Saturday, November 10, 2012

Holiday: Pulau Pangkor (Day 1)


Assalamualaikum and Happy Holiday!


Semalam telah selamat sampai ke Pulau Pangkor. Actually datang sini bukan atas tiket bercuti tapi sebab mengikut mak yang berkursus. So, dah alang-alang cuti sekolah kitorang pun decide nak ikut. Lagipun selama nie aku tak pernah datang sini kalau semata-mata nak bercuti. Selalunya kalau datang Pangkor mesti  atas sebab urusan kerja atau berkursus. 

Semalam jugak ialah Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah aku. Jadi, semua cikgu pun kena datang sesi pagi. Aku punya kerja dah setel awal-awal lagi. Maklumlah AJK Buku Program kan... So, datang sekolah pun tak de wat apa selain melangut aje. Lepas tutup buku register kelas, aku pun kemas-kemas meja and buat la apa yang patut... Bila  rasa timing cam elok sikit terus chow awal... hehe.


AMAZING RACE DAN FERI AKHIR

Dari Putrajaya, we all gerak dalam pukul 2 lebih dengan menaiki kereta. Biasanya perjalanan ke Pulau Pangkor dari Kuala Lumpur akan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Pung pang pung pang, dekat pukul 7 suku kitorang still kat area Lumut dan masih on the way. Padahal last feri pukul 8 kot. Even aku dah mai Pangkor nie dekat 4-5 kali tapi jalannya harap maaf la. Cek memang tak ingat!

Bagi sesiapa nak datang Pangkor, sedikit info yang aku nak bagi. Kalau nak depart dari Marina Island Jetty, areanya ialah Teluk Batik. Tapi kalau nak depart dari Jeti Lumut, memang Lumutlah tempatnya. 


Marina Island Jetty Complex

Sampai kat Jeti Marina lebih kurang 7.50. Kitorang pun apalagi terus melompat katak keluar dari kereta and of course akulah yang berlari-lari macam peserta Amazing Race gi beli tiket. Memang hawau sungguh waktu tu. Termengah-mengah and berlari macam hape je! Nasib baik tak tertinggal feri. huh!



PUTERI BAYU BEACH RESORT

Jadi, inilah hotel tempat kami menginap. Hotel nie memanglah aku kategorikan sebagai highly recomended kerana ia sangat sesuai dijadikan tempat penginapan seisi keluarga kalau datang ke Pangkor, honeymoon, kursus, and etc. Actually dekat Puteri Bayu Beach Resort nie korang boleh pilih either nak duduk dekat hotel atau chalet.

Pada aku, chalet sangat-sangat sesuai kalau bawak family atau keluarga ramai. Sebab chalet dia besar and cantik. Yang paling penting sangat selesa.








Nie chalet tempat mak, abah and adik-adik aku menginap. Harga untuk bilik superior chalet nie lebih kurang RM 200 per night. Gambar-gambar nie semua terpaksa amik kat Google sebab laptop aku tetiba buat hal pulak tak boleh baca memori card camera. Hawau sungguh!  Nanti da ok aku update baru ye... 


Dan untuk percutian ke Pulau Pangkor kali ni, aku memilih untuk duduk bersendirian di hotel sebab kali nie aku betul-betul nak ruang untuk diri sendiri n mak abah aku pun ok je. Diorang tak kisah.. Jadi aku pilih bilik bawah saja and jenis standard. Harga bilik RM 150 per night.




Sekian sahaja entri cuti-cuti Malaysia Pulau Pangkor... 

Nak tido atas tilam empuk hotel! 

Bye.



Thank you for reading this entry.












1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete