Saturday, October 2, 2010

My Skin Care Reviews


Hi Buddy!

First off, before i start writing bout this entry
i would like to ask
do you care about your skin care product?
Have u ever read the label or the ingredients contain in your skincare product?

.............

never mind, 
u answer it by yourself...

ok la, korang mesti tertanya-tanya kan naper la aku sibuk-sibuk nak tanya pasal skincare product yang korang pakai kan?
Bukan ape, sebagai perempuan aku sangat concern pasal penggunaan produk2 nie lebih-lebih lagi sekarang nie memang heboh pasal bahaya bahan-bahan kimia yang ada dalam produk-produk kosmetik nie..


So, hari nie aku nak share la ngan korang beberapa produk yang aku penah pakai and may be aku akan wat review sikit berkenaan produk-produk yang aku penah guna tue..


Actually, aku dah mula pakai all these skincare sejak zaman sekolah rendah lagi which means lepas jer aku masuk ke alam remaja (baligh), hehehe...  aku dah start jaga kulit. Ingat lagi, waktu tu my mom belikan aku jenama Clean & Clear ada 3 items dalam beg kecik tu which are: cleanser, toner n moisturiser
Clean & Clear - pakai time awal2 remaja

Waktu tue bila first time dapat pencuci muka memang excited sangat! Konon bila dah pakai cleanser sume nie muka akan jadi cantik cam Siti Nurhaliza. Kawan-kawan pun puji kate:
'eyh cantik la kulit kau'
'tak de jerawat pun cam kulit aku'

time tu memang bangga yang amat... 
well, tu zaman awal-awal keremajaan


Next,
bila masuk time sekolah menengah
aku obses nak kan kulit putih
time tu macam-macam produk pemutih kulit yang aku cuba
you name it !
nivea, safi balqis, fair and lovely dan yang setaraf dengannya telah ku cuba
 Safi Balqis- digunakan aku zaman dulu-dulu  untuk memutihkan kulit

 Fair & Lovely (gambar ehsan dezamin)



Haa... dahsyat tak dahsyat waktu tu...

Ye la, zaman tu kan tengah aktif 
berkawad la, netball la, sukan la dan macam-macam lagi
Jadi,kulit pun hitam
mase tu mane la tau nak pakai sun block sume nie
yang aku tau aku pakai product2 nie tok putihkan kulit 
Nak hilangkan belang dekat muka
Tu jer..


My experience dengan produk-produk pemutih nie 
memang la tak besh
Tak beshnya sebab ada beberapa produk yang aku pakai 
(name produk tidak disebutkan di atas)  membuatkan kulit aku jadi merah and kadang-kadang time cuci muka aku rasa pedih yang amat!
So, my mom and abah tak kasi dah pakai pencuci muka tu
Teros aku stop pakai sume pemutih kulit sampai la nie..
Ish Ish Ish !


So, minggu berganti minggu 
bulan berganti bulan dan tahun pun berganti tahun
Finally, aku jumpa jugak produk yang betul2 sesuai dengan kulit aku 
Jeng Jeng Jeng 
Nak tau tak jenama ape?
Memperkenalkan....

CNI ROYAL JELLY FACIAL CLEANSER


Facial Cleanser nie memang serasi dengan kulit aku yang kering kontang ibarat gurun sahara nie. Bila cuci muka kita tak rasa pun pedih dan muka pun tak jadi kemerah-merahan. Lagipun CNI ROYAL JELLY FACIAL CLEANSER nie tak menggunakan bahan-bahan kimia yang merbahaya. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan adalah natural, organik lagi semulajadi.Yang pastinya pencuci muka nie menggunakan bahan utama 
iaitu Jelly Raja yang kita semua tahu asalnya dari lebah. 

Actually, aku pakai produk nie dah lama. Rasanya dekat 7 tahun kot pakai and memang elok! Harga pun murah and mampu beli. Disebabkan kulit ku yang memang sejak azali lagi dikategorikan sebagai kering, so aku punya rutin kecantikan bukan setakat mencuci muka sahaja tapi ditambah juga dengan melembab. Dan pelembab yang digunakan ialah 
CNI ROYAL JELLY MOISTURISER 

CNI ROYAL JELLY MOISTURISER

Pelembab nie antara pelembab yang terbaik aku penah guna and memang selesa bila pakai. Tak de pun rase melekit atau oily bila pakai. So, kalau korang pun tergolong dalam kategori kulit kering cam aku leyh la cube moisturiser nie.

~Sigh~

Huh, panjangnya celotehku hari ini. Tapi sebenarnya aku dah tak pakai dah sume produk nie. Just review jer pasal produk2 yang aku pernah guna. Currently, I've been using Clinique 3-step system which is really2 good and shows tremendous improvement to my skin. Kalau dulu kuar rumah jer mesti pakai make-up untuk tutup flaw, tapi sekarang nie even tak pakai make-up pun rasa confident jer bila keluar. 
Kalau korang nak tau pasal Clinique nie lebih lanjut tunggulah entri seterusnya.  


Rasanya sampai sini dulu untuk hari ini
See u next time and bbye~







 

10 comments:

  1. saya pn guna clinique tpi free sample je XD

    ReplyDelete
  2. Anonymous,
    pakai free sample pun tak pe...
    yang penting pakai..

    ReplyDelete
  3. hahahaa.. yan ni... ur cousin....XD
    mmg nak pkai clinique.. tp tggu keje dlu la(xde duet skunk nih.. (T T).. dah try ZA???

    ReplyDelete
  4. belum...
    tak try pon lagi.
    Ok ker ZA tue?
    Now pakai clinique n rasa selesa sangat
    yan nanti follow la kita k?
    thanx...

    ReplyDelete
  5. em..saya pengguna Biore for Men sejak skolah menengah lg.. bila pakai waktu pg asa sjuk sgt.. bila x pakai asa mcm ada suatu yg x lengkap.. adakah sy perlu truskan memakainya? huhu

    ReplyDelete
  6. bagus bagus!
    teruskan memakai...
    tak rasa pedih or merah2 kan?
    kalau rasa gatal baru stop k?
    coz tu tanda reaction / irritation pada kulit.
    hehehe
    akak pun tak taw sangat
    just based on experience jer

    ReplyDelete
  7. wah kak ainul bestla jumpa produk yg sesuai dgn wajah anda..
    alis ni kejap ok kejap xok dgn sesuatu produk..
    nk bertanya, yg CNI tu ada xutk kulit berminyak dan pimples mcm alis ni...mcm berminat jer.

    ReplyDelete
  8. Mesti la ada...
    Kalau Alis pergi stokis Cni and tanya produk tok kulit berminyak, diorang akan consult and bagi produk yang betul...
    Tapi kulit Alis dah memang cantik la!

    ReplyDelete
  9. clinique and cni produck tuh sme ke?? teringin nak cb la.. hmm..

    ReplyDelete
  10. same la..sy pon pakai RJ nie jgk..tp skang CNI dh stopkan n ganti produk lain..ni terpinga2 mane pelembap yg sesuai..tlg sy..huhu

    ReplyDelete