Friday, July 22, 2011

Meja Rezeki

Sedar tak sedar lagi seminggu umat Islam akan menyambut Ramadhan. Tahun nie Ramadhan aku berlainan sedikit. Kalau tahun-tahun sebelum nie, bersahur dan berpuasa dengan kawan-kawan, tapi Ramadhan tahun ini aku berpuasa dengan keluarga. Begitupun aku tetap bersyukur.

Bersahur dan berpuasa dengan kawan-kawan banyak kenangannya. Berbuka dan bersahur bersama-sama adalah momen paling indah dalam hidup aku sepanjang bergelar student IPG. Dulu-dulu kan kitorang duduk menyewa. Jadi kadang-kadang, sahur memang tak menentu. Kalau rajin kitorang masaklah. Kalau tak, telan air kosong je la pagi-pagi.

Bila diingat-ingat, memang terasa rindu. Apapun, semua kenangan itu hanyalah nostalgia yang hanya mampu dikenang tapi tak mampu diulang. Kalaupun berulang, situasinya pasti berbeda kerana kita tak akan mampu untuk memutar kembali waktu.

KISAH MEJA REZEKI & KUIH RAYA

Haha. Cerita yang satu nie memang kelakar. Senang cerita ini kisah tempat kerja la. Sekolah yang aku mengajar sekarang. 

Nak dijadikan cerita, aku nie masa mula-mula masuk sekolah tu memang hidup merempat la atau dengan kata lain, tak ada tempat. Maklumlah, sekolah tin sardin. Duduk pun berhimpit-himpit dan berkongsi. 

Tup tup lepas dapat gaji pertama, aku decide untuk cari tempat sendiri dan beli meja guna duit sendiri. Aku pun memang dah aim dah satu tempat nie. Tempat yang aku aim nie memang agak kecik, tapi nak buat macam mana, biarlah kecil asalkan ada tempat sendiri. Kiranya, aku memang redha lah dapat tempat sekangkang kera tu.

Tapi masalahnya, tempat yang aku duduk sekarang, memang selalu jadi port tempat meletak barang. Tak kiralah, makanan ker, kain-kain ker, tupperware ker, memang semua orang hangkut letak kat meja aku. Dah aku yang pilih nak landing kat situ, nak tak nak kena terima je lah. Lagi-lagi time port luck. Memang meja aku tu jadi meja rezeki lah senang cerita. Huhu.

So, ceritanya, dalam 2-3 minggu lepas, cikgu-cikgu nie dah pakat-pakat sibuk dok jual kuih raya la, kain raya la, tupperware raya la kat meja aku. Aku pun tak kata apa la. Ye lah kan. Dah biasa. Alah bisa tegal biasa. 

Jadi aku pun tengok je la. Tapi dalam hati tu ada gak terdetik, kalau aku letak barang nie agak-agak boleh jual tak? Sebab aku tengok based on cikgu-cikgu yang dah letak kuih sebelum nie, kadang-kadang kuih sample semua habis tapi tak de pun orang nak order ke hape. Aku dah cuak. Kiranya, hasrat nak menjual tu terbantut begitu saja.

Tapi minggu lepas, mak aku cadangkan aku cuba la jual popia pintal yang pada aku memang sedap sedunia lah. Aku pun dalam hati dah berbelah bahagi. Tapi aku cuba positifkan diri. Kalau ada rezeki ada lah. Kalau tak pun, tak pe. So, berbekalkan sisa-sisa semangat dan keyakinan senipis kulit bawang, aku pun redah je la. Pejam mata and letak je sample popia atas meja. Kebetulan pulak, aku ada meeting SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan ke hape tah namanya!). 

Balik jer dari meeting, tengok-tengok agak ramai gak yang order. Aku memang senyum lah... Tak sangka pulak masin mulut aku dok kata meja tu meja rezeki. Tup tup alhamdullillah. Memang rezeki aku. 

Terima kasih la kepada yang dah order. Seronok sebenarnya berbisnes nie kan? Dapat gak duit poket buat belanja raya. Apapun thank you dan begitulah ceritanya.... heheheheheh. Sori lah tak benda nak ngarut. hehehe....

Kbhai!









Tuesday, May 17, 2011

Saturday, April 16, 2011

Selamat Pulang

Assalamualaikum..

Alhamdullillah. Akhirnya dapat pulang dengan selamat. Syukur! Rindu rumah, rindu katil, rindu mak abah sebenarnya. Walaupun nyaman rasanya tidur di hotel, tapi sebenarnya nyaman lagi tidur di rumah sendiri. Ececeh.

Empat hari berkursus di Pulau Pangkor sememangnya pengalaman yang indah. Lebih indah dari itu, kami melalui mini gathering sebenarnya. Bukan apa, daripada 6 orang yang dapat posting Selangor, lima orang terpilih untuk mengikut Kursus Orientasi Guru Baru di Pulau Pangkor. Memang la best sebab dapat jumpa geng-geng lama plus dapat jumpa kawan baru yang sekepala. hehehe.

Tapi empat hari di Pangkor, satu gambar pun aku tak tangkap. Tak tahu kenapa. Mungkin kali nie, nak bagi peluang kat diri sendiri berehat panjang apatah lagi to enjoy the moment. So, no picca!

Masa empat hari di Pangkor, macam-macam aktiviti yang kami buat. Shopping tu jangan cerita la. Nak-nak orang perempuan kan? Macam-macam kerepek ikan,sotong kering, ikan bilis mata biru dan satay aku borong walaupun belum bergaji. Tujuannya, nak bagi kat mak, sekolah dan kakak-kakak kerani.

Mula-mula tu rasa rugi jugak beli banyak-banyak. Tapi bila fikir-fikir balik, tak rugi pun memberi kalau tujuannya untuk merapatkan silaturrahim. Semoga lebih kukuh dah utuh selepas ini. Kemudian, kami sempat pergi snorkelling dan ada yang naik banana boat. Memang happening sangat berkursus di Pangkor.

