Thursday, January 6, 2011

KONTROVERSI : Isu Gadis Tudung, Shawl Melaram.

s

Assalamualaikum...

Sekarang nie, kalau kita pergi ke blog-blog, heboh pasal entry Gadis Tudung, Shawl Melaram yang mana kebanyakan blogger menyifatkan entry tu sebagai mengaibkan orang lain. Tapi bagi aku secara peribadi, tak ada apa yang salah pun pasal entri tu. Aku bukan nak menyokong, jauh sekali mengiyakan apa yang dikatakan penulis blog tersebut. Mungkin caranya aja yang tak berapa nak kena.

Lagipun, setiap kali aku blogwalking, ramai jer blogger yang bagi amaran "Ini belog aku. Kalau tak suka jangan baca! " Kalau tak suka, Boleh Blah!" Ini blog aku, suka suki aku! Perrrrrrrrrrghhhhhhhhhhhhh..... Gila kentang  ganas ayat ko! Memang tak sesuai la dengan sifat aku yang lemah lembut nie. Terus aku pangkah. Malas dah nak melawat blog macam tu. Ye la, hidup kau kan? So what? 

Point aku kat sini ialah setiap blogger memang ada hak ke atas blog masing-masing. Terpulang pada kita untuk menulis apa pun kerana blog kita adalah pendapat peribadi kita. Cuma pada aku, kalau kau tak nak bagi orang baca, wat per ko publish dekat blog and pampang luas-luas kat alam maya nie. Kau kan tau bila ko tekan jer butang 'Publish' tu, satu dunia boleh baca entri kau. Haha. Emo plak!

So, dalam entry Gadis Tudung, Shawl Melaram tu penulis ada memetik beberapa nama blogger yang terkenal. Tak payah la aku sebut nama-nama blogger tu. Karang tak pasal-pasal aku pulak yang kena hentam. Tapi inilah masalahnya bila kau jadi terlampau terkenal. Korang pernah dengar tak kata-kata bijak pandai, "setiap manusia yang lahir ke dunia nie ada harganya". Means kalau kau pilih jalan untuk jadi famaous dan terkenal, sebenarnya ada harga yang perlu kau bayar. Harganya ialah, kau glamor tapi privasi kau mungkin akan hilang! Mungkin ramai orang suka tapi tak kurang juga yang membenci. Ramai yang puji tapi pada masa yang sama tak kurang dek keji.

Dalam isu ini, aku melihat dari sudut pandangan orang ketiga. Maksudnya, aku atas pagar. Tak memihak kepada sesiapa. Kepada penulis entri Gadis Tudung Shawl Melaram, kalau nak menegur pun biarlah berhikmah. Jangan mengaibkan orang lain. Bagi aku, cara kau petik nama-nama blogger menunjukkan kau ada niat yang tersembunyi. Tak baik tu beb! Tapi aku salute sangat kat kau sebab cara kau bagi nasihat memang chill la beb. Aku tau, kau bercakap dari kaca mata seorang lelaki. Kau menulis sebab kau rimas dengan keadaan semasa. Aku tau, kau tak berapa suka dengan fashion-fashion masa kini yang kau sifatkan sebagai bonggol unta dan sebagainya. Aku faham betapa terseksanya naluri batin kau melihat fashion-fashion hari ini. Tapi itu cuma pandangan peribadi kau. Pandangan dari satu sisi sahaja. Tak semestinya betul 100% pun kan?

Komen tentang aurat seseorang, dosa dan pahala memang satu isu sensitif. Dalam hal ini, masing-masing perlu menggunakan akal fikiran dan sensitiviti sendiri. Macam aku cakap dalam entri lepas, pakaian kita melambangkan sahsiah dan peribadi kita. Jadi pandai-pandailah! Sebagai seorang perempuan, bagi aku fashion-fashion tudung hari ini tidak boleh dipersalahkan. Tak ada apa yang salah pun dengan shawl, tudung ekspress dan lain-lain kerana fungsinya jelas untuk menutup aurat tapi cara kita memakai tudung itu sendiri yang perlu diperbetulkan supaya lebih berhemah. 

Aku pun macam girl lain jugak. Sangat meminati fashion terkini cuma pandai-pandailah, agar kita tidak menjadi mangsa fashion. Kepada blogger yang dihentam, bersabarlah. Anda tidak bersalah. Semua ini hanyalah satu provokasi daripada mereka yang punya agenda tersendiri. So chill beb chill!

Akhir kata, "Every moment of your life is an opportunity for fashion" -glee

Sekian,ADIOS! Take care people. Jangan notty2!


 Tudung ekspress, tudung bawal: Fashion terkini. Salah ker?



p/s: Link hanya akan diberi jika korang berminat nak tahu tentang entri tersebut. Aku pun tak nak korang terlibat dengan komen yang bukan-bukan kat blog tu.



6 comments:

  1. wahhh! terlepas lak yana pasal isu ni...baru googling balik nak tau topic hot and hangat tu...
    tapi tertariklah jugak dengan cara dia hentam tu..bersahaja and sangat berani..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. haah.. memang berani pun...
    cuba baca entry2 lain.
    Giler gempak! Tak sensored langsung.
    Tapi author tu bagus sebenarnya.
    Cuma kali nie, dia teruk kena hentam
    pasal dia babitkan nama blogger famous yang banyak peminat!

    ReplyDelete
  4. sebagai pendidik, kita jangan cepat membuat penilaian dari satu sudut sahaja.
    jangan sebab orang tu famous dan ramai peminat, kita tak boleh tegur.
    sebagai seorang guru kita dilatih untuk membuat penilaian dari kaca mata halus.
    buka minda dan terima dengan positif.
    dan kepada yang menghentam, jgn sesuka
    hati menilai orang secara membuta tuli.
    Nanti orang kata kau bodoh sombong.
    Semua kena ambil pengajaran dalam isu ini. Sekian

    ReplyDelete
  5. yana dah letak link blog org tu kat side bar yana..so, leh la baca pelan2 entry dia..memang sangat open..
    btul2...kita tak boleh nak buat penilaian 1 sudut saja..lagipun dalam islam pun memang diwajibkan kita tegur menegur kan.. and lg 1, bagi yana kalau kita tak terlalu fanatik, kita akan mampu berfikir secara waras..macam orang bercintalah kan, sanggup terima salah dan silap..tapi sebenarnya dalam penerimaan kita tu, kita kena jugak membetulkan kesalahan..dan cara yang digunakan tu jugak perlu sesuai.. manusia ni macam2 ragam.. kan?

    ReplyDelete