Monday, October 25, 2010

ATTENTION: Kamu di'tag' ! Bang Bang BOOM



First off all, thank you to Cik Fara LaLoLa LoLita kerana telah men'tag' saya for 25 random things bla bla bla... Actually, aku pun terfikir benda yang sama cam Farah jugak.... Erm tapi tak pe la, aku akan cuba jawab sehabis baik ye?
Ok, berikut merupakan syarat-syarat penyertaan sekiranya anda di'tag' oleh saya. Sila baca syarat-syarat dibawah dengan teliti.


Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you


  1. Nama diberi Ainul Syariha Binti Azhar . Orangnya cantik laksana puteri. Maksud namanya indah sekali. (Mata Yang Masyhur) Kui3...
  2. Love beauty sooooooo much~ I am beauty concious... Walaupun tak la cantik tara mana pun (cumil jer)... Tapi tetap suka cantik, suka benda-benda yang cantik, suka nak jadi cantik, suka tengok orang lain cantik, suka puji orang cantik, suka kene puji cantik, suka bagi tips cantik~ wink*wink*
  3. Bekas debater, pemidato,  dan MC (yang ni belum pencen lagi). Ha... Jangan tak taw ! Aku nie dulu pembahas terbaik kot! Jangan main-main. Sekali aku libas dengan kata-kata, boleh pengsan wooooooooo~
  4. I am Clinique user... Aku ada hampir semua set asas Clinique including make-up remover, scrub, facial foam, toner, moisturizer, sun block, foundation, compact powder, mascara, liquid eye shadow, eye cream, moisture surge and bla bla bla... Ada yang dapat free and ada yang beli sendiri...
  5. Sudah berpunya... Maksudnya aku nie dah ada bf la... hehehe... I am Mrs. Hanif Ahmad. Kitorang dah dah dating for almost  2 and half years dah. Dating long distance. Sabah-KL
  6. Newbie dalam Facebook... Baru buat account FB seminggu yang lalu...
  7. Baca majalah REMAJA sejak umur 13 tahun sampai sekarang. Dari umur 13 sampai awal tahun nie aku tak pernah miss satu keluaran pun. Dahsyat tak? Cuma sekarang nak beralih arah sikit ke majalah yang lebih matang dan berinformasi.
  8. Memang nak jadi cikgu dari umur 5 tahun sampai sekarang. Tak pernah tukar cita-cita.
  9. Ada lesen kereta tapi tak boleh memandu kereta secara manual (hanya auto sahaja). Tak der lesen motor tapi boleh bawak motor dengan cemerlang. Pelik kan??
  10.  Basuh baju seminggu sekali~ hek! Pemalas???? Tak la... Jimat air.... Safe our enviroment!!!!
  11. Period pain yang sangat teruk~ Everytime nak datang bulan aku menggigil, fobia, hidup jadi tak tentu arah, terpaksa beli Evening Prime Rose tapi now dah ok!
  12. Tidur berteman 2 ekor beruang~ (teddy bear)... Manja kan aku nie? Cute kan? Hehe 
  13. Suka Indulgence from Secret Recipe
  14. Dah 4 kali tukar handphone (Nokia 1100, Samsung E61, SE Z600i and currently using SE Cybershort K700i kot)
  15. Roomate dengan Syazreen Akhqma for about 5 years! (Lamanya!)
  16. Orang panggil aku Ainul,  Sweet, Mak Enon, Inul Daratista dan lain-lain. Tak pernah lagi orang panggil aku  Syariha so far.
  17. Tinggi 151 cm. Berat 42kg. Perfecto! Aku dikategorikan sebagai XS size. HUHU... gembira!
  18. Suka baca blog sendiri~ (Perasan)
  19. Tak suka diperlekehkan terutama dari yang tersayang~ Aku sangat2 perlukan sokongan orang-orang terdekat untuk menjadi tabah dan bersemangat
  20. Sangat suka dan sayang kan kucing~ Meow meow~
  21. Kasut saiz 4. Kalau pakai 4 setengah pun dah sangat longgar. Kaki kecik nak wat cam maner?
  22. Suka masak simple2... (Sebenarnya tak berapa tahu masak).... hehehe... Malu malu... Ok la, aku ngaku la pasal tu.... 
  23. Suka tido~ ZZZzzzzzzzzzzzzzzzz!!!
  24. Berharap semoga cita-cita tercapai, dapat hidup yang diredhai dan diberkati, dimudahkan perjalanan hidup, rezeki yang diberkati, dapat mengakhiri hubungan percintaan ini dengan ikatan perkahwinan yang sah, tidak berjauhan dengan keluarga, tidak putus hubungan dengan kawan-kawan, blog semakin maju, muka maintain muda (hehehe boleh ker) dan hidup yang sempurna dunia akhirat.
  25. Tak taw nak merepek per dah. Harap dapat habis kan list nie dengan cepat!