Lebih daripada itu, aku jadi lebih aware dengan perkembangan semasa. Dalam kursus itu, aku dapat mengetahui serba-sedikit syarat-syarat pengesahan jawatan dan apa yang patut aku lakukan selepas ini. Daripada kursus itu juga, kami diajar untuk menjadi insan pendidik yang gemilang. Bukan setakat pandai mengajar tapi perlu jadi lebih bertanggungjawab dengan masa, perbuatan dan tingkahlaku.

Bukan senang sebenarnya untuk jadi seorang guru. Apa lagi cikgu sekolah rendah. Setiap inci perbuatan, percakapan, dan pandangan kita, akan ditiru, diikuti dan digunapakai oleh murid-murid. Kalau silap ajaran, maka sesatlah murid-murid nanti.

Insya-Allah kalau ada masa nanti, aku akan kongsikan juga gambar-gambar semasa di Pangkor daripada kawan-kawan yang lain. Jadi, nantikan. Insya-Allah.

Sekian, selamat malam







Sunday, April 10, 2011

GURU O GURU

Assalamualaikum. Hai hai.

Lama tak update blog. Dah bersarang, dah berhabuk. Semua pun ada. Tak kisah la kan. Janji ada jugak post baru. Adatlah kan. Orang bekerja memang macam ni. Selalu busy body.

Minggu ini sibuk dengan kelas dan kelas ganti. Minggu depan pulak empat hari kena pergi berkursus di Pulau Pangkor. Program Orientasi Guru Baru. Huh! Sungguhpun nampak macam percutian di pantai nan indah, tapi RPH tetap kena tulis. Bahan bantu mengajar tetap kena sediakan dan worksheets mesti kena bagi kat guru ganti by hari Isnin. Penat memang penat.

Tapi nak buat macam mana. Sesungguhnya dunia orang bekerjaya itu lebih sukar daripada yang belajar. Ececeh. Padahal masa study dulu, sibuk sangat nak kerja nak pegang duit bagai. Sekarang, nah amik kau! Tapi tak pe. Dalam mengeluh pun, aku memang suka dengan tugas-tugas nie. Maklumlah, dari dulu lagi memang nak jadi cikgu. Jadi, aku tak pernah membayangkan diri aku dalam pekerjaan lain melainkan seorang guru.

Tiba-tiba teringat kata-kata Usman Awang dalam bait-bait puisinya yang berbunyi:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Friday, April 1, 2011

Tiada Daya

Hari ni rasa terharu dan tersentap sedikit apabila Kak Pian ucapkan kata-kata berikut sewaktu kami meraikan hari persaraan beliau. Katanya:

Dalam hidup ini, kita perlu banyak bersabar dan berzikir. Ucapkanlah  La Haula Wala Quwwata Illa Billah apabila kita rasa tidak berdaya dan tidak berupaya melakukan sesuatu kerja. Sesungguhnya tiada daya dengan upaya melainkan dengan izin Allah (maksud zikir diatas). 

Lalu, teringat insiden yang berlaku semalam. Sewaktu dalam kereta, aku ada membaca zikir tersebut walau hanya sekelumit. Tak ada niat. Hanya tersebut secara spontan tatkala hati runsing memikirkan peristiwa yang berlaku.

Hari ini terima satu kiriman sms. Kata-kata yang terkandung sedikit sebanyak  melegakan hati tapi masih menimbulkan sedikit tanda tanya. Tak mengapa. Aku tak nak berprasangka kerana prasangka itu datangnya daripada syaitan yang berniat memecahbelahkan manusia. Apapun, terima kasih.

Harap tidak berlaku lagi insiden seumpama ini pada lain waktu. Andaikata saya yang bersalah, maaf jua saya hulurkan.

Motivasi:
1. Berusaha untuk menjadi guru yang lebih baik pada masa akan datang. Insya-Allah.

Wednesday, March 23, 2011

Sebelah Mata

Sebelum aku blog pasal mende nie, actually dah dua tiga kali gak aku fikir. Fikir nak tulis ker tak nak tulis. Nak tulis kerana ia melibatkan perasaan dan mengganggu ketenteram hatiku. Tak nak tulis sebab takut apa yang aku akan luahkan ini menyinggung sensitiviti sesetengah pihak. Tapi, kalau aku tak luahkan dari sekarang, mahu bernanah jugak la hati nie dengan tanggapan-tanggapan orang yang sebegitu. Jadi dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, aku pun tulis entri nie, dengan harapan terlerai sikit segala kekusutan di hati

Perkara yang aku nak tulis nie mungkin kelihatan agak emo dari sudut pandangan korang. Tapi, peduli hape aku? Bukan kau yang kena! Jadi kau tau ker apa yang aku rasa????  Takkan??*emo disitu*....Haa... memang la aku emo bila orang sekeliling aku semua nak emo. Kalau nak emo-emo sangat apa kata kita buat hari EMO sedunia. Baru bestkan bila dapat sambut ramai2! (Kan emo lagi!)

Kalau nak ikutkan emosi aku nie, dari mula-mula lagi rasa nak bengkeng dengan orang itu! Macam sibet aja perangai kau. Sombong tak bertempat. Mentang-mentang la aku pergi sekolah tu pakai baju biasa2 jer (baju sukan), kau pun pandang aku macam tak da mata. Ye la, budak kecik macam aku nie mana layak berurusan dengan kau! 

Tapi bila mengenangkan sabar itu kan lebih baik, aku tak jadi la nak bengkeng-bengkeng sangat! Karang kalau aku tunjuk perangai benkeng aku, mahu terkedu kau di situ! Lagi pun i nie kan teacher yang baik, malas la nak wat drama bagai.

Actually peristiwa beremosi nie, berlaku di sekolah adik aku dan melibatkan salah seorang kakitangan  sekolah yang tidak beretika dan tak mesra pelanggan. Ye la, aku nie kan bertubuh kecik, so, senang-senang la dia anggap aku nie macam budak-budak sekolah yang boleh dianggap picisan dan tidak perlu dilayan dengan baik.

