Sunday, June 9, 2013

Travelog: Ho Chi Minh City Part 2

Entri nie sambungan dari Travelog: Ho Chi Minh City Part 1

Assalamualaikum.

DAY 2: MENYUSURI SUNGAI MEKONG

Aktiviti hari kedua di Vietnam ialah menyusuri Sungai Mekong. Actually, hari kedua nie aku dengan Anis terbangun lambat. Sebab semalamnya merayap pergi night market, akibatnya dah terlajak tidur. Breakfast semua memang dah tak sempat, nasib kitorang ada bawak bekal biskut.. Ngeh3...

Tapi nak bagitau jugak yang Kelly Hotel menu dia bercampur Halal dan Non Halal. So, kena pandai-pandai pilih. To be honest, tiga hari dekat Vietnam, tiga hari jugak aku dengan Anis tak ambil breakfast sebab was-was dengan makanan yang disediakan.

So, pagi-pagi dalam pukul 7.30 waktu Vietnam (8.30 waktu Malaysia) kitorang dah siap-siap naik coach dan bergerak ke My Tho. Perjalanan dari Ho Chi Minh ke My Tho lebih kurang 1 jam setengah.


antara pengangkutan yang utama di Vietnam : motosikal

motosikal di mana-mana

Salah satu perkara yang menarik dekat Vietnam ialah transportation. Dimana-mana pun kita akan dapat lihat motosikal sebab di Vietnam motosikal memang murah tapi harga kereta kat sana sangat-sangat mahal. Satu lagi diorang nie kalau jalan main pakai hentam je tak ikut peraturan dan keje nak honnnnn je memanjang. Memang boleh sakit jantung kalau tengok trafik diorang yang begitu hardcore dengan cara diorang memandu. 

Ha... yang ini Alex our tour guide dekat Vietnam. Dia ni pandai cakap Melayu. Hensem pulak tu!
Hye Alex (^___^)!

Sesampai je dekat My Tho, kitorang dibawa menaiki bot untuk ke kawasan Sungai Mekong. Sebelum menyusuri Sungai Mekong tu kami singgah dulu dekat kawasan pemprosesan gula-gula kelapa, melawat honey bee farm sambil minum teh madu, dijamu dengan buah-buahan tempatan sambil mendengar lagu, dan last sekali baru boleh naik sampan.

welcome board


 on the way to Mekong River... excited dah memasing!
keluar kaki tu yang tak tahan! =P

Coconut candy workshop

alex lagi




Harga untuk 5 paket coconut candy nie tak silap dalam 10 ribu dong bersamaan RM 15. Ada macam-macam perisa pandan, kacang, durian and banyak la. Aku tak ingat. Tapi kesedapan dia ialah tiga bintang. 


Honey bee farm

Kat sini kita boleh rasa madu asli fresh dari beehive tu. Kat sini juga pelancong akan dihidangkan dengan teh yang dicampur madu, asam dan limau. Rasa dia sedap macam minum air asam jawa. Then, amoi tu dengan baik hatinya akan tolong sapukan royal jelly kat tangan kita. After 10 minutes boleh basuh dan feeling2 princess sebab tangan lembut bagaikan sutera (yewww!)

apa tue? @___@




 gigih menghabiskan teh madu. mana nak dapat oi gadis begini


lepas melawat farm bee, kitorang makan buah-buahan dulu, lepak-lepak dengar lagu and then baru la aktiviti sebenar bermula.





dan aktiviti yang paling ditunggu-tunggu ialah menyusuri Sungai Mekong. Time kat Sungai Mekong tu aku boleh relax je pakai skirt siap high heels bagai. Kui3. Nasib baik tak terpeleot jatuh dalam Sungai Mekong. Kalau tak baru kau kenal erti penyesalan. Hekeleh!

nak pergi pun kena jungle trekking

Sungai Mekong yang sempit. 

