh City started from 30th May-2nd June 2013. 4 hari semuanya. So, nak jadikan cerita trip nie dah planned sejak hujung tahun lepas selepas trip ke Bandung. Reason nak pergi Ho Chi Minh biasalah tak lain dan tak bukan adalah untuk shoping...hehe. Sekian.

peta Vietnam

Sedikit info tentang Ho Chi Minh City. Ho Chi Minh nie dulunya dikenal sebagai Saigon. Bandaraya Ho Chi Minh  terletak di bahagian selatan dan merupakan ibu negara bagi Vietnam. Vietnam juga merupakan antara salah satu negara dunia ketiga yang sedang membangun selepas bergelut dengan kancah perang pada tahun 1975. (Kalo tengok Rambo boleh tahu lah kot)

So, trip kali nie kami pergi secara grouping. 9 orang semuanya daripada pelbagai latar belakang, usia, budaya dan kerjaya. hehe... Kira ni group paling rojak la. Apapun, trip kali nie memang best as semua orang pun stay positif and happening.

group rojak kami

AL-KISAH TRAVEL AGENT YANG BIKIN PANAS

Kisah travel agent yang sengal dan bikin panas ni seboleh-bolehnya malas nak cerita since kami pun dah selamat pergi dan balik. Alhamdullillah. Namun, kisah nie mungkin boleh dijadikan panduan dan iktibar untuk korang-korang yang mungkin nak menggunakan khidmat travel agent bagi merancang percutian pada masa hadapan.

Since kami pergi grouping dan semua orang pun pertama kali menjejakkan kaki ke Vietnam, so kami fikir adalah lebih baik jika menggunakan khidmat travel agent sebab semua urusan tiket pergi balik, hotel, makan minum, dan tips untuk pemandu pelancong telah tersedia cuma tinggal siap duit nak bayar saja. 

At first, semua seems okay. Dari email tentang package dan bayar deposit semua seperti tiada masalah dan berjalan lancar. Kemudian, I realized yang agent nie macam lambat sangat nak bagi feedback tentang resit lepas bayar booking. Biasanya within satu atau dua minggu paling lambat agent akan call/email booking resit sebagai tanda kita dah setuju dengan terma dan syarat agensi la kan. Dan biasanya juga agent akan update booking confirmation about flight dan sebagainya. Tapi agent nie senyap je sampai kita sebagai customer plak yang kena tanya perkembangan dan minta dia update. Bab resit semua tu aku kira boleh pejam mata dan tak de isu sangat pun. 

Tapi kalau uols kakitangan kerajaan mesti tahu prosedur nak keluar negara kan? Walaupun kita nak pergi bercuti tak kira lah secara persendirian/ berkumpulan  kita kena isi borang permohonan keluar negara dan kena attach kan sekali dokumen-dokumen berkaitan macam booking confirmation dan sebagainya. Permohonan ni sangat penting sebab ye la malang tak berbau kan? Takut jadi apa-apa semasa di luar negara  dan kita hilang upaya bekerja at least kita ada perlindungan insuran oleh kerajaan. Katalah kita tak mohon dan pergi senyap-senyap, takut nanti jadi apa-apa kita tak boleh claim pencen dan kemudahan perubatan yang lain. So, beringatlah ye...

Oh ya, mesti uols tertanya-tanya kan macam mana aku boleh ter'deal' dengan agent yang problem ni. Actually aku tau pasal agent nie dari cikgu-cikgu sekolah yang selalu pergi trip dengan F**s Holiday ni. Diorang yang suggestkan sebab cakap service dia okay dan harga pun murah. I think tak salah pun mencuba since travel agency nie orang kita jugak...

Jadi berbalik semula hal travel agent tadi, dah dia buat senyap je aku pun malas nak tanya banyak-banyak kali. Tapi yang aku ingat, agent ni janji akan bagi confirmation semua tentang tiket dan lain-lain hal tentang trip kami seminggu sebelum kitorang fly. 