Tapi bila hari nie, aku datang sekali lagi untuk ambil dokumen dan lengkap berpakaian formal serta ber'name' tag, tau pulak dia tanya, 'Cikgu ker?' . 'Haah...' jawab aku dalam nada yang bersopan santun dan penuh keayuan sambil tersenyum mesra. Tahu pulak kau nak cakap baik-baik sikit hari nie. Tu la, lain kali jangan la pandang orang sebelah mata.

Bak kat Pak Pandir:

Ada mata pandang, Ada telinga dengar, Ada otak pakai!!!!

Dah la!
Nak Cabuttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!!

Saturday, March 19, 2011

MENUJU PUNCAK!

Entri ini berkisar tentang majlis konvokesyen IPG-KPM tahun 2011.



Alhamdullillah. Bersamaan 17 Mac 2011 iaitu pada hari Khamis, maka, aku dengan rasminya telah bergelar graduan IPG. Akhirnya, setelah berhempas pulas selama hampir 5 tahun setengah, diiring doa restu mak abah, sokongan daripada orang-orang tersayang, rakan-rakan dan berkat tunjuk ajar daripada para pensyarah, akhirnya aku berjaya graduate dengan cemerlang. Memanglah harapan tu kalau boleh nak dapat ijazah kelas pertama tapi apakan daya. Hanya mampu memperoleh Ijazah Kelas Kedua Atas. Tapi apa pun, aku yakin inilah rezeki aku, setimpallah dengan usaha dan jerih payah aku selama bergelar pelajar di IPG.

Kalau nak diikutkan, masa belajar di IPG dulu aku memang jenis serius. Serius tak bermakna muka aku berkerut jer 24 jam. Tapi, serius dalam konteks kalau buat apa-apa pun mesti bagi yang terbaik. Tak kiralah exam ker, presentation ker atau pun assignment. Mesti aku akan teliti dulu kerja tue satu persatu. Bukanlah aku nie jenis cerewet ker atau perfectionist sangat, tapi memang prinsip kerja aku dah alang-alang buat kerja biar sampai jadi sempurna. Hasilnya nanti, memang kita sendiri yang akan puas hati. hehe.

Walaupun majlis konvokesyen dah beberapa hari berlalu tapi memang aku masih teringat lagi keindahannya. Semua yang hadir, aku tengok penuh dengan wajah berseri-seri. Biasalah, bila kejayaan yang kita capai, dirai dan dikongsi bersama keluarga  dan yang tersayang, kejayaan tu akan terasa lebih bermakna. Cuma aku rasa terkilan sikit sebab tak dapat jumpa semua kawan-kawan dari IPG IPOH. Nak buat macam mana kan? Semua pun sibuk dengan keluarga dan urusan masing-masing.

Apapun, tahniah untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang telah sama-sama graduate pada hari konvokesyen yang lalu. Tahniah jugak untuk rakan blog saya NURUL ILLIANA HIDAYAH sebab berjaya mendapat penerima anugerah ko-ko. Cayalah Yana!

Nie serba sedikit corat-coret sewaktu raptai konvokesyen




bersama kawan-kawan


taklimat raptai konvokesyen 
nie pulak corat-coret sepanjang konvokesyen

Sebelum pakai jubah kena pose dulu. phewitt! cantiknya baju konvo saya! Lempang sedas!

 Selepas memakai jubah seperti preggy mom 5 month!


 My dearest friends: Wajah yang cemerlang dan berseri-seri.

  ehem!
 ehem2! i like the flowers!

 sumber kekuatan dan inspirasi

 thank you Allah for giving me all these glorious, happiness, success and bless!



Sekian. Wassallam.









Saturday, March 5, 2011

Alahai, Hensemnya Boyfriend I Yang Satu Nie! Awwww!

Semalam, Encik Boyfriend yang super duper comel lagi kacak bergaya telah selamat sampai ke rumah. Wah wah... Pertama kali kami bertentang mata, terus terang aku katakan yang aku sangat jatuh cinta kepadanya. Si dia sangat gagah, sangat kacak lagi rupawan. Pertemuan pertama kami tak lain tak bukan adalah di sebuah kedai yang terletak tak berapa jauh dari rumahku.

Cinta kami pada awalnya dihalang oleh Abah. Abah aku beranggapan sekiranya aku bersama si dia, sudah pasti aku akan melupakan kekasih lamaku serta tidak mempedulikannya lagi. Namun setelah diterangkan keadaan yang sebenar dan berkat sokongan daripada emak dan juga tok, maka, pada tanggal 4 Mac 2011, si dia dengan rasminya telah menjadi milikku.

Syukur, alhamdullillah. Aku sangat mencintai dan menyayanginya dengan sepenuh hati. Akan ku tatang dan jagai si dia bagai minyak yang penuh. Dia harta pertamaku dan aku akan sentiasa melakukan yang terbaik serta berusaha untuk tidak menyakiti si dia tersayang.. Percayalah sayangku...

Hoho... Jiwang tak jiwang tak? Kalau nak tau inilah dia buah hati yang aku maksudkan itu...



kereta comel untuk orang comel aje. Hehe...



Number Plat pun kena comel gak:  Orang Cina kata number nie manyak 'ong' ma...

Actually buah hati I nie dah sampai lebih kurang 3 minggu yang lalu, tapi disebabkan menanti nombor plat yang tak kunjung tiba dan nombor yang diminta pun dah 3 kali kena nombor tender, maka, keputusan telah dibuat. I tak nak nombor plat 1901 itu.

I nak proceed jer dengan apa-apa nombor. Tapi aku pun senaraikan jugaklah nombor-nombor yang aku nak tue. Alih-alih dapat nombor ini. Tapi syukurlah sebab nombor nie hanya bid sekali sahaja dan akhirnya jadi kepunyaanku yang sah.

