Sunday, January 23, 2011

Terima Kasih Blogger. Terima Kasih Nuffnang. Bagi Pendapatan RM 12,000 sebulan!!


Huish! Tengok tajuk jer dah buat orang terliur pagi-pagi. Mata terus juling tengok duit ribu riban bagai. RM $$$$$$.Gila kau Nuffnang bagi aku RM 12, 000 sebulan!!! Macam tak percaya jer tapi ini memang benar! Ye la, blogging pun tak sampai setahun jagung, takkan dah cecah RM 12,000?? 

Haruslah! Aku kan blogger tegar. Siang malam cari idea nak naikkan traffic ke blog. Penat-penat aku tulis entri macam-macam, jadi pulangannya mesti la lumayan kan? Setimpal la dengan penat lelah aku selama nie. Hehe. Tapi itu semua hanya mimpi di siang hari. Mesti lah bukan aku. Duit dalam Nuffnang pun baru cecah ribu-ribu sen, ada hati nak dapat ribu-ribu ringgit. 

Tapi dalam era serba canggih dan dunia tanpa sempadan  hari ini, macam-macam boleh berlaku. Semua terletak di hujung jari. Maka, tak hairanlah kalau blogging pun dah jadi salah satu fenomena dan kuasa untuk mendapatkan wang. Tengok je la muka depan Berita Minggu hari ni. Tajuknya Blogger Untung RM1juta



Memang tak dapat dinafikan, blogging sekarang pun dah mampu jana pendapatan sampingan. Tengok je la blogger-blogger otai macam Red MummyBen AshaariFatin Liyana dan sebagainya, (sekadar memetik beberapa nama) mampu jana pendapatan menerusi blogging.

Tapi bagi aku, duit tu hanya sampingan. Sekadar motivasi untuk blogger-blogger baru macam aku ni ha. Yang penting, mesej yang kita nak sampaikan daripada blog. Mesej tu tak semestinya kena penulisan ilmiah. Kadang-kadang dengan menulis sempoi-sempoi pun, orang dah boleh faham dan terinspirasi untuk berubah.

Macam aku, dah start berblogging tak silap tahun 2007. Masa tu aku tak tahu lagi kewujudan Blogger ni. Kebanyakkan karya aku, aku tulis dekat Blog Friendster. Lepas tu, aku berjinak-jinak dengan Blogstar yang cekik duit macam haram jadah tu dan akhir sekali, tahun lepas baru la aku mula daftar dengan Blogger. Alhamdullilah, dengan Blogger ni, harap-harap aku kekal la untuk berblogging sampai bila-bila. 

Yang penting, blog ini aku tulis pakai hati. Apa-apa yang aku rasa nak tulis dan nak kongsi, maka terjadilah entri. Aku memang tak pernah ada nawaitu untuk berblogging semata-mata nak kejar glamour, nak kejar duit atau nak kejar followers. Bagi aku, blogger-blogger yang famous hari ini, dan tinggi trafficnya setiap hari adalah kerana hasil penulisan mereka yang memang betul-betul kreatif, bagus dan mampu menarik khalayak ramai. Maka, tak hairanlah kalau diorang mampu capai macam-macam kejayaan hasil daripada berblog sahaja.

Jadi, amacam? Terinspirasi tak, nak tulis blog dengan lebih baik lagi? hehe. Harap-harap entri aku nie sedikit sebanyak membantu la kawan-kawan yang teringin nak berblog tapi masih ragu-ragu. Moh ler kita berblogging. Selain dapat mengasah bakat menulis dan berkongsi sedikit ilmu, dapat jugak habuan sikit-sikit dari iklan Nuffnang. Sapa tau, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Sekian.


Thank you for reading this entry.








1 comment: