Thursday, October 25, 2012

Kawan Asing


Assalamualaikum.

Macam biasa, rutin harian aku yang pertama sesudah bangun tidur ialah melihat telefon. Kalau dulu, masa pakai henset cap ayam sebelah mata pun telefon tu aku tak pandang. Malah kadang-kadang boleh lupa   pulak letak dekat mana. Tapi bila pakai smartphone nie, handphone sentiasa di tangan. Bukan buat apa pun. Adalah jenguk-jenguk facebook time free, buat online transaction dan update kerja-kerja secara maya. Ye la, dunia sekarang kan di hujung jari.



Tapi bukan soal telefon sebenarnya yang aku nak cerita. Pagi tadi lepas bangun dari tidur, macam biasa terus tengok henset. Bukak notification ada 2 mesej dari nombor tak dikenali. Bukan aku tak kenal sang pengirim. Cuma aku malas sebenarnya nak ambik pusing. 

Nak dijadikan cerita, kawan aku nie (pengirim sms) sebenarnya seorang warga asing yang aku kenal secara tak sengaja di tempat cuci kereta. Lagipun dia yang mula tegur aku dulu. Perbualan kami (dalam Bahasa Inggeris) berkisar hal-hal biasa sementara menunggu kereta nak siap. Biasalah, aku nie kan ramah-tamah orangnya. Kalau boleh dengan semua orang pun nak buat kawan. Lagipun, sebelum nie aku ada jugak beberapa kawan foreigners yang lain. Semua pun ok dan baik-baik aje. 

Perkenalan singkat tu aku ingat berakhir setakat tu jer la. Yela, kalu fikir logiknya, memang tak patut ada lanjutan pun. Tup tup entah dari mana mamat tu boleh dapat nombor phone aku. Aku agak dari kedai keretalah kan... Mana lagi.

Mamat nie memang gigih sungguh. Adalah dia sms aku beberapa kali. Tapi satu pun aku tak reply. Cuma pagi tadi aku terkejut bila dia tanya kenapa aku tak pernah nak balas sms dia dan cakap dia nak call aku. Memang lah aku seram sejuk kan... Yang jelas aku memang tak berminat langsung. Dah. Titik.

Aku bukan sombong, skeptikal, jauh sekali nak berprasangka buruk dengan orang. Cuma, sebagai perempuan sikap berhati-hati tu sangat penting. Memang kita boleh berkawan dengan sesiapa pun tak kira warna kulit, bangsa, agama dan sebagainya cuma kepentingan dan keselamatan diri haruslah diutamakan. 

Lagipun, sekarang ni kan macam-macam kes. Jadi beringat-ingatlah ye!



Take care people.

Bye

1 comment:

  1. Aduhhh tmpt cuci kereta tu plak senang2 jer bgi no fon kat org lain. Xbertanggung jawab btol.

    ReplyDelete