Tuesday, December 14, 2010

The Confession of a Shopaholic


Semalam baru habis tengok cerita ni. Aku ni memang lambat sikit kalau bab cerita ceriti kat wayang ni. Orang lain semua dah habis musim menengok, aku baru terkedek-kedek nak beli dvd. Nak wat cam no kan... Inilah sisi diriku yang korang tak tahu ... Huhu... Ayat nak cover jer kan..

Berbalik semula kepada The Confession of a Shopaholic nie, memang ada masanya macam terkena jer kat batang hidung ni. Tak kisah la kan kalau terkena sipi-sipi pun, yang penting memang ada. Ngaku jer lah! Dah nama pun The Confession kan?

The Confession of a Shopaholic ni mengisahkan seorang jurnalis bernama Rebecca Bloomwood yang bergelut dengan masalah hutang akibat obsesinya terhadap shopping. Hidupnya hanya berkisar Shopping, Shopping dan Shopping menyebabkan dirinya sentiasa diburu pemungut hutang dan secara tidak langsung menjejaskan kewangannya. Suatu hari, Rebecca Bloomwood secara tidak sengaja telah diterima bekerja dengan sebuah majalah kewangan "Successful Saving". Persoalannya, mampukah Rebecca melaksanakan tugasnya sebagai seorang jurnalis kewangan sedangkan pada masa yang sama, dia juga bergelut dengan masalah kewangan sendiri.

Kalau ada sesiapa kat sini yang rasa dia satu geng dengan aku dan belum tengok cerita nie, jangan malu-malu, silalah lihat video dibawah ini!

video


Secara keseluruhanya, aku bagi 4 bintang untuk filem ini dan secara ringkasnya, filem ini memang best dan bagi banyak pengajaran kepada diri aku sendiri. Aku mengaku yang aku nie memang kuat shopping dan kadangkala tu rasa macam nak memiliki semua benda kat dunia ini. Tapi lepas menonton filem nie timbul sedikit kesedaran dalam diri ni. Memang betul, adakalanya kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri "Do I need this thing?" dan kalau tak perlu ketepikan hasrat untuk membelinya. Yang paling penting mesti ada perancangan dalam bershopping.

Akhir sekali, walaupun sekarang nie tengah musim Year End Sale tapi sentiasalah beringat-ingat okey? Ini juga peringatan untuk diri sendiri. Selamat Berbelanja and Happy Shopping!


Pesanan Khidmat Masyarakat Ini dibawakan oleh ainulsyariha87.blogspot.com

No comments:

Post a Comment