Tuesday, December 21, 2010

Secret Recipe Yang Tidak Secret

Assalamualaikum...

Cerita hari ini berkisar tentang masak-masak. Korang pernah main masak-masak tak? Seingat aku, masa kecik-kecik dulu aku suka sangat main masak-masak. Aku punya lah suka main masak-masak sampai kalau kawan-kawan ajak main kahwin-kahwin pun aku tak nak. Betapa aku sangat obses dengan dunia masak sejak dari kecil lagi. Tapi sayang seribu kali sayang, bila dah besar-besar nie akulah antara orang yang paling malas sekali nak masuk dapur. Sebabnya? Tak dapat dipastikan- Tapi apa yang pasti, orang sekeliling aku kebanyakannya semua pandai masak, sampaikan aku rasa sangat kerdil bila berada di sisi mereka.

So, beberapa hari yang lepas, mak aku kena pergi kursus. Nak tak nak, terpaksa la jadi tukang masak profesional. Bayangkan lah aku terpaksa bangun pagi semata-mata untuk buat sarapan. Aduhai... Tak kuasa mak! Kalau setakat nak masak gua memang tak der hal, tapi yang tak bestnya aku kena sediakan makanan yang enak, lazat dan berkhasiat tanpa menggunakan sebarang penambah perasa. Cam no tuh? Karang kalau terbubuh 'Maggi Cukup Rasa', mahu naik bacaan darah abah aku. Pening pening!

Jadi atas dasar keprihatinan dan rasa tanggungjawab yang menggunung, aku pun berkira-kira la mahu buat apa. Tiba-tiba, datang la idea untuk buat sandwich. Memandangkan telur memang banyak kat rumah ni, jadi menu kita hari ini ialah Sandwich Telur. Haa... korang jangan nak kutuk-kutuk, kata apa barang buat sandwich bagai. Bukan semua orang tahu masak taw. Ramai jer sebenarnya yang masih baru nak bertatih dan  belajar masak kan? So, hari ni aku nak kongsi la satu resepi yang ringkas, mudah, enak dan yang paling penting berkhasiat!

Kalau ada sesiapa yang rasa dah kering idea nak buat sarapan atau teringin breakfast ala-ala orang putih, boleh la mencuba.

SANDWICH TELUR ISTIMEWA

Bahan-bahan:

1 buku roti ( ainul guna Gardinier)
5 biji telur rebus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Cheese ( ainul guna Chesdale)
2 sudu makan mayonis
Garam 
Salad ( dicuci terlebih dahulu)
Tomato (dihiris nipis)
Sedikit majerin


Cara-cara membuatnya :

  1. Hancurkan 5 biji telur rebus dalam mangkuk.
  2. Masukkan sedikit serbuk lada hitam, mayonis, dan  sedikit garam. Kemudian gaul rata.
  3. Ambil 2 keping roti. Sapukan majerin pada kepingan roti pertama.
  4. Sapu rata adunan telur.
  5. Atur salad dan hirisan tomato diatas roti.
  6. Letakkan kepingan cheese.
  7. Ambil kepingan roti kedua. Sapukan majerin dan ratakan dengan adunan telur.
  8. Tutup roti dan potong mengikut bentuk yang disukai.

Dah siap! Senang jer kan? Tapi gambar diatas diambil dari Google. Tak sempat nak ambil gambar, dah habis kena ngap dengan adik-adik dan abah. So, selamat mencuba! Kalau suka, boleh LIKE!


Thank you for reading this entry!









1 comment:

  1. Why people still use to read news papers when in this
    technological globe the whole thing is presented on net?


    Here is my web-site; e-cigaret

    ReplyDelete