Kat sini awal-awal lagi kitorang dah diingatkan supaya tak letak jari di sisi bot sebab kawasan Sungai Mekong ni tersangatlah sempit siap berlanggar-langgar lagi sampan tu. Takut tersepit putus pulak jari tu. Tak dapek nak sarung cincin kawen. Bhaha.

gigih dowh cari rezeki

nampak tak?

omeyy nyeeee

our paddler boat.
Sedang hamil lima bulan anak kembar.

Serius rasa insaf dan bersyukur sangat-sangat bila tengok orang-orang kat sana cari rezeki. Kalau kita rasa kita susah sebenarnya ada orang yang jauhhhh lagi susah daripada kita. Dan akhir sekali, kitorang lunch dekat Restoran Halal Mekong. 

Menu lunch:
sup ayam, ikan masak merah, telur goreng, popia vietnam & sayur taugeh. 

SHOPPING AT CHINA TOWN



Balik dari Sungai Mekong, Alex bawak kitorang shopping dekat China Town atau Cho Bin Tay. Kat sini barang-barang yang dijual jauh lebih murah dari Pasar Benh Tanh. Kain Cotton dekat China Town dengan kualiti yang baik boleh dapat semurah VND 150,000. Dan kalau nak shopping kat Vietnam aku nasihatkan korang bawak la Currency Converter supaya senang nak tengok harga dan untuk mengelakkan ditipu.

Currency Converter

Kat Vietnam ada tiga currency yang diterima pakai Vietnam Dong, Ringgit Malaysia dan US Dollar. Tapi aku shopping pakai dong je senang. 

Dan ini ada satu tips. Bila shopping kat Vietnam hati mesti kental la beb (terutama lelaki) dan perempuan juga (ehem)! Satu, sebab orang Vietnam nie dah la cun-cun terutama amoinya. Sekali dia panggil 'abang, abang... murah2' memang cair la jawabnya beserta duit-duit dong sekali cair... Kedua, sebab diaorang nie bila berniaga tersangatlah desperate sampai main tarik-tarik tangan dan baju pun ada. Yang ini aku kena kat China Town. Siap tarik tangan tak nak lepas kot. So, kesimpulannya hati mesti kuat. Kalau rasa cepat kesian dengan diorang alamatnya memang banyak la duit kau yang akan mengalir. 

Ketiga skill tawar menawar dan lakonan kena tinggi beb. Kalau nak tawar, tawar sampai jadi 1/3 dari harga yang diorang letak. Lepas tu baru up-up kan sikit. Kalau diorang tak nak bagi gak, blah je dari situ sebab banyak lagi kedai yang jual mende sebijik sebabun sama dengan harga yang jauh lebih murah. Keempat, orang Vietnam kebanyakannya boleh cakap Bahasa Melayu dan faham apa kita cakap. So beware dengan perkataan 'murah'. Jangan sebut depan diorang. Alamat tak dapat turun harga lagi.


AKTIVITI MALAM: JALAN2 NAIK MENARA

Aktiviti malam yang kitorang rancang nie sebenarnya tak de dalam tentatif pun. Pandai-pandai sendiri je. So, lepas dinner kitorang plan nak jalan-jalan dan shoping dekat night market je tapi sebab hujan maka aktiviti tu dibatalkan. Then kitorang tahan cab dan terus cakap nak pergi Bitexco Financial Tower.


Nak naik tower tu of course kena bayar. Sorang dalam VND 200,000. Dari atas menara boleh tengok bandaraya Ho Chi Minh pada waktu malam. Serius cun dan romantik. Bitexco Financial Tower ni jugak merupakan bangunan iconic kelima di dunia kalau tak silap. Hmmm...

Malam kedua di Ho Chi Minh kitorang akhiri dengan shoping lagi dekat night market lepas balik dari menara. Beli keychain untuk anak murid dan beli t-shirt pulak.  Habis lagi duit dong ku!

Tamat hari kedua. Nanti sambung lagi. (Gila panjang entry nie!) 

Bbbye...







No comments:

Post a Comment