Kalau nak tau makan, pakai dan sewa bulan-bulan boyfriend I nie ditaja sepenuhnya oleh I. Kecuali downpayment sahaja, mak, abah dan tok bermurah hati nak sponsor. Yang lain I bayar sendiri taw! Jangan nak pandai-pandai sebar cerita puaka yang I nie dibela sugar daddy pulak. I cili nanti mulut-mulut puaka yang mengeji tu baru tau!

Ini pun berkat aku menyimpan selama hampir 12 tahun. Lepas la kalau nak bayar untuk 3 bulan terus walaupun aku belum bergaji. Haha.. Silalah jeles kalau rasa nak jeles. Jangan segan-segan.

Dah. Babai.






Monday, February 28, 2011

Dengan Ini Saya Terima Tugasnya Sebagai Bendahari Kehormat PIBG Sekolah!


Waaa... Mau tak meraung aku hari nie. Masuk-masuk sekolah jer, semua orang pakat dok cakap tahniah sebab aku jadi bendahari kehormat PIBG sekolah bagi tahun 2011/12. Sebenarnya, hari Sabtu lepas sekolah aku ada majlis anugerah kecemerlangan dan mesyuarat PIBG. Tapi aku tak dapat menghadirkan diri hingga tamat majlis sebab balik kampung. Jadi chow awal.

Tup tup hari ni dapat berita 'gembira' yang aku jadi bendahari kehormat PIBG sekolah. Rasa 'seronok' sangat sampai nak lompat bintang 100 ribu kali. Huhu... Plus rasa macam nak terjum bagunan sekolah tu dua tiga kali. Tapi.. ehem... ada tapinya... sri kandi melayu memang pantang menyerah kalah. Ewah. Nahi nahi nahi nahi... Wadehel! Apa ada kisah! Bring it on babeh!



Tapi, bila memikirkan yang aku nie memang ada phobia dengan duit  maka terus jadi kecut perut. Bukan apa, aku nie bukannnya orang yang suka kan details. Maksudnya, I hate juggling with numbers and everything. Walaupun aku nie budak degree course Math tapi bab duit nie memang tobat nasuha tak berani pegang! Sebab ianya  suatu amanah.

Takut la nanti tiba-tiba, terlalai ker, terleka ker dan terguna untuk shopping ke hape. Ops! Ha.. Kan bahaya...Tapi tak pe lah. Bila memikirkan ini adalah amanah dan kepercayaan yang dipertanggungjawabkan sekolah, maka aku tak jadi lah nak buat memorandum dan surat bantahan kepada pihak sekolah.

Maka, dengan ini  saya terima tugasnya sebagai bendahari kehormat sekolah bagi tahun 2011/12. Harapannya, biarlah nanti aku akan pandai organize money dengan sebaik-baiknya.

Teringat kata-kata ustazah zaman sekolah dulu,

Salah satu ciri-ciri orang munafik ialah mereka yang tidak mejalankan AMANAH.
Yang pasti, aku tak mahu jadi munafik.

Dah. Babai.






Sunday, February 27, 2011

Semalam, Hari Ini dan Esok

Semalam ialah sejarah yang tidak boleh dipinda. Esok adalah khayalan yang belum nyata. Hari ini adalah penentu siapa kita.


Dah. Babai.

Friday, February 25, 2011

Kau Memang Bosan!

Alhamdullillah. Hari nie semua borang-borang berkaitan surat tawaran telah berjaya disettelkan dengan jayanya. Walaupun aku terlambat sikit nak hantar borang tu berbanding kawan-kawan yang lain tapi akhirnya siap jugak  dalam masa yang ditetapkan . Bukan per, gua busy der.... Even baru masuk sekolah 3 minggu tapi macam-macam tugas dah kena buat. 

Lagi pulak sekolah petang, terasa masa begitu suntuk. Ok lah. Malas la nak cerita pasal sekolah dah. Hari nie nak update serba sedikit perkara yang mendebarkan untuk bulan yang akan datang.

Perkara 1 : Kata orang, benda comel untuk orang comel aja. Hahaha. Nak tau apa dia. Tunggu la minggu depan. Tak sabarnya nak tengok kamu wahai cik yang super comel!

Perkara 2 : Konvokesyen 15 - 18 Mac 2011. Course aku (Matematik) kena sidang 3. Tak silap, 17hb Mac. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan kelas yang dirindui selalu.

Perkara 3: Setelah 8 bulan tidak ketemu, akhirnya si dia akan datang berjumpa keluarga secara serius. Ye la, bercinta pun dah masuk tahun ketiga. Apa lagi yang kami nak tunggu. Semoga Allah permudahkan semua urusan.


Akhir-akhir nie mood berblogging pun semakin kurang. Terasa jugak entri-entri aku makin hari makin membosankan. Entah la. Mungkin sebab kehidupan aku yang agak statik tanpa dihiasi warna-warni sangat. Apa-apa pun,

This is my life. I can not leave it. Just deal with it!

Dah. Babai. Esok nak kena sekolah lagi!

Sunday, February 20, 2011

Rasa Cool Dapat Update Malam-Malam Begini!

Assalamualaikum...

Alahai, sejak-sejak dah kerja nie memang jarang la aku dapat update baby blog tersayang nie. Bukan apa, busy der.. Sekolah aku tu suasana kerja dia agak cool, cikgu-cikgu pun baik-baik belaka. Cuma, aku la yang masih malu-malu kucing and tak berani nak keluarkan 'ekor' lagi. Hehehe. Tak pe... Tak pe... Kau tunggu la sebulan dua lagi... Baru tau siapa Ainul Syariha yang sebenarnya... Kui kui kui..

Kalau kat sekolah, aku nie English Teacher tau tak? Mula-mula dulu rasa sedih la jugak sebab tak dapat mengajar Mathematics, tapi, dah lama-lama nie, rasa seronok la pulak mengajar English. Enjoy jer and budak-budak pun suka ngan teacher dia yang comel nie... hehe (perasan).