sO, kamu-kamu yang di 'TAG' ialah:
  1. faralalola
  2. LiLy
  3. Hanif Ahmad
  4. wakiyuddin
  5. Kak Tiq
  6. hafizuddin rubae
  7. fatin zulhilmi
  8. syamim asyraf
  9. Fare Jojo
  10. Cahaya Petunjuk
  11. yUHAIRI
Ok, yang lain tu kalau korang nak aku 'tag' leave mesej kat chatbox and I will link you later... Tak larat dah wei nak link~

CHAO~

Sunday, October 24, 2010

::TIPS:: ~Final Exam~

Exam Oh Exam... 
Mendengar namamu, fikiranku kusut, hatiku sayu... 
Mengenangkan dirimu jiwaku dipagut rasa celaru...  
Apakah ini satu petanda?
Tatkala kita bertemu mata, jantungku berdebar tidak terkata 
Hanya doa dan airmata bisa mengakhiri perpisahan kita...


Wah... mantap tak sajak cincai aku? Korang bayangkan aku siap boleh buat sajak lagi tok final exam nie padahal ketaq kot beb! Serious wa cakap, wa tak ready satu apa pun... Minggu nie jer aku busy memanjang.. Mana tak busy, final tesis pun aku tak siap lagi. Tambah lagi ngan shooting la, kagum gerko, mana nak kejar buat teks MC malam dinner, booking make-up, and bla bla bla...

Selalunya, bila dah minggu-minggu terakhir nak exam aku akan buat plan. Nak blaja apa, apa dan apa. Aku nie memang jenis suka organize kerja. Aku tak suka hidup yang tunggang langgang. Selalunya nak dekat exam, aku akan pastikan nota aku tersusun rapi. Meja study sentiasa kemas dan bilik pun kena kondudif. Baru la senang ilmu nak masukkan?

Bila time-time nak exam, aku selalunya akan wat solat hajat dan banyakkkan berdoa supaya ilmu yang dibaca terus masuk ke hati. Korang jangan ikut cam aku taw! Nak exam baru la terkedek-kedek nak wat solat hajat bagai. Patutnya amalan-amalan sunat nie kita wat selalu bukan time-time tertentu jer kan? huhu... Malu malu ( *_ * )!

Erm, aku ni nak kata pointer tinggi,  tak penah la pulak dapat 4 flat, tapi  so far alhamdullilah, result aku masih di tahap yang memuaskan. Berbaloi la dengan usaha yang dicurahkan selama ini. So, kat sini aku nak share la dengan korang beberapa petua dan tips yang selalu aku amalkan sebelum menghadapi peperiksaan. Untuk doa, aku selalunya akan amalkan surah Al-Anbiya ayat 79 sebelum membaca buku. Selain tu, amalkan juga membaca  3 Kul untuk mengelakkan gangguan syaitan dan bacalah surah Al-Insyirah sebagai penenang dan penerang hati. Insya-Allah berhasil.

Disini, aku nak sarankanlah kat korang supaya kurangkan makan makanan segera waktu exam. Bukan apa, bila nak exam kita perlu maximize kan penggunaan tenaga dan oksigen dalam otak. Jadi adalah lebih baik kalau korang ambil makanan yang sihat untuk minda macam kismis, air mineral, kacang dan buah-buahan. Yang penting jaga kesihatan selalu.   

So, untuk final exam nie korang doa-doakanlah supaya aku boleh jawab dengan cemerlang untuk exam nanti. Aku pun akan sentiasa mendoakan kejayaan korang. Sebelum berpisah, I wish you all the best and gud luck!

~ macam mana nak hafal rumus-rumus nie?~ TOLONGGG!!! 

Bye~




Thursday, October 21, 2010

~Bachelorette Party~ (18SX)



Peringatan:
 Entry ini adalah untuk bacaan peringkat umur 23 tahun ke atas sahaja. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan dan masalah yang berlaku kepada sesiapa  selepas membaca artikel ini. Harap maklum!



Yuhuuuuuuuuuuuuu!!!

So, semalam kitorang baru jer adakan bachelorette party for our friend; Yuhaina! Apa yang bestnya pasal party malam semalam ialah, instead of makan-makan, we spent such a great time together! 

Party semalam memang havoc gila coz selain daripada elemen suprise, tema party malam tadi pun memang mengujakan! Macam yang korang semua sedia maklum, dah nama pun bachelorette party kan, so dress code pun tak main lah yang sopan santun bagai. Mestilah yang  
sexaaaaaaaaaaaaaaayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!  
Baru la awwww!! haha. (ops! aku taw ada pembaca blog nie di bawah umur 18 tahun, so, please !!! Switch off this channel)


Ok, sambung balik... Bukan setakat tu saja, party semalam pun dimeriahkan lagi dengan games-games yang 'panas' and  wa cakap sama lu memang sengal dan penuh sosial. Serious aku rasa cam ngah party kat disco. Ada limbo rock, love letters, and disco dance! Memang HAVOC and sinfull. Terasa berdosa pulak! hehe. 

oK, Disebabkan party nie bersifat private, so, no cameras allowed! 

