Assalamualaikum and good morning! (^___^)v
That day I went to Vietnam, Ho Chi Minh City started from 30th May-2nd June 2013. 4 hari semuanya. So, nak jadikan cerita trip nie dah planned sejak hujung tahun lepas selepas trip ke Bandung. Reason nak pergi Ho Chi Minh biasalah tak lain dan tak bukan adalah untuk shoping...hehe. Sekian.
peta Vietnam
Sedikit info tentang Ho Chi Minh City. Ho Chi Minh nie dulunya dikenal sebagai Saigon. Bandaraya Ho Chi Minh terletak di bahagian selatan dan merupakan ibu negara bagi Vietnam. Vietnam juga merupakan antara salah satu negara dunia ketiga yang sedang membangun selepas bergelut dengan kancah perang pada tahun 1975. (Kalo tengok Rambo boleh tahu lah kot)
So, trip kali nie kami pergi secara grouping. 9 orang semuanya daripada pelbagai latar belakang, usia, budaya dan kerjaya. hehe... Kira ni group paling rojak la. Apapun, trip kali nie memang best as semua orang pun stay positif and happening.
group rojak kami
AL-KISAH TRAVEL AGENT YANG BIKIN PANAS
Kisah travel agent yang sengal dan bikin panas ni seboleh-bolehnya malas nak cerita since kami pun dah selamat pergi dan balik. Alhamdullillah. Namun, kisah nie mungkin boleh dijadikan panduan dan iktibar untuk korang-korang yang mungkin nak menggunakan khidmat travel agent bagi merancang percutian pada masa hadapan.
Since kami pergi grouping dan semua orang pun pertama kali menjejakkan kaki ke Vietnam, so kami fikir adalah lebih baik jika menggunakan khidmat travel agent sebab semua urusan tiket pergi balik, hotel, makan minum, dan tips untuk pemandu pelancong telah tersedia cuma tinggal siap duit nak bayar saja.
At first, semua seems okay. Dari email tentang package dan bayar deposit semua seperti tiada masalah dan berjalan lancar. Kemudian, I realized yang agent nie macam lambat sangat nak bagi feedback tentang resit lepas bayar booking. Biasanya within satu atau dua minggu paling lambat agent akan call/email booking resit sebagai tanda kita dah setuju dengan terma dan syarat agensi la kan. Dan biasanya juga agent akan update booking confirmation about flight dan sebagainya. Tapi agent nie senyap je sampai kita sebagai customer plak yang kena tanya perkembangan dan minta dia update. Bab resit semua tu aku kira boleh pejam mata dan tak de isu sangat pun.
Tapi kalau uols kakitangan kerajaan mesti tahu prosedur nak keluar negara kan? Walaupun kita nak pergi bercuti tak kira lah secara persendirian/ berkumpulan kita kena isi borang permohonan keluar negara dan kena attach kan sekali dokumen-dokumen berkaitan macam booking confirmation dan sebagainya. Permohonan ni sangat penting sebab ye la malang tak berbau kan? Takut jadi apa-apa semasa di luar negara dan kita hilang upaya bekerja at least kita ada perlindungan insuran oleh kerajaan. Katalah kita tak mohon dan pergi senyap-senyap, takut nanti jadi apa-apa kita tak boleh claim pencen dan kemudahan perubatan yang lain. So, beringatlah ye...
Oh ya, mesti uols tertanya-tanya kan macam mana aku boleh ter'deal' dengan agent yang problem ni. Actually aku tau pasal agent nie dari cikgu-cikgu sekolah yang selalu pergi trip dengan F**s Holiday ni. Diorang yang suggestkan sebab cakap service dia okay dan harga pun murah. I think tak salah pun mencuba since travel agency nie orang kita jugak...
Jadi berbalik semula hal travel agent tadi, dah dia buat senyap je aku pun malas nak tanya banyak-banyak kali. Tapi yang aku ingat, agent ni janji akan bagi confirmation semua tentang tiket dan lain-lain hal tentang trip kami seminggu sebelum kitorang fly.