Yang paling penting, bila dah kerja nie kena banyak ikhlas hati dan diri. Maksud aku, memang penat bila kena datang kerja hari Sabtu. Nak-nak pulak tiga minggu berturut-turut. Tapi, kalau kita ikhlaskan diri, kerja pun rasa mudah and tak tension langsung. Tak macam praktikum dulu. Serius la aku cakap, time praktikum dulu, rasa teramat la busy dan membebankan.

Lagi satu bila dah kerja nie enviroment dia lain sikit. Bila kat sekolah, kita kena pandai bawak diri dan hormatkan cikgu-cikgu yang lebih senior daripada kita. Tak boleh nak buat-buat pandai dan kena rajin bertanya. Yang penting, jangan show off sangat la. Buat biasa-biasa aja walaupun kau memang pandai dalam sesuatu bidang tu. Sebab nanti kalau kita terlampau show off, alamatnya semua kerja kita yang kena buat. Sebab tu lah, tension jadinya.

Rasanya, itulah serba sedikit pelajaran yang dapat aku kongsikan sepanjang 2 minggu berada di sekolah. Hopefully, lepas nie boleh kenal dengan ramai lagi cikgu-cikgu yang baik hati di sekolah tu...

Moral of the lesson hari ini : 

~ Sentiasa merendah diri. Ikutlah resmi padi. Makin tunduk makin berisi.



Padah posting dekat-dekat umah. Makin hari makin tembun.






Friday, February 11, 2011

Kalau Nak Melawak, Nak Menegur Pun Agak-agaklah...


Peristiwa nie berlaku 3 hari lepas. Maksudnya, hari Selasa. Hari kedua aku masuk sekolah tapi hari pertama di sesi petang. So, macam biasalah pergi sekolah mesti bersemangat waja kan? Nak dijadikan cerita, kebetulan  hari tu jugak kitorang  ada mesyuarat KSSR. So, semua guru tahun 1 termasuklah aku, diwajibkan untuk hadir meeting tersebut.

Masa tengah meeting tu aku rasa tak sedap badan. Tiba-tiba aje tengkuk nie rasa berat semacam. Sakit yang amat kat belah kanan nie. Tapi aku agak, mungkin semalam aku tidur lasak sangat kot, pasal tu la sampai terteleng sikit tengkuk nie. Tapi tak pe lah, esok lusa hilang la tuh....huhu..

Habis jer mesyuarat, aku pun pusing-pusing la keliling sekolah mencari kerusi dan meja. Maklumlah, sekolah padat macam tin sardin. Susah la nak dapat tempat. Terpaksa la duduk berkongsi meja dengan cikgu-cikgu sesi pagi buat sementara waktu. 

Pusing punya pusing, sampai sesat jugak lah aku kat sekolah tu, kerusi meja tetap tak jumpa. Tah mana-mana kawasan ntah yang aku redah. Tapi masa pusing-pusing sekolah tuh, aku dah rasa lain macam. Tak pasal-pasal jer badan rasa seram sejuk. Aku yang sihat walafiat nie tiba-tiba jer rasa nak demam and terus rasa tak bermaya.

Bila masuk kelas, lagi lah rasa nak demam. Tengok muka budak-budak rasa macam nak telan je diorang satu-satu. Tak tahu lah apa yang membelenggu aku sangat hari tu. Tapi, yang aku tau setiap saat pun aku dok tengok jam, bilalah nak balik. Paling malang sekali hari itu, kunci dalam kereta pulak patah tiba-tiba and alarm kereta  tak henti-henti berbunyi tanpa sebab masa nak balik. Memang hangin betul lah hari tuh.

Sampai jer rumah dah masuk waktu Maghrib. Bunyi jer azan, aku terus demam dengan teruknya....


Erm... Kata mak:

~ Biasalah tempat baru. ada la tu yang nak "menegur".... 



Tok kata :

~ Syaitan... sifat dia memang la hangat... panas....


Aku?

~Wallahualam.

Sunday, February 6, 2011

Hari Bersejarah Aku Beb!

Seminggu tak tulis blog, otak pun dah jadi beku. Idea bagaikan tersekat di celah-celah gigi. Tidak mencurah-curah ke ladang gandum seperti biasa. Alahai, apa yang aku nak tulis nie... =(

By the way, esok aku akan mula melapor diri di SK Taman Rakan, Sg. Long, Kajang. Alhamdullilah. Ini pun salah satu rezeki daripada Allah. Tak pernah pun terfikir akan dipostingkan dekat-dekat dengan rumah. Sebenarnya, masa isi borang posting dulu, aku mintak Putrajaya. Konon macam high class la sikit. Sekolah pun cantik and baru-baru. Tapi disebabkan nawaitu tak baik, maka posting lah aku di Sg. Long, Kajang aje.

Tapi pun, dekat dengan rumah. Senang nak berulang-alik. Lebih kurang 15 minit perjalanan dengan kereta. Tol pun tak mahal. Dalam seringgit jer. Hekeleh! Berlagak kan aku nie. Hehe.

Apa pun, penantian esok hari memang mendebarkan. Bukan aku tak biasa masuk sekolah, tapi ini kali pertama aku menjejakkan kaki seorang diri kala melapor diri. Biasanya, ada kawan-kawan. Tapi kali nie, agak pilu sikit pasal semua pun kena uruskan sendiri. Bersabarlah! Chayokz Ainul!

Anyway, doakan aku diterima baik di SK Taman Rakan tu yer. Doakan yang baik-baik je taw. Untuk esok aku tak tau lagi nak pakai baju apa. Kalau boleh nak pakai baju yang cantik tapi simple, supaya orang tengok aku nie sweet and humble sahaja.  Tak der la nanti di 'cop' berlagak and show off pulak. 

Ye la, aku cakap berdasarkan pengalaman. Kalau kau pernah pergi praktikum, mesti kau tau adat dan pantang larang bila pertama kali masuk sekolah. So far, rekod aku memang baik lah dimana-mana sekolah pun. Harap perkara yang sama juga, di sekolah baru nanti.