~Bachelorrete party~
Korang agak-agak la cam ner la party kitorang kan?

Apa pun, aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU khas buat YUHAINA yang akan bernikah esok dengan ucapan Jadilah isteri terbaik untuk dunia dan akhirat! Let a secret of marriage remain secret~ (credit to Teddy). Happy Wedd and you're fired as a member of Single Mingle Society berkuatkuasa esok! (yang paling penting status 'dara' hang telah ditarikbalik)



~THIS IS SO yUHAINA~ 

 ONCE AGAIN! SELAMAT PENGANTIN BARU!

YOU ARE BRIDE OF THE YEAR!




Wednesday, October 20, 2010

"E3's Car Formation"


Jadi hari ini, aku and classmates yang lain telah berkumpul di maktab untuk satu photoshoot formasi berkereta kelas kami. Formasinya adalah rahsia sebab formasi ini nanti akan ditunjukkan dalam majlis gilang-gemilang yang akan berlangsung tidak lama lagi. So, korang tunggu je la yer i upload photo-photo tu nanti ok? Sekarang nie belum boleh lagi. Jadi, harap maklum.

Tapi rasa tak seronok la kalau tak dapat share sesuatu di blog ni. So, bagi tidak menghampakan pembaca-pembaca blog Ainul Syariha ni, aku akan tunjukkan la serba sedikit gambar-gambar behind the scene sebelum photoshoot sebenar bermula. Hope you all enjoy watching these pictures! 

mE and rumate pose tepi Swift
(bukan kereta i yer, kereta rumate i)


 ~ with my classmate yang cantik-cantik semuanya~



Sekian lah sahaja. Terima Kasih. Gud nite~

Saturday, October 16, 2010

Update Free Gift and Fashionista Love 21

Melihat kepada tajuk entry diatas, aku percaya pasti ramai diantara kalian yang musykil lagi pelik. Musykil kerana kalian pasti tertanya-tanya mengapa perlunya aku meng'update' free gift yang aku dapat? Simpan sorang-sorang sudah la! Ya.. Itu satu kemusykilan dan pendapat yang baik. Yang pelik tapi tidak jeliknya ialah, bagaimanakah aku boleh mendapatkannya? Ha.. Itulah persoalan yang ditunggu-tunggu.

Aku ni kalau nak diikutkan dulu-dulu memang kedekut bab sharing-sharing nie. Ye la, takut orang lain dapat yang  lebih baik daripada aku. Tapi tu dulu-dulu la. Zaman-zaman tok kaduk and jahiliyah yunani dulu. Sekarang nie aku dah baik. Aku suka taw berkongsi ilmu and benda yang aku tau. Kalau aku rasa sesuatu tu baik lagi berkualiti sure aku akan suggestkan kat kawan-kawan. Aku takkan suggest kat kawan-kawan kalau aku rasa sesuatu itu tidak berbaloi lagi merugikan. Sharing is caring right? So, apalah salahnya kita berkongsi. Lagipun, barang siapa yang kedekut ilmunya, maka berdosalah hatinya. Ish ish ish, tak baik taw! Nak-nak pulak aku, nie bakal cikgu, jadi tak boleh la ada perasaan-perasaan buruk yang macam tu. Betul tak?

So korang, free gift yang aku dapat semalam sewaktu bershopping di Ipoh Parade ialah seutas jam tangan VOIR. Oh my Dior, I love it so much! I loike, I loike! Cumil and sangat-sangat cantik! Colour silver lagi tu. Siap ada detail diamond lagi taw! Memang class you!

~VOIR watch~ 

Jadi, bagaimana mahu mendapatkannya? Mudah sahaja. Beli apa-apa saja barangan di Butik Voir dalam lingkungan harga RM80 dan ke atas, buat pembayaran di kaunterdan korang akan mendapat sebarang free gift daripada Voir. Tapi kalau tak dapat, janganlah korang maki aku pulak. Semua hadiah ini tertakluk kepada syarat dan peraturan. Lepas tu, simpan resit pembelian korang. Next time, bila korang beli lagi barang di mana-mana Butik Voir seluruh Malaysia jangan lupa simpan and check resit. Kalau nilai pembelian dulu dan terkini telah mencecah RM300 dan keatas, korang akan dapat free membership, diskaun up to 30% and pelbagai free gift yang best-best belaka! 


