Saturday, October 16, 2010

Update Free Gift and Fashionista Love 21

Melihat kepada tajuk entry diatas, aku percaya pasti ramai diantara kalian yang musykil lagi pelik. Musykil kerana kalian pasti tertanya-tanya mengapa perlunya aku meng'update' free gift yang aku dapat? Simpan sorang-sorang sudah la! Ya.. Itu satu kemusykilan dan pendapat yang baik. Yang pelik tapi tidak jeliknya ialah, bagaimanakah aku boleh mendapatkannya? Ha.. Itulah persoalan yang ditunggu-tunggu.

Aku ni kalau nak diikutkan dulu-dulu memang kedekut bab sharing-sharing nie. Ye la, takut orang lain dapat yang  lebih baik daripada aku. Tapi tu dulu-dulu la. Zaman-zaman tok kaduk and jahiliyah yunani dulu. Sekarang nie aku dah baik. Aku suka taw berkongsi ilmu and benda yang aku tau. Kalau aku rasa sesuatu tu baik lagi berkualiti sure aku akan suggestkan kat kawan-kawan. Aku takkan suggest kat kawan-kawan kalau aku rasa sesuatu itu tidak berbaloi lagi merugikan. Sharing is caring right? So, apalah salahnya kita berkongsi. Lagipun, barang siapa yang kedekut ilmunya, maka berdosalah hatinya. Ish ish ish, tak baik taw! Nak-nak pulak aku, nie bakal cikgu, jadi tak boleh la ada perasaan-perasaan buruk yang macam tu. Betul tak?

So korang, free gift yang aku dapat semalam sewaktu bershopping di Ipoh Parade ialah seutas jam tangan VOIR. Oh my Dior, I love it so much! I loike, I loike! Cumil and sangat-sangat cantik! Colour silver lagi tu. Siap ada detail diamond lagi taw! Memang class you!

~VOIR watch~ 

Jadi, bagaimana mahu mendapatkannya? Mudah sahaja. Beli apa-apa saja barangan di Butik Voir dalam lingkungan harga RM80 dan ke atas, buat pembayaran di kaunterdan korang akan mendapat sebarang free gift daripada Voir. Tapi kalau tak dapat, janganlah korang maki aku pulak. Semua hadiah ini tertakluk kepada syarat dan peraturan. Lepas tu, simpan resit pembelian korang. Next time, bila korang beli lagi barang di mana-mana Butik Voir seluruh Malaysia jangan lupa simpan and check resit. Kalau nilai pembelian dulu dan terkini telah mencecah RM300 dan keatas, korang akan dapat free membership, diskaun up to 30% and pelbagai free gift yang best-best belaka! 


Kesimpulannya, memang seronok bershopping nie! Lagi-lagi kalau korang pandai cari peluang dan ruang untuk memujuk. Nasihat aku, sewaktu bershopping, gunakanlah segala kemahiran komunikasi yang telah dipelajari. Jangan malas untuk menzahirkan mimik muka yang pelbagai , intonasi suara yang bisa mencairkan hati sang penjual dan tonjolkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang ada dalam diri korang. Korang pasti seronok. Tak der la rasa rugi sangat! Kalau korang jer yang give money tapi tak dapat apa-apa. Memang tak worth! So, next time jangan lagi jadi pembeli yang dikategorikan sebagai 'waste money, waste time' sahaja tapi stand to be 'wise consumer'. Hoho. Setakat nie sahaja dulu untuk kali ini. Jika anda ada sebarang pertanyaan, jangan lupa untuk tinggalkan pertanyaan anda di formspring box atau shout me loud ok? Korang pasti takkan hampa. So, till then. Bbye~

~White Pearl Bracelet~ 

(Ha, bukan kat butik-butik jer bagi free gift taw, kedai-kedai cina kat dalam Ipoh Parade tu sume bagi free gift taw! Jangan kira murah ker mahal. Yang penting ado! and jangan malu bertanya. Tanya jer kat nyonya tu, 'Aunty, you tak der kasi i free gift ker? Kasi la satu. Aunty comel... dan apa-apa saja kata-kata yang boleh buat dia bagi korang free stuff). 
So enjoy ur gift!

No comments:

Post a Comment