Peristiwa nie berlaku 3 hari lepas. Maksudnya, hari Selasa. Hari kedua aku masuk sekolah tapi hari pertama di sesi petang. So, macam biasalah pergi sekolah mesti bersemangat waja kan? Nak dijadikan cerita, kebetulan hari tu jugak kitorang ada mesyuarat KSSR. So, semua guru tahun 1 termasuklah aku, diwajibkan untuk hadir meeting tersebut.
Masa tengah meeting tu aku rasa tak sedap badan. Tiba-tiba aje tengkuk nie rasa berat semacam. Sakit yang amat kat belah kanan nie. Tapi aku agak, mungkin semalam aku tidur lasak sangat kot, pasal tu la sampai terteleng sikit tengkuk nie. Tapi tak pe lah, esok lusa hilang la tuh....huhu..
Habis jer mesyuarat, aku pun pusing-pusing la keliling sekolah mencari kerusi dan meja. Maklumlah, sekolah padat macam tin sardin. Susah la nak dapat tempat. Terpaksa la duduk berkongsi meja dengan cikgu-cikgu sesi pagi buat sementara waktu.
Pusing punya pusing, sampai sesat jugak lah aku kat sekolah tu, kerusi meja tetap tak jumpa. Tah mana-mana kawasan ntah yang aku redah. Tapi masa pusing-pusing sekolah tuh, aku dah rasa lain macam. Tak pasal-pasal jer badan rasa seram sejuk. Aku yang sihat walafiat nie tiba-tiba jer rasa nak demam and terus rasa tak bermaya.
Bila masuk kelas, lagi lah rasa nak demam. Tengok muka budak-budak rasa macam nak telan je diorang satu-satu. Tak tahu lah apa yang membelenggu aku sangat hari tu. Tapi, yang aku tau setiap saat pun aku dok tengok jam, bilalah nak balik. Paling malang sekali hari itu, kunci dalam kereta pulak patah tiba-tiba and alarm kereta tak henti-henti berbunyi tanpa sebab masa nak balik. Memang hangin betul lah hari tuh.
Sampai jer rumah dah masuk waktu Maghrib. Bunyi jer azan, aku terus demam dengan teruknya....
Erm... Kata mak:
~ Biasalah tempat baru. ada la tu yang nak "menegur"....
Tok kata :
~ Syaitan... sifat dia memang la hangat... panas....
Aku?
~Wallahualam.
No comments:
Post a Comment