Saturday, November 27, 2010

Bermula Suatu Kisah....




Assalamualaikum

Hari ni rasa macam nak wat entry selambak. Actually, cuti nie aku tak der la bosan mana pun. Tiap-tiap hari pun ada activity yang nak dibuat. Cumanya, cumanya aku jer yang tak reti2 nak update kat blog nie.. Hehe.. Maklumlah, orang bz bekerja. Blog pun dianaktirikan. Alolor, ciannya kat baby mummy nie... Heee.. Gedik di situ!

Anyway, meh aku citer sikit kat korang rutin harian aku sebermula dinihari sampai la masyuk tido. Sok sek sok sek, cam biasa aku bangun pagi lebih kurang kul 6.30. Tu pun mak yang kejutkan bangun sembahyang Subuh. Kalau tak, Subuh gajah la jawabnya. Hehe. Tak tak. Aku suka sebenarnya dengar suara mak aku pagi-pagi. Kalau tak dengar, rasa cam pelik jer nak mulakan aktiviti seharian. Kekeke.

Pas sembahyang subuh, aku pun sambung balik tido. Zzzzzz.. Gila ah buruk perangai! Haha. Then, bangun. Tengok bawah tudung saji ada breakfast per and terus sarapan. Seterusnya, bermulalah diari aku sebagai orang gaji berbayar dirumah nie. Haa.. Korang mesti cam pelik kan napa aku kata aku nie orang gaji berbayar. Ye ar, mana taknya, setiap 2 hari jer mesti mak aku kasi duit tok beli barang-barang keperluan. Duit lebeyh kasi masuk poket la kan... Mana nak dapat weh keje cam nie? Orang gaji Indon pun dapat gaji sebulan sekali. Aku plak sesedap jer dapat duit 2 hari sekali. Kadang-kadang tiap-tiap hari. Heeeeeee... Masyuk beb masyuk!

Bila tengah hari, aku tukar peranan. Kalau dulu masuk dapur jer, mesti aku terkial-kial tak taw nak wat per kan. Now, nie dah pro sikit la.. Bukan pro pun, separa amatur la. Ye la, aku kan penah bagitaw kat korang yang aku nie tak berapa pandai masak kan. Tapi tu dulu ar... Now, tak yah citer la kan.... Cewah! Bukan per, bagi aku sebagai seorang perempuan kemahiran memasak is something crucial. Walaupun tak taw, kena belajar jugak. Aku pun dalam proses belajar dan sedang berusaha menajamkan skill. Tak pe, yang penting mesti berani mencuba kan??

And bila malam baru la boleyh rehat sikit.. Rehat disini bermaksud time nie je la yang aku boleyh check facebook, tengok update kat blog orang, ader komen or tak di blog sendiri, and jamu-jamu mata dengan online boutique. Pas tu, pas tuh cam biasa la... Orang ada En. Boyfriend kan. Mesti la tunggu malam-malam sikit untuk calling-calling. Tanya khabar. Gurau-gurau sikit. Manja-manja. Mesej-mesej and baru la boleyh tido dengan nyenyaknya... Zzzzzzzz.

Esoknya, rutin yang sama berulang kembali. Berulang dan terus berulang. Huh!





Thank you for reading this entry!


No comments:

Post a Comment