Kesimpulannya, memang seronok bershopping nie! Lagi-lagi kalau korang pandai cari peluang dan ruang untuk memujuk. Nasihat aku, sewaktu bershopping, gunakanlah segala kemahiran komunikasi yang telah dipelajari. Jangan malas untuk menzahirkan mimik muka yang pelbagai , intonasi suara yang bisa mencairkan hati sang penjual dan tonjolkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang ada dalam diri korang. Korang pasti seronok. Tak der la rasa rugi sangat! Kalau korang jer yang give money tapi tak dapat apa-apa. Memang tak worth! So, next time jangan lagi jadi pembeli yang dikategorikan sebagai 'waste money, waste time' sahaja tapi stand to be 'wise consumer'. Hoho. Setakat nie sahaja dulu untuk kali ini. Jika anda ada sebarang pertanyaan, jangan lupa untuk tinggalkan pertanyaan anda di formspring box atau shout me loud ok? Korang pasti takkan hampa. So, till then. Bbye~

~White Pearl Bracelet~ 

(Ha, bukan kat butik-butik jer bagi free gift taw, kedai-kedai cina kat dalam Ipoh Parade tu sume bagi free gift taw! Jangan kira murah ker mahal. Yang penting ado! and jangan malu bertanya. Tanya jer kat nyonya tu, 'Aunty, you tak der kasi i free gift ker? Kasi la satu. Aunty comel... dan apa-apa saja kata-kata yang boleh buat dia bagi korang free stuff). 
So enjoy ur gift!

Friday, October 15, 2010

:: Shopping, Annual Dinner Dress and Clinique::

Huh, penat-penat... Memang penat! Actually, aku baru jer balik dari di Ipoh Parade. Balik-balik shopping jer terus update blog kesayanganku ini.. Hehe..Setelah berjuang selama hampir 7 jam, akhirnya aku boleh tersenyum puas dan berbangga dengan apa yang aku miliki. Yahoooooooooo!!!

Inilah antara hasil perjuanganku sebentar tadi. Korang mesti nak tau kan? Let's check it out!

~Tadaa~ 
(Mak ai.. banyaknya shopping... Kalau Hanif tengok nie mesti dia mengamuk!)

Huish, korang mesti terkejut kan bila tengok barang-barang diatas? Tak pun korang mesti berprasangka yang aku  nie kaya kan? Hahaha... Jangan mudah tertipu...

Sebenarnya, aku hanya beli 5 barangan sahaja iaitu my sweet and chicky mini dress yang sangat2 la murah harganya, my annual dinner dress, clucth and 2 barangan dari Clinique which are toner and moisturizer. Toner and moisturizer terpaksa beli sebab dah abis. Hukhukhuk ='(
 ~Clinique Clarifying Moisture Lotion 2 
(for dry combination skin)~
and

~ Clinique Dramatically Moisturizing Gel~

Oleh sebab, I nie duta produk Clinique maka I dapatlah 4 free gift daripada Clinique. Yahoo!!! Hehe. Bab duta tu aku tipu je. Tak delah, sebenarnya, kalau korang nie Clinique user everytime korang beli barangan Clinique, korang akan dapat free gift. So jangan malu-malu. Mintak jer apa-apa free gift yang korang nak as long as product tu ada dalam stok diorang. Mintak, jangan tak mintak taw! So, free gift yang aku dapat hari nie ialah:


 ~2 pack Clinique Supermoisture Makeup (Neutral)~

 ~~ Clinique All About Eyes~

 ~ 2 pack Clinique Superbalance Makeup Foundation (Ivory)~

and 

~Clinique key chain~

Besh tak besh tak? Besh kan? So, apa tunggu lagi. Segeralah ke kaunter Clinique berhampiran anda! (hehe.. promote nie). So, sekianlah sahaja diary untuk hari ini. Aku pun dah penat and i need a good rest. 
(Pesanan khidmat masyarakat, cuci muka anda sebelum tido bagi mengelakkan jerawat berleluasa. Jangan lupa sapukan toner dan moisturiser 2 kali sehari.). Sebagai penutup tirai malam ini, terimalah....

~my sweet and chicky mini dress~

Ini bukan baju annual dinner tapi baju untuk berjalan-jalan. Baju annual dinner tak boleh ditunjukkan sebelum tiba harinya. Suprise!


Nite and Take Care U ols!

Thursday, October 14, 2010

~In Pain~

Actually, aku tak berapa sihat hari ni. Maklum la, perempuan.. Cukup bulan jer mesti rasa sakit-sakit. Tak tahu lah nak wat macam mana lagi. Dah macam-macam cara aku cuba tapi semuanya tak dapat menghilangkan kesakitan yang ku rasa saat ini. Aduh aduh sakitnya...

Nasib baik la ada orang yang caring dan memahami keadaan diri. Terus jer suruh aku rehat banyak-banyak. Jangan lupa minum air, makan buah, sediakan ubat (supplemen) and macam-macam lagi. Thanx  u  Bb! Luv u sangat-sangat ♥♥♥

Disebabkan rasa sakit-sakit nie, aku selalu jer rasa tak selesa, serba tak kena, rasa lemah, emosi kurang stabil (cepat marah, sensitif) and kadang2 rasa macam nak pengsan.Kalau boleh nak tidur jer sepanjang hari. Macam sekarang nie, aku pun dah rasa sangat lemah. Aku nak rehat dulu. Da~



Wednesday, October 13, 2010

♥ Shoping ! Shoping ! OnLiNe !♥


Assalamualaikum!
Hi u ols! Dah makan ker belum? Sihat tak?
Wah! Korang mesti terharu kan tengok aku prihatin kat korang (6_9)v
Hehehe

**********************
So, untuk entry kali nie aku nak share la ngan korang pasal shopping online. Aku tau korang pun cam aku gak kan suka shopping-shopping nie.Lagi-lagi sekarang nie memang kemudahan semua dah canggih. Tinggal click jer semua dah boleh dapat di hujung jari.

