Monday, November 12, 2012

Holiday: Pulau Pangkor (Day 2)


Assalamualaikum


Hari kedua di Pulau Pangkor lebih mengujakan. Hari nie macam-macam aktiviti sebenarnya kitorang dah plan.

PAGI

Macam biasa, bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, tak mandi. Amik breakfast and terus jalan-jalan sekitar pantai. Adik-adik aku tak yah cakap lah. Berenang dalam swimming pool tak hengat dunia punya.

muka pagi memang begini. suci dalam debu gitu

chalet tempat mak dan abah menginap. I duduk hotel uols


takde keje simbah-simbah air


tak kiralah di pantai mahupun darat, high heels tetap tak boleh tinggal u ols..
lunyai habis dah kasut i..

ok fine!


TENGAH HARI

Makan, tido aje lah kojenya yob!



PETANG

Aktiviti petang more to boat trip and snorkelling. Harga RM 20 per head. Tapi pada aku, tak berbaloilah kalau korang nak spend duit kat sini semata-mata untuk snorkelling sebab korang tak akan nampak ikan pun... Yang ado kaki orang je lebih...

Bulat habaq hang muka aku! Boleh buat pelampung dah pipi tu.


selam selam nampak kaki. ape cer?


MALAM

Aktiviti kemuncak untuk malam kedua ialah BBQ. Disebabkan aku spesis lambat bersiap jadi tempat semua dah penuh and tak dapat la nak duduk dengan family. Terpaksa duduk dengan geng penceramah. Makan pun sok-sok suci ala-ala pengantin makan beradap lagi. Huh! 

bakar-bakar

fruits and salad

and last but not least

Sekian sahaja cerita cuti-cuti Malaysia Pulau Pangkor untuk hari kedua.


Thank you for reading this entry!




Saturday, November 10, 2012

Holiday: Pulau Pangkor (Day 1)


Assalamualaikum and Happy Holiday!


Semalam telah selamat sampai ke Pulau Pangkor. Actually datang sini bukan atas tiket bercuti tapi sebab mengikut mak yang berkursus. So, dah alang-alang cuti sekolah kitorang pun decide nak ikut. Lagipun selama nie aku tak pernah datang sini kalau semata-mata nak bercuti. Selalunya kalau datang Pangkor mesti  atas sebab urusan kerja atau berkursus. 

Semalam jugak ialah Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah aku. Jadi, semua cikgu pun kena datang sesi pagi. Aku punya kerja dah setel awal-awal lagi. Maklumlah AJK Buku Program kan... So, datang sekolah pun tak de wat apa selain melangut aje. Lepas tutup buku register kelas, aku pun kemas-kemas meja and buat la apa yang patut... Bila  rasa timing cam elok sikit terus chow awal... hehe.


AMAZING RACE DAN FERI AKHIR

Dari Putrajaya, we all gerak dalam pukul 2 lebih dengan menaiki kereta. Biasanya perjalanan ke Pulau Pangkor dari Kuala Lumpur akan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Pung pang pung pang, dekat pukul 7 suku kitorang still kat area Lumut dan masih on the way. Padahal last feri pukul 8 kot. Even aku dah mai Pangkor nie dekat 4-5 kali tapi jalannya harap maaf la. Cek memang tak ingat!

Bagi sesiapa nak datang Pangkor, sedikit info yang aku nak bagi. Kalau nak depart dari Marina Island Jetty, areanya ialah Teluk Batik. Tapi kalau nak depart dari Jeti Lumut, memang Lumutlah tempatnya. 


Marina Island Jetty Complex

Sampai kat Jeti Marina lebih kurang 7.50. Kitorang pun apalagi terus melompat katak keluar dari kereta and of course akulah yang berlari-lari macam peserta Amazing Race gi beli tiket. Memang hawau sungguh waktu tu. Termengah-mengah and berlari macam hape je! Nasib baik tak tertinggal feri. huh!



PUTERI BAYU BEACH RESORT

Jadi, inilah hotel tempat kami menginap. Hotel nie memanglah aku kategorikan sebagai highly recomended kerana ia sangat sesuai dijadikan tempat penginapan seisi keluarga kalau datang ke Pangkor, honeymoon, kursus, and etc. Actually dekat Puteri Bayu Beach Resort nie korang boleh pilih either nak duduk dekat hotel atau chalet.

Pada aku, chalet sangat-sangat sesuai kalau bawak family atau keluarga ramai. Sebab chalet dia besar and cantik. Yang paling penting sangat selesa.








Nie chalet tempat mak, abah and adik-adik aku menginap. Harga untuk bilik superior chalet nie lebih kurang RM 200 per night. Gambar-gambar nie semua terpaksa amik kat Google sebab laptop aku tetiba buat hal pulak tak boleh baca memori card camera. Hawau sungguh!  Nanti da ok aku update baru ye... 


Dan untuk percutian ke Pulau Pangkor kali ni, aku memilih untuk duduk bersendirian di hotel sebab kali nie aku betul-betul nak ruang untuk diri sendiri n mak abah aku pun ok je. Diorang tak kisah.. Jadi aku pilih bilik bawah saja and jenis standard. Harga bilik RM 150 per night.




Sekian sahaja entri cuti-cuti Malaysia Pulau Pangkor... 

Nak tido atas tilam empuk hotel! 

Bye.



Thank you for reading this entry.












Thursday, October 25, 2012

Kawan Asing


Assalamualaikum.