Sekarang tibalah hari yang dijanjikan. Seminggu sebelum fly aku cal tanya agent tentang status flight kami. Seperti yang dijangka, agent nie tak boleh nak bagi confirmation lagi. Dia janji akan cal balik selewat-lewatnya hari Isnin (iaitu 3 hari sebelum fly). Kalau korang cuak tak? Ha... mahu tak cuak kan? Untuk pengetahuan aku start deal dengan dia awal March and settle semua paymeny early April which mean agent ada sangat banyak masa untuk buat kerja tapi tak tahu kenapa sampai saat-saat akhir pun satu confirmation pun dia tak boleh bagi.
Flight kami dijadualkan pukul 12 tengahari hari Khamis (30 May 2013) seperti yang dimaklumkan oleh agent dan kitorang diminta berkumpul dekat LCCT jam 10 pagi. So, aku pun inform la dekat group. Kawan-kawan dari Terengganu semua pakat rushing sebab mengenangkan flight yang kengkononnya pukul 12 lah sangat tu. Aku pun dah excited kemas barang and siap packing la bagai.
Tup tup malam Rabu pukul 11.20 malam time aku baru nak landing dan tido-tido ayam tiba-tiba ada call dari nombor agent. Kalau korang nak happy ker nak cuak? Dah la pukul 11.20 malam hoi! Aku pun gagah la mengangkat cal tu walau dalam hati dah boleh agak sumthing dan jeng jeng jeng
Agent Bikin Panas : Hello, Cikgu Ainul dah tido ker?
Me : Belum lagi, ada apa Encik I**a?
(padahal tak tahu ker dah pukul berapa)
Agent Bikin Panas : (nada suara terketar-ketar) Nie esok flight petang la pukul 6.
Flight pukul 12 cancel.
Me : (bengang tahap gaban tapi stay cool) asal last minute cancel plak?
Agent Bikin Panas : Tak tahulah. Saya baru dapat sms kata flight cancel
(* time nie aku memang dah suspicious)
Letak phone je aku terus online laman web Air Asia. Tengok pukul 12 flight memang ada tapi limited. Aku sms agent kata aku check web AA and tengok flight tu available dan minta agent forward sms/email tentang flight cancel tu kalau betul ada. Tapi korang tahu lah kan dia tak forward pun kat aku sebab.... (menda tak wujud bai!). Then dia cal aku balik dalam 11.40 malam janji akan bagi confirmation selewat-lewatnya pukul 9 pagi esok. Gila! Memang what the heck la kan...
Esoknya memang tak henti-henti la aku push agent. Ye la korang bayangkan janji punya la macam-macam last-last chicken sh*t je lebih taw. Dan kemuncaknya, one of our group member minta tolong cousin dia yang kerja dengan Air Asia untuk checkkan booking kitorang and guess what??? haha. Nama kitorang memang tak de pun dalam flight pukul 12 tu dan yang paling mengejutkan agent baru beli ticket flight kami pagi Khamis,30 May tue. Yang ini memang kitorang siap print in case sebagai bukti. Lagi mengejutkan, kitorang dimaklum
kan yang return ticket kami tiada. Means agent belum beli la tu. Haha (time type entry nie aku tengah gelak) mengenangkan saat-saat cemas beberapa jam before fly.
Namun, alhamdullillah Allah dah tetapkan yang group aku kali antara orang-orang yang paling kuat hatinya, tetap optimis, even dah tahu yang tiket flight agent beli last minute dan return tiket kami tak de tapi kitorang tetap gak pergi LCCT dan alhamdullillah we depart from LCCT to Vietnam jam 7.40 malam. So, Vietnam here we come! yeah.
beautiful view Ho Chi Minh City from airplane
MALAM PERTAMA DI HO CHI MINH CITY
Since hari pertama macam dah burn begitu sahaja, member lain semua macam dah tak larat dan decide untuk rehat-rehat kat hotel saja. Tapi, malam tu aku keluar jugak pergi jalan-jalan sekitar Night Market. Begitulah cerita Travelog Vietnam hari pertama. Jap gi sambung lagi. Chalo!
Kelly Hotel tempat menginap. 3 star hotel.
Room 306.
To be Continue (Insya Allah)
No comments:
Post a Comment