Pagi tadi aku bermimpi lagi. Mimpi yang diharap-harap akan menjadi kenyataan dalam seminggu dua lagi. Tolonglah daku wahai mimpi! Mimpi yang satu ini tidak sama dengan mimpi-mimpi lain sebelumnya. Mimpi kali nie terasa begitu indah sekali. Kalaulah mimpi ini bisa jadi kenyataan... Aduhai...
Hep hep! Jangan nak fikir yang bukan-bukan lak.Mimpi bukan sebarang mimpi. Ini mimpi masa depan.Mimpi pasal posting. Herrm, actually dah dua tiga kali gak la aku mimpi mende yang sama. First time hari tu, mimpi dapat posting ke Melaka. Aduhai... ini tidak best! Saya tak mahu posting jauh2... Kalau boleyh nak dekat dengan family. Ye la, before this dah hampir 5 tahun duduk berjauhan dengan family. Lagipun, masa belajar dulu aku memang jarang balik rumah. Walaupun Ipoh dan Kuala Lumpur tu bukanlah jauh manapun tapi entahlah, aku memang jarang balik. Balik pun hanya bila tiba cuti semester, tak pun cuti raya. Barulah terasa anak perantauan. Cewah, perantauan lah sangat. Kui kui kui...
*******************
Pagi tadi mimpi yang sama berulang lagi. Cuma kali ini lebih pasti. Entahlah. Kata orang, mimpi itu cuma mainan tidur. Aku pun tak tahu. Aku bukan ahli nujum, jauh sekali peramal mimpi. Cuma, mimpi pagi tadi memberi gambaran yang aku bakal posting tidak lama lagi. Aku harap begitulah. Sungguh! Aku tak de minat lain selain mengajar. Dari kecik, memang inilah cita-cita aku. Aku memang terlahir untuk bergelar pendidik. Aku tak rasa aku mampu buat pekerjaan lain selain mengajar. Aku tak pandai berbisnes, jauh sekali pekerjaan yang lain. Teaching is my passion and I'm proud to be a teacher!
Sungguh! Aku benar-benar berharap mimpi yang satu ini akan jadi kenyataan. Mungkin aku yang terlalu berharap tapi bukankah harapan itu juga suatu doa? Harapan ini bukanlah semata-mata untuk diri sendiri tapi lebih kepada keluarga yang dah banyak berkorban jiwa raga untuk aku. Namun, ini semua hanyalah mimpi. Benar atau tidak biar Allah sahaja yang menentukan. Aku cuma mampu berdoa dan berharap, selebihnya serahlah pada Yang Maha Esa.
hope all ur dreams cme true! wish u good luck jdi pendidik yg berjaya :)
ReplyDeleteCyunk smoga berjaya!! Caiyok2!! Smoga slalu success! lurve u owez :*
ReplyDeletethank you bb for supporting me always! u too, gud luck cyunk!
ReplyDelete