So, sempena annual dinner aku tak lama lagi, aku pun google la sana sini tok cari idea tentang baju apa la yang aku nak pakai time jalan kat red carper nanti. Wah wah wah. Glamour you!
Kitorang nya tema untuk malam annual dinner nanti ialah RED CARPET. Katanya, tak kisah la kalau nak red carpet Hollywood ker, Bollywood ker or Malaywood ker. Apa-apa pun boleh, janji you glamor!
 

Ok, nampak sangat aku dah melalut sana-sini. Ok, berbalik semula kepada topik shopping online nie, tengah-tengah aku dok google tu,  mataku terhenti kat satu page nie yang aku rasa memang menarik la. Menarik coz aku rasa design and baju-baju dia memang cute miut. Seswai sangat tok korang yang sukakan fashion-fashion yang up to date cam aku nie. Wah3. Syoknya.

Ok, kalau korang berminat, korang boleh la check out this link:
And kalau korang gak berminat dengan online boutique yang lain, korang boleh la check kat aku punya side page "I Like Shopping Here". Kat situ korang boleh jumpa macam-macam jenis fashion yang korang suka.
Lastly, I wish u selamat bershopping!
~Bye ~


(p/s: Bila la aku boleh gi beli baju annual dinner nie? Duit pun dah tak der. Huk2)  ='(

Tuesday, October 12, 2010

~Bakso Rambut~


Assalamualakum!
Hi u ols!
Wah, lamanya aku tak update. Terasa rindu pulak ngan blog nie.
Anyway, bukan tak nak update tapi lately aku bz sikit ngan macam2 aktiviti.
Maklumlah, namanya pun final year. Pura-pura la bz kan cam dak2 U yang lain
Hehe. (^_^)v

*****************
Ok, nie aku ader satu citer nak share ngan korang. Aku pun tak tau la nak classify citer nie sebagai aper. Kelakar ker, geli-geleman ker, seram ker, lu pk la sendiri!

So, hari jumaat yang lalu, aku and housemate yang lain keluar la g breakfast kat kedai tepi jalan Tambun nie. Nak2 pulak kitorang nie memang dah lama sangat tak rasa bakso dia yang memang SEDAP G*LA nak mampos tu! Ok, aku tau ayat tadi memang hyperbola.Tapi bakso dia wa cakap........ memang kalah la mana-mana bakso di Perak nie.

So, sesampai jer di kedai tu, kitorang pun ibarat piranha yang kelaparan telah menyerbu masuk ke kedai tersebut untuk mencari tempat duduk yang paling strategik. Bila akak tu sampai je, kitorang pun ape lagi
" Kak, nasi lemak satu, bakso LIMA, dan bla bla bla"

Sementara menanti bakso sampai kitorang pun mulalah bukak kenangan lalu sal bakso nie,
" Korang nak tau tak, hari raya tu aku makan bakso gak kat stesen kajang taw, tapi kan tak sedap cam kat sini. Aku teringat2 kat bakso nie taw bila balik rumah"
 Housemate ku yang sorang lagi terus setuju, katanya,
"Memang memang, bakso sini jer yang paling sedap. Kat tempat lain tak jumpa pun yang sedap cam nie!"
haha. Tengok kan aku dah kata bakso kat ipoh nie jer yang paling sedap!

Tidak lama kemudian, bakso pun sampai.




~Nie la bakso yang sedap lagi enak tu~ Marvelous beb!

Haa.. tengok rupa pun dah tau sedap kan?
Tapi kan, sedang enak2 kitorang menikmati kelazatan bakso tu, tiba-tiba sorang kawan aku kata
"Eeeee, ada rambut la dalam bakso nie! 7 helai pulak tu"
Lepas jer kawan aku cakap cam tu, kitorang pun check la masing-masing punya mangkuk bakso.

MEMANG SAH!
Hampir setiap mangkuk pun ada!
Siap aku punya jumpa 2 helai rambut cam bulu mata lagi!
Eeeeuuuuuuwwwwwww!!!!
Tak lalunya aku nak sambung makan!

Lepas jer balik dari kedai bakso tue masing-msing membuat spekulasi sendiri.
Kenapa dan mengapa ada rambut yang begitu banyak di dalam bakso itu?
Hanya Allah dan orang-orang tertentu sahaja yang mengetahui..
What do you think?

~Chow~


Thursday, October 7, 2010

~A Love Letter~

Love Quotes 

Have U ever been in L.O.V.E?
I do!