So, wish me luck! Babai.


Ada gaya cikgu tak?

Saturday, February 5, 2011

Macam Taik Ayam!

Macam Taik Ayam lah blog aku sekarang. Sana sini alter macam tak kena jer. Bila ubah header, body post pulak lari.. Bila tukar template pun buruk semacam jer... Ada tak sapa-sapa tak kat sini yang pandai makeover blog? Please please please. Aku memang tak da mood sangat-sangat nak menulis di atas blog yang serabai mambai nie. Tak lalu aku! Uweks!


Dah. Babai.

Thursday, January 27, 2011

Betul Ker...

... dah boleh check result posting? Hari ni, heboh kat wall PISMP IPG 2007 yang katanya penempatan sekolah sudah boleh diketahui. Tapi aku malas la nak check lagi sebab takut kecewa.

Kalau nak tau, cuba call Bahagian Penempatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Nombornya:

0388830649

Kalau dah tau, jangan lupa share kat sini. Manalah tau kot-kot satu sekolah. hehe.

Wednesday, January 26, 2011

Bila Cikgu Math Mula Melukis

Assalamualaikum...

Tadi petang, masa aku dok layan Facebook, tiba-tiba aku dapat panggilan telefon dari KCM (Kelas Cikgu Mariam) yang mintak aku untuk ganti kelas malam nie. Memandangkan aku pun tak der buat apa, maka, tawaran itu aku terima dengan rela hati.

Kelas yang aku ganti malam nie ialah kelas Matematik dan Bahasa Melayu untuk Tahun 1. Kalau nak diikutkan, aku memang tak ada masalah nak ajar budak-budak nie. Cuma, sekarang nie kat tempat aku mengajar tu tengah musim ujian, jadi nak tak nak terpaksa la aku set kan soalan untuk budak-budak nie. 

Disebabkan aku tak tau diorang dah belajar setakat mana, maka, soalan pun digubal secara hentam keromo. Lantaklah! Siapa suruh diorang tak inform aku awal-awal pasal kelas ganti nie. 

Untuk matematik, aku memang tak ada masalah nak cari koleksi soalan memandangkan, buku-buku rujukan masa praktikum dulu memang banyak. Tapi, masalahnya ialah Bahasa Melayu nie.... Buku rujukan langsung tak ada. Lagipun, aku tak tahu nak korek soalan kat mana sebab lagi 3 jam kelas nak mula.

Nasib la ada internet kesayangan nie. Terus aku Google untuk cari koleksi bank soalan Bahasa Melayu. Tup tup jumpa! Alhamdullilah. Tapi yang masalahnya ialah kebanyakan soalan nie tak bergambar. 

Jenuhla aku fikir macam mana nak buat soalan dengan cepat,pantas lagi effisyen. Last-last, aku decide untuk lukis sendiri jer memandangkan aku dah tak de masa nak mengedit-edit gambar ni pasal nanti tulisan dia semua lari. Buang masa aku aje!

Dan, jeng jeng jeng....

 soalan asal tidak bergambar

telah menjadi
.
.
.
.
.
.

soalan yang digubah

Hehe. Ye ye... Aku sedar! Aku tahu sangat buruk. Tak yah cakap pun dah tahu. Tapi aku sangat bangga sebab ini adalah hasil kerja aku sendiri. Paling penting, budak tak tanya, "Cikgu, ini gambar apa?" hahaha.

Anyway, kelas malam ini sangat mengujakan walaupun budak dua orang itu tersangat nakal dan banyak cakap.






p/s: Kenapalah saya kena ajar Form 1 dan Form 2? Nak ajar budak kecik jer boleh tak? hehe. Anyway, kalau korang jadi Cikgu Seni kan, agak-agaknya lukisan aku tu gred apa ek? hehe...


Thank you for reading this entry!

Sunday, January 23, 2011

Terima Kasih Blogger. Terima Kasih Nuffnang. Bagi Pendapatan RM 12,000 sebulan!!


Huish! Tengok tajuk jer dah buat orang terliur pagi-pagi. Mata terus juling tengok duit ribu riban bagai. RM $$$$$$.Gila kau Nuffnang bagi aku RM 12, 000 sebulan!!! Macam tak percaya jer tapi ini memang benar! Ye la, blogging pun tak sampai setahun jagung, takkan dah cecah RM 12,000?? 

Haruslah! Aku kan blogger tegar. Siang malam cari idea nak naikkan traffic ke blog. Penat-penat aku tulis entri macam-macam, jadi pulangannya mesti la lumayan kan? Setimpal la dengan penat lelah aku selama nie. Hehe. Tapi itu semua hanya mimpi di siang hari. Mesti lah bukan aku. Duit dalam Nuffnang pun baru cecah ribu-ribu sen, ada hati nak dapat ribu-ribu ringgit. 

Tapi dalam era serba canggih dan dunia tanpa sempadan  hari ini, macam-macam boleh berlaku. Semua terletak di hujung jari. Maka, tak hairanlah kalau blogging pun dah jadi salah satu fenomena dan kuasa untuk mendapatkan wang. Tengok je la muka depan Berita Minggu hari ni. Tajuknya Blogger Untung RM1juta



Memang tak dapat dinafikan, blogging sekarang pun dah mampu jana pendapatan sampingan. Tengok je la blogger-blogger otai macam Red MummyBen AshaariFatin Liyana dan sebagainya, (sekadar memetik beberapa nama) mampu jana pendapatan menerusi blogging.

Tapi bagi aku, duit tu hanya sampingan. Sekadar motivasi untuk blogger-blogger baru macam aku ni ha. Yang penting, mesej yang kita nak sampaikan daripada blog. Mesej tu tak semestinya kena penulisan ilmiah. Kadang-kadang dengan menulis sempoi-sempoi pun, orang dah boleh faham dan terinspirasi untuk berubah.