Macam biasa, rutin harian aku yang pertama sesudah bangun tidur ialah melihat telefon. Kalau dulu, masa pakai henset cap ayam sebelah mata pun telefon tu aku tak pandang. Malah kadang-kadang boleh lupa   pulak letak dekat mana. Tapi bila pakai smartphone nie, handphone sentiasa di tangan. Bukan buat apa pun. Adalah jenguk-jenguk facebook time free, buat online transaction dan update kerja-kerja secara maya. Ye la, dunia sekarang kan di hujung jari.



Tapi bukan soal telefon sebenarnya yang aku nak cerita. Pagi tadi lepas bangun dari tidur, macam biasa terus tengok henset. Bukak notification ada 2 mesej dari nombor tak dikenali. Bukan aku tak kenal sang pengirim. Cuma aku malas sebenarnya nak ambik pusing. 

Nak dijadikan cerita, kawan aku nie (pengirim sms) sebenarnya seorang warga asing yang aku kenal secara tak sengaja di tempat cuci kereta. Lagipun dia yang mula tegur aku dulu. Perbualan kami (dalam Bahasa Inggeris) berkisar hal-hal biasa sementara menunggu kereta nak siap. Biasalah, aku nie kan ramah-tamah orangnya. Kalau boleh dengan semua orang pun nak buat kawan. Lagipun, sebelum nie aku ada jugak beberapa kawan foreigners yang lain. Semua pun ok dan baik-baik aje. 

Perkenalan singkat tu aku ingat berakhir setakat tu jer la. Yela, kalu fikir logiknya, memang tak patut ada lanjutan pun. Tup tup entah dari mana mamat tu boleh dapat nombor phone aku. Aku agak dari kedai keretalah kan... Mana lagi.

Mamat nie memang gigih sungguh. Adalah dia sms aku beberapa kali. Tapi satu pun aku tak reply. Cuma pagi tadi aku terkejut bila dia tanya kenapa aku tak pernah nak balas sms dia dan cakap dia nak call aku. Memang lah aku seram sejuk kan... Yang jelas aku memang tak berminat langsung. Dah. Titik.

Aku bukan sombong, skeptikal, jauh sekali nak berprasangka buruk dengan orang. Cuma, sebagai perempuan sikap berhati-hati tu sangat penting. Memang kita boleh berkawan dengan sesiapa pun tak kira warna kulit, bangsa, agama dan sebagainya cuma kepentingan dan keselamatan diri haruslah diutamakan. 

Lagipun, sekarang ni kan macam-macam kes. Jadi beringat-ingatlah ye!



Take care people.

Bye

Kesibukan Yang Tidak Bertepi

(Tajuk Entri Memang Tak Boleh Blah!)


Assalamualaikum.

Berusaha gigih sebenarnya nak buat satu entry. Pertama, of courselah sebab dah lama tak update. Yang kedua sebab ada banyak benda nak cerita tapi tak tahu nak mulakan dengan yang mana satu dulu.

Tapi hari nie aku nak cerita pasal kerja. Seminggu dua nie aku memang sibuk sangat dengan kerja sampai tak tahu nak cakap. Mula-mula sibuk dengan Saringan Linus untuk Tahun 1, lepas tu PBS, lepas tu SPLG,  SKT, bla bla bla dan minggu nie pulak aku sibuk nak kutip buku teks untuk kelas 2 Mumtaz kesayangan tu. Maklumlah, guru kelas khen.. Semua benda pun atas kepala aku. 



Tu tak termasuk lagi kerja-kerja aku sebagai Bendahari PIBG. Mana nak kutip buku resit, mana nak kira duit, nak buat baucer bayaran program-program sekolah dan minggu depan aku sibuk dengan Sambutan Hari Kanak-Kanak pulak. Memang tercungap-cungap jugak lah aku nak buat kerja. Tak cukup dengan tu, Hari Anugerah Kecemerlangan pun bakal menyusul dan kerja akan terus bersambung bersambung dan bersambung sampailah waktu cuti.

Tapi kalau nak cerita bab kerja sampai bila-bila pun takkan habis. Penat memang penat. Tambah-tambah lagi kalau kerja kita tu melibatkan orang-orang yang tak prihatin dan  tak bertimbang rasa. Aku cakap nie pun sebab aku dah selalu sangat kena. Aku bukan nak merungut ker hape, cuma aku geram bila ada orang yang suka-suka hati je suruh kau buat itu buat ini padahal ada jer orang yang sepatutnya menjalankan tugas-tugas tersebut.



Dan semalam bila aku luahkan rasa tak puas hati aku dalam facebook secara tak langsung, nampaknya ada pihak-pihak yang terasa dan aku kira sentap la kot dengan statement berani mati aku tu (padahal... sambung sendiri la ye). Hasilnya, dalam mesyuarat tengah hari tadi aku kira memang ada perubahan dan rombakan dari segi pembahagian tugas dan kerja-kerja yang pada aku memang itulah yang sepatutnya dilakukan sejak dari awal-awal lagi. 

Aku tau dalam bab kerja nie seelok-eloknya kita janganlah terlalu berkira sangat, cuma aku rasa tak salah kot untuk aku menolak kerja tu bila aku rasa terbeban dan tak mampu nak lakukan banyak benda dalam satu masa. Lagipun aku nie manusia biasa jer. Bukan makhluk berkepala tiga dengan sepuluh tangan pun. Plese accept that fact!

Akhir sekali, aku penat. Terlalu penat untuk menjaga hati-hati manusia yang sungguh 'fragile'. 

Dah. Babai.