Well, we are all born for love
It is the principle of existence
as for me,
I do believe that
Love Quotes


Sayang, although you may not be here with me..

But thoughts of you are always in my heart..
I MISS YOU SO MUCH !



~Sweet <3 Hans~

Wednesday, October 6, 2010

GhOst StoRy: Kellie's Castle


Assalamualaikum
Hi u ols!
Alhamdullilah, berjumpa lagi kita pada entry kali ini!

********************

So, entry kita pada kali ini tidak lagi bercerita  tentang kisah raya sebaliknya more to my personal liFe. 
Harap korang sume ok la! 
Coz ader antara pembaca-pembaca blog nie 
(walaupun belum sign in sebagai followers) tanya kenapa banyak entry aku berkisar sal raya? 
Jawapannya mudah jer. 
Sekarang kan musim raya, so cerita raya la. Kalau ada musim menuai ker, musim bunga ker, musim banjir ker, aku cerita la pasal musim2 yang lain tue! Hehe.. 
Jangan mara ha.... Gurau-gurau jer!


So, seperti yang korang sedia maklum beberapa hari yang lalu, aku and kawan2 kelas yang lain telah membuat lawatan singkat sempena cuti-cuti Malaysia ke istana berhantu atau orang Perak panggiL Kellie's Castle. Korang penah sampai ker kat Kellie's Castle tu? Hehehe. Aku dah! Bangga tak? Bangga la jugak kan?


Disebabkan aku dah lupa bagaimana sejarah Kellie's Castle nie bermula, so aku pun start la Google sal Istana Berhantu nie. Oklah, jom gwa story sikit sal Kellie's Castle nie. Tapi ini berdasarkan versi yang aku baca la. Banyak sebenarnya misteri di sebalik Istana Kellie nie sehingga menimbulkan buah mulut orang dari dulu hingga sekarang.



~Kellie's Castle~ A story behind love and tragedy


Pemilik sebenar istana ini bernama William Kellie Smith. Actually, Kellie nie tak berniat pun nak bina istana ker haper. Dia just nak bina sebuah banglo khas untuk isterinya yang tercinta Agnes dan his daughter Helen. Bagaimanapun, selepas beberapa tahun perkahwinan Kellie nie teringin sangat nak anak lelaki untuk meluaskan empayarnya di lembah Kinta nie. Namun, selepas mencuba selama beberapa tahun hasrat Kellie untuk menimang satu-satunya anak lelaki tidak kesampaian. Suatu hari, salah seorang daripada pekerja buruh  Kellie telah mencadangkan supaya Kellie nie berdoa kepada Dewa Amman (Hindu Goddes) yang dipercayai dapat menunaikan semua permintaan. Akhirnya, termakbul jugak hasrat Kellie nie untuk mendapat anak lelaki yang diberi nama Antony.


~Kellie's Castle~


Dipendekkan cerita, sebagai penghormatan kepada dewa Hindu tu, Kellie telah memasukkan unsur-unsur seni bina Hindu dalam pembinaan banglonya. Akan tetapi, pembinaan banglo Kellie yang mengambil masa selama 10 tahun itu telah terhenti selepas pembunuhannya. Akhirnya, banglo sebesar istana itu dibiar dan ditinggalkan begitu sahaja di dalam sebuah ladang getah yang dipenuhi semak-samun di Batu Gajah. Ada pendapat mengatakan, banglo yang belum sempurna itu masih berdiri megah seolah-olah menanti kepulangan tuannya, untuk disempurnakan.


~Adakah William Kellie Smith akan kembali untuk menyempurnakan apa yang telah dia tinggalkan?

Haa... Takut tak? Mesti korang takut kan? Actually, aku pon meremang gak especially time lalu kat koridor misteri yang ramai orang percaya dan pernah ternampak kelibat Kellie nie lalu seolah-olah menziarahi rumah tinggalannya. Tapi aku tak nampak la pulak hari tue. Ish Ish Ish!



~Muka gembira dapat jejak kaki ke Istana Kellie~ Peace Sket~ Wah Bangganya!



 ~muka ketakutan~ =P



~PhotoshooT~




~Sweet @ Haunted House~



~nampak time nie macam cool jer padahal gayat beb~


~konon macho la sumer tangkap gambar kat roof top Kellie's Castle~



~famiLy Photo aLbUM~ (gambar skema)


TiLL tHEN
~cHow Cin CaO~

Tuesday, October 5, 2010

MournfuL DAy ='(


Assalamualaikum..
Hi u ols! Apa khabar?
Hopefully, korang semua sihat-sihat sentiasa hendaknya~

...................................................

