Thursday, October 25, 2012

Kesibukan Yang Tidak Bertepi

(Tajuk Entri Memang Tak Boleh Blah!)


Assalamualaikum.

Berusaha gigih sebenarnya nak buat satu entry. Pertama, of courselah sebab dah lama tak update. Yang kedua sebab ada banyak benda nak cerita tapi tak tahu nak mulakan dengan yang mana satu dulu.

Tapi hari nie aku nak cerita pasal kerja. Seminggu dua nie aku memang sibuk sangat dengan kerja sampai tak tahu nak cakap. Mula-mula sibuk dengan Saringan Linus untuk Tahun 1, lepas tu PBS, lepas tu SPLG,  SKT, bla bla bla dan minggu nie pulak aku sibuk nak kutip buku teks untuk kelas 2 Mumtaz kesayangan tu. Maklumlah, guru kelas khen.. Semua benda pun atas kepala aku. 



Tu tak termasuk lagi kerja-kerja aku sebagai Bendahari PIBG. Mana nak kutip buku resit, mana nak kira duit, nak buat baucer bayaran program-program sekolah dan minggu depan aku sibuk dengan Sambutan Hari Kanak-Kanak pulak. Memang tercungap-cungap jugak lah aku nak buat kerja. Tak cukup dengan tu, Hari Anugerah Kecemerlangan pun bakal menyusul dan kerja akan terus bersambung bersambung dan bersambung sampailah waktu cuti.

Tapi kalau nak cerita bab kerja sampai bila-bila pun takkan habis. Penat memang penat. Tambah-tambah lagi kalau kerja kita tu melibatkan orang-orang yang tak prihatin dan  tak bertimbang rasa. Aku cakap nie pun sebab aku dah selalu sangat kena. Aku bukan nak merungut ker hape, cuma aku geram bila ada orang yang suka-suka hati je suruh kau buat itu buat ini padahal ada jer orang yang sepatutnya menjalankan tugas-tugas tersebut.



Dan semalam bila aku luahkan rasa tak puas hati aku dalam facebook secara tak langsung, nampaknya ada pihak-pihak yang terasa dan aku kira sentap la kot dengan statement berani mati aku tu (padahal... sambung sendiri la ye). Hasilnya, dalam mesyuarat tengah hari tadi aku kira memang ada perubahan dan rombakan dari segi pembahagian tugas dan kerja-kerja yang pada aku memang itulah yang sepatutnya dilakukan sejak dari awal-awal lagi. 

Aku tau dalam bab kerja nie seelok-eloknya kita janganlah terlalu berkira sangat, cuma aku rasa tak salah kot untuk aku menolak kerja tu bila aku rasa terbeban dan tak mampu nak lakukan banyak benda dalam satu masa. Lagipun aku nie manusia biasa jer. Bukan makhluk berkepala tiga dengan sepuluh tangan pun. Plese accept that fact!

Akhir sekali, aku penat. Terlalu penat untuk menjaga hati-hati manusia yang sungguh 'fragile'. 

Dah. Babai.






No comments:

Post a Comment