Macam aku, dah start berblogging tak silap tahun 2007. Masa tu aku tak tahu lagi kewujudan Blogger ni. Kebanyakkan karya aku, aku tulis dekat Blog Friendster. Lepas tu, aku berjinak-jinak dengan Blogstar yang cekik duit macam haram jadah tu dan akhir sekali, tahun lepas baru la aku mula daftar dengan Blogger. Alhamdullilah, dengan Blogger ni, harap-harap aku kekal la untuk berblogging sampai bila-bila. 

Yang penting, blog ini aku tulis pakai hati. Apa-apa yang aku rasa nak tulis dan nak kongsi, maka terjadilah entri. Aku memang tak pernah ada nawaitu untuk berblogging semata-mata nak kejar glamour, nak kejar duit atau nak kejar followers. Bagi aku, blogger-blogger yang famous hari ini, dan tinggi trafficnya setiap hari adalah kerana hasil penulisan mereka yang memang betul-betul kreatif, bagus dan mampu menarik khalayak ramai. Maka, tak hairanlah kalau diorang mampu capai macam-macam kejayaan hasil daripada berblog sahaja.

Jadi, amacam? Terinspirasi tak, nak tulis blog dengan lebih baik lagi? hehe. Harap-harap entri aku nie sedikit sebanyak membantu la kawan-kawan yang teringin nak berblog tapi masih ragu-ragu. Moh ler kita berblogging. Selain dapat mengasah bakat menulis dan berkongsi sedikit ilmu, dapat jugak habuan sikit-sikit dari iklan Nuffnang. Sapa tau, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Sekian.


Thank you for reading this entry.








Saturday, January 22, 2011

Ini Kisah Aku. Kalau Nak Baca, Silakan. Tak Nak Baca Boleh Tutup!

Assalamualaikum...

Entri ini ditulis berdasarkan kisah benar dan pengalaman aku sendiri. 

Masa zaman kolej matrikulasi dulu, aku memang selalu datang lambat. Boleh dikatakan hampir setiap hari pun lewat ke kelas. Bukan sebab bangun lambat atau sengaja lewat, tapi aku memang ada satu penyakit iaitu 'lambat bersiap'. Tak kira la berapa awal pun aku bangun, tapi akhirnya aku akan end up dengan datang lewat ke kelas jugak.

Bila masuk maktab, (sekarang dikenali sebagai IPG) peraturannya lain macam sikit. Ertinya, kalau lambat ke kelas, akan kena surat merah. Setiap hari, akan ada sorang pensyarah HEP yang kitorang panggil En. Chumi, akan tunggu dekat laluan nak pergi ke kelas. Kiranya, kalau kau lambat, alamatnya memang kena tahan, kad matriks dirampas and dapat satu 'surat cinta' dari HEP. 



Pertama kali kena tahan, seriously aku rasa macam budak sekolah. Ye la, kata IPG kan. Konon style belajar macam 'U',  tapi peraturan sebijik macam sekolah. Dewan kuliah langsung tak ada. Yang ada pun hanyalah kelas-kelas kecik macam dekat sekolah. 

Paling tak tahan, setiap Jumaat pun kena pergi perhimpunan rasmi. Lepas tu diorang akan buat spotcheck tengok siapa datang ataupun tak. Siapa yang tak datang perhimpunan hari tu memang masak la kau dengan HEP nanti. 

Aku pulak memang tak yah cakap la. Nakal yang amat. Memang selalu la datang lewat. Tapi disebabkan connection baik punya dengan HEP dan kebetulan aku JPP (Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar) pulak time tu, so banyak kali gak la aku terselamat dari kena tahan. hehe. Tapi yang kena tahan pun banyak kali jugak. hehe.

Penyakit lambat bersiap aku nie berlarutan sampai la aku masuk First Year Degree. Tapi lepas tu aku dah mula insaf. Kiranya, dah timbul kesedaran la untuk tak nak datang lewat lagi. Lagi pun, bukan syok pun bila kena tahan nie. Sekali dua boleh la kau rasa 'cool'. Tapi kalau selalu macam menjejaskan imej diri sendiri la pulak.


Sebenarnya, aku sendiri pun tak tahu kenapa aku selalu lewat. Nak kata bangun lambat, memang tak lah. Sebabnya aku memang bangun awal setiap hari. Tapi, aku rasa sebab-sebab berikut mungkin menyumbang kepada masalah aku. 

Pertama, masa mandi. Kalau orang lain mandi dalam masa 15 minit, aku mandi 40 minit. Bagi aku rutin mandi adalah penting dan setiap rutin tidak boleh ditinggalkan. Maksudnya, kalau lambat macam mana sekalipun, tak mungkin aku pergi kelas tak gosok gigi, tak cuci muka dan  tak mandi. Sekarang, kalau mandi pun dah tak lambat macam dulu. Mungkin 20 minit atau kurang dah boleh siap. Tapi still wangi k? haha.


Kedua, masa makeup. Kalau dulu, aku amik setengah jam kot nak mekap tapi sekarang 10 minit pun dah boleh siap. 

Ketiga, masa pakai tudung. Dulu, nak pakai tudung bawal tu memang berjam-jam la aku dok mengadap cermin sakti tu. Tapi sekarang, sarung jer tudung ekspress tak pun shawl crumple, tak sampai 2 minit dah boleh keluar dengan bergayanya! Hoyeah!


Moral of the Story : Masa itu Emas. Gunakan masa sebaik-baiknya.

Azam Tahun Ini : Bersiap Dengan Lebih Cepat lagi!


Thank you for reading this entry!


Wednesday, January 19, 2011

Happy Birthday To Me

Assalamualaikum...

Hari nie, bangun pagi-pagi jer mak dah wish, "Happy Birthday" tapi yang spoilnya siap tanya lagi "yang ke-berapa yer?". Ala mak nie, umur anak sendiri pun tak tahu ker.. hehe. Tak pe, tak pe. Disebabkan mak wish pagi-pagi, maka hati tetap berbunga-bunga.