 Actually aku tak tau macam mana 
nak mulakan patah kata hari nie. Sesungguhnya hari nie merupakan antara hari yang paling tak best dalam final sem ini. 
Naper tak best? Erm... ntah la.. 
May be sebab hari nie Prabu a/l Jayaseelan asyik dok pujuk2 aku kot soh pangkah nama die! 
Hahaha. No lah! I'm just kidding (^_^)v  


Anyway, aku nak ucapkan tahniah la kepada adik-adik dan pucuk pimpinan baru Jawatankuasa Perwakilan Pelajar  Kampus Ipoh. Hopefully, korang dapat menyempurnakan segala amanah yang diberikan sebaik mungkin. Jangan hanya hangat2 t*h* ayam jer. Sebelum bertanding, cakap berdegar-degar... Ops! do i just say 'berdegar-degar' ? Skema kot ayat aku. Continue... 
Tapi dah lepas bertanding janji hanya tinggal janji jer... (Once again ainul!  Ayat skema) 


Ha, berbalik semula kepada hari yang tak best nie. Korang mesti tertanya-tanya kan naper la aku cakap hari nie tak best! 
Tau la hari nie hari Isnin.. tak baik taw diskriminate hari! Tau la ko tue suka hari Sabtu! Ewah2..


Tak der, aku just rasa hari nie tak berapa best bila ada orang  berselisih pendapat dalam sesuatu perkara. Come on la guys ! We are adult. So, whatever decision it is, make it rational. Bak kata orang dulu-dulu, 'ukur baju di badan sendiri'. Kalau rasa awak tu tak mampu, tak payah la beli baju berjenama bagai. waH. Korang mesti tak paham kan aper yang aku cuba nak cakap! Tak pe, it's not that important. Abaikan jer la labu! Hehe


So, bagi menceriakan semula hari ini agar menjadi lebih bermakna, aku pun tengok la gambar-gambar raya di rumah En. Azhar + lawatan ke istana berhantu Kellie Castle. Erm, tapi bila pikir-pikir balik cam tak syok la layan gambar sorang-sorang kAN?. Korang pun jom la tengok sekali. Apa-apa pun JOM kita zzZAssssssssss!

~Sebelum pergi raya, lepak2 dulu makan kuih (buat alas pewot)~ huhu

~mE, tEddY & jOjO~  (bajet cumil la tu...)

~nOt Forgotten: The Driver~

~Tuan Rumah: En. Azhar dan isteri~

~ SesI malantak tak ingat dunia!~

~Geng somalia a.k.a mcm owang tak pernah makan 3 bulan~

~beginilah rupa ayam golek yang telah diratah oleh geng-geng somalia~ hehe (aku la tu)

~after makan, pose tepi kolam. Baru ada umppph~

 ~meow pun nak snap picca jugak ker?~

~before pulang~

~ok, bbye~


(actually, entry nie ditulis semalam bersamaan hari Isnin, 4 oCt 2010. Namun begitu, akibat kesilapan teknikal, entry ini x dapat dipublishkan pada waktu yang sepatutnya. Harap maklum)

Sunday, October 3, 2010

Open hOuSe LaGi dan LaGi


Assalamualaikum...

Hi you ols!
Apa khabar?
Harap korang sume sihat2 selalu la hendaknya...

........................................................................

Baiklah, seperti yang terpampang pada tajuk di atas, korang mesti dah tau kan aku nak cakap pasal apa..
Well, walaupun korang mungkin dah tau tapi aku tak kira, aku tetap jugak  nak cerita  pasal open house yang baru jer aku hadiri semalam and hari nie..
Wah wah wah.. Murahnya rezeki ku...
 Alhamdulillah~


So, open house pertama yang aku hadiri semalam tak lain tak bukan adalah anjuran daripada roomate sendiri. Nie la die roomate i. Cumil x? Dia lah tuan rumah untuk open house semalam.


Thanx u roommate! Makan pun sedap-sedap bangat! Jom kita intai sikit menu apa la yang disediakan semalam. Check it out !

Menu 1:
~Nasi Beriyani Ala Mamak~


Menu 2:
 ~Udang Masak Merah Mak Ngah~


Menu 3:

~Ayam Goreng Berempah Kaw Kaw Punye~


Menu 4:
~Cucur Udang Comey Lote~

Dessert:
~Puding Caramel Semanis Impian~  
(nak promote la sket nie roomate i yang buat)

+
~Buah-Buahan Campuran~


Haa.. Amacam? Mesti korang terliur kan? Hehe.. Takpe2, walaupun tak dapat makan, tengok gambar pun jadi la... Huhu... So, before balik, macam biasa la kene snap picca dulu... Baru la lengkap! Kan kan kan ?

hehe... 4 dara di tepian tangga...

I think dat's all for today ! Jumpe lagi  !

(pssst... actually nak upload gambar2 open house kat umah lecturer hari nie tapi gambar-gambar tue tak transfer lagi. May be tomorrow k?)



I am sooooooooooooooooooooo tired today! I need a good rest. 
So, till then. Bbye~

Saturday, October 2, 2010

My Skin Care Reviews


Hi Buddy!

First off, before i start writing bout this entry
i would like to ask
do you care about your skin care product?
Have u ever read the label or the ingredients contain in your skincare product?

