Assalamualakum!
Hi u ols!
Wah, lamanya aku tak update. Terasa rindu pulak ngan blog nie.
Anyway, bukan tak nak update tapi lately aku bz sikit ngan macam2 aktiviti.
Maklumlah, namanya pun final year. Pura-pura la bz kan cam dak2 U yang lain
Hehe. (^_^)v
*****************
Ok, nie aku ader satu citer nak share ngan korang. Aku pun tak tau la nak classify citer nie sebagai aper. Kelakar ker, geli-geleman ker, seram ker, lu pk la sendiri!
So, hari jumaat yang lalu, aku and housemate yang lain keluar la g breakfast kat kedai tepi jalan Tambun nie. Nak2 pulak kitorang nie memang dah lama sangat tak rasa bakso dia yang memang SEDAP G*LA nak mampos tu! Ok, aku tau ayat tadi memang hyperbola.Tapi bakso dia wa cakap........ memang kalah la mana-mana bakso di Perak nie.
So, sesampai jer di kedai tu, kitorang pun ibarat piranha yang kelaparan telah menyerbu masuk ke kedai tersebut untuk mencari tempat duduk yang paling strategik. Bila akak tu sampai je, kitorang pun ape lagi
" Kak, nasi lemak satu, bakso LIMA, dan bla bla bla"
Sementara menanti bakso sampai kitorang pun mulalah bukak kenangan lalu sal bakso nie,
" Korang nak tau tak, hari raya tu aku makan bakso gak kat stesen kajang taw, tapi kan tak sedap cam kat sini. Aku teringat2 kat bakso nie taw bila balik rumah"
Housemate ku yang sorang lagi terus setuju, katanya,
"Memang memang, bakso sini jer yang paling sedap. Kat tempat lain tak jumpa pun yang sedap cam nie!"
haha. Tengok kan aku dah kata bakso kat ipoh nie jer yang paling sedap!
Tidak lama kemudian, bakso pun sampai.
~Nie la bakso yang sedap lagi enak tu~ Marvelous beb!
Haa.. tengok rupa pun dah tau sedap kan?
Tapi kan, sedang enak2 kitorang menikmati kelazatan bakso tu, tiba-tiba sorang kawan aku kata
"Eeeee, ada rambut la dalam bakso nie! 7 helai pulak tu"
Lepas jer kawan aku cakap cam tu, kitorang pun check la masing-masing punya mangkuk bakso.
MEMANG SAH!
Hampir setiap mangkuk pun ada!
Siap aku punya jumpa 2 helai rambut cam bulu mata lagi!
Eeeeuuuuuuwwwwwww!!!!
Tak lalunya aku nak sambung makan!
Lepas jer balik dari kedai bakso tue masing-msing membuat spekulasi sendiri.
Kenapa dan mengapa ada rambut yang begitu banyak di dalam bakso itu?
Hanya Allah dan orang-orang tertentu sahaja yang mengetahui..
What do you think?
~Chow~
byk2 berdoa supaya dijauhkan dr sebarang khianat manusia.. ;)
ReplyDeletebakso kt tambun? kt belah maner? ngidam sesgt. :D
ReplyDelete