Sekarang tibalah hari yang dijanjikan. Seminggu sebelum fly aku cal tanya agent tentang status flight kami. Seperti yang dijangka, agent nie tak boleh nak bagi confirmation lagi. Dia janji akan cal balik selewat-lewatnya hari Isnin (iaitu 3 hari sebelum fly). Kalau korang cuak tak? Ha... mahu tak cuak kan? Untuk pengetahuan aku start deal dengan dia awal March and settle semua paymeny early April which mean agent ada sangat banyak masa untuk buat kerja tapi tak tahu kenapa sampai saat-saat akhir pun satu confirmation pun dia tak boleh bagi.

Flight kami dijadualkan pukul 12 tengahari hari Khamis (30 May 2013) seperti yang dimaklumkan oleh agent dan kitorang diminta berkumpul dekat LCCT jam 10 pagi. So, aku pun inform la dekat group. Kawan-kawan dari Terengganu semua pakat rushing sebab mengenangkan flight yang kengkononnya pukul 12 lah sangat tu. Aku pun dah excited kemas barang and siap packing la bagai.

Tup tup malam Rabu pukul 11.20 malam time aku baru nak landing dan tido-tido ayam tiba-tiba ada call dari nombor agent. Kalau korang nak happy ker nak cuak? Dah la pukul 11.20 malam hoi! Aku pun gagah la mengangkat cal tu walau dalam hati dah boleh agak sumthing dan jeng jeng jeng

Agent Bikin Panas     : Hello, Cikgu Ainul dah tido ker?
Me                             : Belum lagi, ada apa Encik I**a? 
                                 (padahal tak tahu ker dah pukul berapa)
Agent Bikin Panas    : (nada suara terketar-ketar) Nie esok flight petang la pukul 6. 
                                 Flight pukul 12 cancel.
Me                            : (bengang tahap gaban tapi stay cool) asal last minute cancel plak? 
Agent Bikin Panas    : Tak tahulah. Saya baru dapat sms kata flight cancel 
                                 (* time nie aku memang dah suspicious)

Letak phone je aku terus online laman web Air Asia. Tengok pukul 12 flight memang ada tapi  limited. Aku sms agent kata aku check web AA and tengok flight tu available dan minta agent forward sms/email tentang flight cancel tu kalau betul ada. Tapi korang tahu lah kan dia tak forward pun kat aku sebab.... (menda tak wujud bai!). Then dia cal aku balik dalam 11.40 malam janji akan bagi confirmation selewat-lewatnya pukul 9 pagi esok. Gila! Memang what the heck la kan...

Esoknya memang tak henti-henti la aku push agent. Ye la korang bayangkan janji punya la macam-macam last-last chicken sh*t je lebih taw. Dan kemuncaknya, one of our group member minta tolong cousin dia yang kerja dengan Air Asia untuk checkkan booking kitorang and guess what??? haha. Nama kitorang memang tak de pun dalam flight pukul 12 tu dan yang paling mengejutkan agent baru beli ticket flight kami pagi Khamis,30 May tue. Yang ini memang kitorang siap print in case sebagai bukti. Lagi mengejutkan, kitorang dimaklum
kan yang return ticket kami tiada. Means agent belum beli la tu. Haha (time type entry nie aku tengah gelak) mengenangkan saat-saat cemas beberapa jam before fly.

Namun, alhamdullillah Allah dah tetapkan yang group aku kali antara orang-orang yang paling kuat hatinya, tetap optimis, even dah tahu yang tiket flight agent beli last minute dan return tiket kami tak de tapi kitorang tetap gak pergi LCCT dan alhamdullillah we depart from LCCT to Vietnam jam 7.40 malam. So, Vietnam here we come! yeah.

beautiful view Ho Chi Minh City from airplane

MALAM PERTAMA DI HO CHI MINH CITY

Since hari pertama macam dah burn begitu sahaja, member lain semua macam dah tak larat dan decide untuk rehat-rehat kat hotel saja. Tapi, malam tu aku keluar jugak pergi jalan-jalan sekitar Night Market. Begitulah cerita Travelog Vietnam hari pertama. Jap gi sambung lagi. Chalo!

Kelly Hotel tempat menginap. 3 star hotel.

Room 306.

To be Continue (Insya Allah)