Sunday, December 26, 2010

Good Bye 2010, Welcome 2011

Assalamualaikum...

Tahun 2010 tinggal beberapa hari saja lagi. Kalau nak difikir-fikirkan, tahun 2010 memang banyak kenangannya. Bagi sesetengah orang, tahun ini mungkin bukan tahun terbaik mereka. Tapi bagi aku secara peribadi, tahun ini merupakan satu tahun yang penuh dengan kegembiraan, penuh harapan dan penuh dengan pengakhiran yang menyenangkan. Kalau nak diikutkan, terlalu banyak perkara untuk dicoretkan disini. Tapi biarlah. Bukan semua perkara perlu kita kongsikan dengan orang lain. Adakalanya, kita perlu jadi penyimpan. Penyimpan rahsia sendiri, agar segala yang buruk dan tercela di sana sini tidak kelihatan. Maklumlah, kita ini hanya manusia biasa. Mana mungkin manusia biasa mampu jadi sesempurna nabi. Itulah yang selalu aku fikirkan. 

Human make mistakes. Dari kesilapanlah kita belajar mengenal dan memperbaiki kelemahan diri sendiri. Samalah juga halnya dengan azam. Aku tahu mesti ramai kan yang membuat azam sempena tahun baru. Aku pun sama. Tiap-tiap tahun pun berazam tapi akhirnya masih banyak lagi azam yang tertunggak. Itu perkara biasa. Bagi aku, azam menjadikan kita lebih bersemangat untuk menjalani kehidupan pada masa hadapan. Dengan berazam, kita sebenarnya telah menetapkan satu matlamat dan sasaran hidup. Dengan berazam, kita boleh membuat perancangan dengan sebaik-baiknya. Cuma manusia ini hanya mampu merancang, selebihnya kita serahkanlah kepada Yang Maha Esa. Ok, rasanya cukup-cukup lah kot aku membebel pasal azam. Sekarang nie nak cerita pulak tentang corat-coret yang berlaku sepanjang tahun 2010. Harapannya, biarlah tahun 2011 yang bakal mendatang nanti akan menjadi tahun yang penuh barakah juga. Amin. Amin. Itu doaku.

Kalau nak dikira dari awal tahun, rasanya memang berjela-jela lah entri nie nanti. Tapi untuk memudahkan para pembaca sekalian, aku akan buat entri ini seringkas yang mungkin. Sekadar mengambil beberapa peristiwa yang aku rasakan sangat bermakna sahaja. Tahun ini menyaksikan aku menginjak ke usia 23 tahun. Satu peringkat umur yang aku rasakan aku perlu jadi manusia yang lebih matang. Bukanlah bermaksud selama ini aku bersikap keanak-anakan dan seumpamanya, cuma dalam beberapa perkara aku seolah-olah tewas dengan emosi dan perasaan sendiri. Aku akui dalam banyak hal, ego ku melebihi segala-galanya. Inilah masalah yang cuba aku bendung. Bukan untuk tahun hadapan, tapi pada saat ini dan ketika ini juga, akan aku elakkan. Aku sedar yang ego takkan membawa aku ke mana-mana. Ego hanya dapat memuaskan hatiku untuk beberapa ketika, tapi kemudian penyesalan juga yang datang bertimpa-timpa. I have learnt a lesson. So, ego, gud bye!

Tahun ini juga menyaksikan aku berada pada tahun akhir pengajian. Memang seronok rasanya hidup bergelar seorang siswi. Tak perlu fikir masalah lain. Hanya fokus pada belajar, belajar dan belajar. Sememangnya aku sangat-sangat menikmati dan menghargai hidup sebagi seorang pelajar. Pengalaman yang dilalui bersama kawan-kawan memang satu anugerah. Sepanjang tahun ini, memang kami tiada melancong ke luar negara seperti biasa. Itu pun kerana jadual belajar dan praktikum yang padat di tambah pula dengan proses MQA yang tak sudah-sudah. Tapi kami gantikan dengan pengalaman yang bermakna juga. Berkelah di sungai yang alamak! aku dah lupa namanya juga umpama satu anugerah. Ke Melaka berkonvoi juga sudah lebih daripada cukup. Tambah lagi dengan malam annual dinner yang bagi aku cukup-cukup bermakna membuatkan aku rasa, tahun 2010 memang mewarnai hari-hariku sebagai seorang mahasiswa.

Tidak cukup dengan itu, diari cinta juga semakin berbunga-bunga. Tahun ini genap usia 2 tahun setengah percintaan kami. Sungguhpun cinta yang terjalin dipisahkan dengan laut dan jarak waktu, namun sehingga saat ini ia masih mekar dan terjalin indah. Itu semua berkat doa, sabar dan saling bertolak ansur yang kami amalkan dalam semua perkara. Sememangnya si dia perkara terindah yang berlaku dalam hidupku. Kalau tiada aral melintang, hubungan ini akan melangkah ke satu tahap yang lebih serius pada tahun hadapan. Insya-Allah. Doa-doakan lah kami yer!

Akhir sekali, tahun 2010 juga menyaksikan aku sudah punya blog sendiri. Inilah salah satu impian yang tertanam sejak sekian lama. Azam yang berkurun-kurun lamanya dan baru dapat disempurnakan pada tahun ini. Satu-satunya blog yang aku ada dan mempunyai url sendiri. Blog yang umpama kawan saat suka dan duka. Ini lah satu-satunya blog yang aku cinta. Blog yang banyak memberi aku motivasi untuk terus menulis dan berkongsi dengan orang lain. Terima kasih 2010. 

Good Bye 2010, Welcome 2011. Kita tutup buku lama. Mari buka lembaran baru! Happy New Year semua!





3 comments:

  1. ainul, thanx eh follow yana..
    btw, betul ke 27 akan dapat tau posting?
    kalau btl alhamdulillah...
    ipg mane eh?

    ReplyDelete
  2. :) hope sumanya bakal berjalan lancar spt yg kita rancangkan love u SWEETY :D

    ReplyDelete