.............

never mind, 
u answer it by yourself...

ok la, korang mesti tertanya-tanya kan naper la aku sibuk-sibuk nak tanya pasal skincare product yang korang pakai kan?
Bukan ape, sebagai perempuan aku sangat concern pasal penggunaan produk2 nie lebih-lebih lagi sekarang nie memang heboh pasal bahaya bahan-bahan kimia yang ada dalam produk-produk kosmetik nie..


So, hari nie aku nak share la ngan korang beberapa produk yang aku penah pakai and may be aku akan wat review sikit berkenaan produk-produk yang aku penah guna tue..


Actually, aku dah mula pakai all these skincare sejak zaman sekolah rendah lagi which means lepas jer aku masuk ke alam remaja (baligh), hehehe...  aku dah start jaga kulit. Ingat lagi, waktu tu my mom belikan aku jenama Clean & Clear ada 3 items dalam beg kecik tu which are: cleanser, toner n moisturiser
Clean & Clear - pakai time awal2 remaja

Waktu tue bila first time dapat pencuci muka memang excited sangat! Konon bila dah pakai cleanser sume nie muka akan jadi cantik cam Siti Nurhaliza. Kawan-kawan pun puji kate:
'eyh cantik la kulit kau'
'tak de jerawat pun cam kulit aku'

time tu memang bangga yang amat... 
well, tu zaman awal-awal keremajaan


Next,
bila masuk time sekolah menengah
aku obses nak kan kulit putih
time tu macam-macam produk pemutih kulit yang aku cuba
you name it !
nivea, safi balqis, fair and lovely dan yang setaraf dengannya telah ku cuba
 Safi Balqis- digunakan aku zaman dulu-dulu  untuk memutihkan kulit

 Fair & Lovely (gambar ehsan dezamin)



Haa... dahsyat tak dahsyat waktu tu...

Ye la, zaman tu kan tengah aktif 
berkawad la, netball la, sukan la dan macam-macam lagi
Jadi,kulit pun hitam
mase tu mane la tau nak pakai sun block sume nie
yang aku tau aku pakai product2 nie tok putihkan kulit 
Nak hilangkan belang dekat muka
Tu jer..


My experience dengan produk-produk pemutih nie 
memang la tak besh
Tak beshnya sebab ada beberapa produk yang aku pakai 
(name produk tidak disebutkan di atas)  membuatkan kulit aku jadi merah and kadang-kadang time cuci muka aku rasa pedih yang amat!
So, my mom and abah tak kasi dah pakai pencuci muka tu
Teros aku stop pakai sume pemutih kulit sampai la nie..
Ish Ish Ish !


So, minggu berganti minggu 
bulan berganti bulan dan tahun pun berganti tahun
Finally, aku jumpa jugak produk yang betul2 sesuai dengan kulit aku 
Jeng Jeng Jeng 
Nak tau tak jenama ape?
Memperkenalkan....

CNI ROYAL JELLY FACIAL CLEANSER


Facial Cleanser nie memang serasi dengan kulit aku yang kering kontang ibarat gurun sahara nie. Bila cuci muka kita tak rasa pun pedih dan muka pun tak jadi kemerah-merahan. Lagipun CNI ROYAL JELLY FACIAL CLEANSER nie tak menggunakan bahan-bahan kimia yang merbahaya. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan adalah natural, organik lagi semulajadi.Yang pastinya pencuci muka nie menggunakan bahan utama 
iaitu Jelly Raja yang kita semua tahu asalnya dari lebah. 

Actually, aku pakai produk nie dah lama. Rasanya dekat 7 tahun kot pakai and memang elok! Harga pun murah and mampu beli. Disebabkan kulit ku yang memang sejak azali lagi dikategorikan sebagai kering, so aku punya rutin kecantikan bukan setakat mencuci muka sahaja tapi ditambah juga dengan melembab. Dan pelembab yang digunakan ialah 
CNI ROYAL JELLY MOISTURISER 

CNI ROYAL JELLY MOISTURISER

Pelembab nie antara pelembab yang terbaik aku penah guna and memang selesa bila pakai. Tak de pun rase melekit atau oily bila pakai. So, kalau korang pun tergolong dalam kategori kulit kering cam aku leyh la cube moisturiser nie.

~Sigh~

Huh, panjangnya celotehku hari ini. Tapi sebenarnya aku dah tak pakai dah sume produk nie. Just review jer pasal produk2 yang aku pernah guna. Currently, I've been using Clinique 3-step system which is really2 good and shows tremendous improvement to my skin. Kalau dulu kuar rumah jer mesti pakai make-up untuk tutup flaw, tapi sekarang nie even tak pakai make-up pun rasa confident jer bila keluar. 
Kalau korang nak tau pasal Clinique nie lebih lanjut tunggulah entri seterusnya.  


Rasanya sampai sini dulu untuk hari ini
See u next time and bbye~