Semalam, En.Boyfie telefon jauh dari Negeri di Bawah Bayu semata-mata nak wish birthday girlfriend tersayang. Comel tau tak? Siap nyanyi lagi tu... hehe... Suara Dato' H korang memang sedap kalau nak tau. Dah banyak kali orang suruh masuk audition Akademi Fantasia, tapi dia tak nak. Pemalu la katakan.. So, suara yang sedap tu, hanya di salurkan di corong telefon sahaja setiap kali nak pujuk girlfriend dia yang kadang-kadang merajuk dan meroyan tak tentu hala.

Jadi, pada tanggal 19 Januari 2011, maka umur pun telah meningkat ke satu tangga, yang orang kata lebih matang. Alamak, dah 24 tahun rupanya. Tapi syukurlah, sebab muka maitain awet muda. 

Aku sebenarnya, tak kisah pun tentang umur nie, sebab ia hanya suatu angka. Yang penting, cara pembawakan diri kita kena selari dengan usia. Tak boleh la umur dah 24, tapi nak berlagak macam kanak-kanak terencat akal, tak cukup sifat. Terlalu childish. Ataupun nak pot pet pot pet dan bergaya macam la kau wanita 42 tahun. Huh! Tidak tidak!

Jadi sempena hari lahir yang ke-24 ini, aku pun tak de apa-apa special request nak minta dari orang-orang tersayang, cuma rasa bahagia kalau dapat benda-benda berikut:


Chocolate Indulgences from Secret Recipe. This is my favourite cake forever. 



Anna Sui perfume : Rock me

Clinique Moisture Surge Face Spray.
 Inilah satu-satunya koleksi Clinique moisture surge yang aku belum ada.

dan

hadiah misteri dari En. Boyfie. hehe

Sempena hari lahir yang ke-24 ini, rasanya seronok jugak kalau flashback balik kenangan menyambut hari lahir dengan En. Boyfie dan my besties masa ulangtahun kelahiran yang ke-22, dua tahun lepas. 


Kalau tengok balik vidoe nie rasa malu sebenarnya tapi dalam hati gembira sebab dapat sambut dengan kawan-kawan rapat dan yang tersayang. Anyway, Happy 24th Birthday to me! hehe

Thursday, January 13, 2011

Aku, Doktor Gigi dan ...

Sebenarnya, tadi petang aku ada pergi jumpa doktor gigi. Jumpa pun hanya untuk buat pemeriksaan biasa gigi dan 'scaling'. Doktor kata gigi aku, memang tak ada banyak masalah. Hanya ada karang gigi dekat bahagian geraham belakang dan dia nasihatkan aku untuk floss gigi selalu. Selain itu, aku memang tak ada masalah lain macam lubang dan sebagainya.

So, dah alang-alang jumpa doktor gigi yang kacak tapi menakutkan itu, aku pun mintak la dia buatkan 'scaling'. Scaling nie ialah rawatan untuk mengikis plak ataupun kalkulus pada gigi. Kalau nak tau apa dia 'kalkulus' tu, silalah Google untuk image yang lebih jelas. Karang tak pasal-pasal ada jugak yang loya dan muntah hijau kot kalau aku tunjukkan gambar plak gigi tu.

Harga untuk rawatan 'scaling' ni kalau nak diikutkan tak la mahal sangat. Disebabkan aku buat rawatan di klinik swasta, so, bayaran yang dikenakan pun agak berpatutan la. Dalam RM 60 untuk setiap sesi dan sesi rawatan pun berjalan lebih kurang setengah jam bergantung kepada masalah gigi korang.

Lepas tu, aku pun mintak doktor tu buatkan consultation pasal pemakaian braces. Lagipun, aku memang dah lama nak pakai braces sebab ada masalah crowding kat bahagian depan gigi. Cuma sebelum nie, kewangan aku tak berapa mengizinkan. 

Bincang punya bincang, doktor tu cakap kos rawatan untuk buat braces lebih kurang 3k and aku pun kena  buat x-ray dulu sebelum dia boleh putuskan rawatan apa yang paling sesuai untuk gigi aku. 

Tengoklah macam mana nanti. Kalau tak ada apa-apa yang menghalang, mungkin tahun nie dapatlah aku gigi besi!

Terpaksa la pakai gigi besi kalau nak gigi cantik senyuman menawan.











Story Mory Bulan January

Assalamualaikum...

Sepatutnya, aku dah update entri baru semalam. Tapi disebabkan kemalasan yang amat, ditambah pula dengan idea yang tidak mencurah-curah ke ladang gandum, maka, entri hanya tinggal kenangan. Jadi, untuk hari nie aku akan berusaha segigih yang boleh untuk meng'update' entri yang tak seberapa ini. hehe.


CERITA 1: JANUARI BULAN BERTUAH

Aku tak tahulah dengan orang lain. Tapi selama 13 hari aku melalui bulan Januari 2011, banyak perkara baik yang berlaku pada diri aku. Contohnya memang banyak. Tapi tak payahlah kot aku sebutkan satu-persatu. Karang tak pasal-pasal orang cop aku riak pulak. 

Bulan Januari memang bulan bertuah aku. Mungkin disebabkan aku lahir dalam bulan ini, maka, setiap hari pun terasa indah. Seingat aku, belum pernah sehari pun dalam bulan Januri aku rasa kecewa. Ada lah jugak rasa kecewa masa awal-awal dulu, bila dapat tahu posting dilewatkan. 

Tapi aku tetap positif. Setiap hari pun aku berdoa agar dimurahkan rezeki. Tup tup aku dapat kerja jadi guru tuisyen. Walaupun tak lah semewah mana, sekurang-kurangnya aku ada la jugak sumber pendapatan sementara menanti posting yang tak tahu bila kan kunjung tibanya. 

Kalau betul la posting hujung bulan nie, seperti mana yang digembar-gemburkan, memang alhamdullilah. Buatnya, posting tengah tahun. Takkan nak menganga jer sepanjang 6 bulan tu. Kesimpulannya, siapkan payung sebelum hujan. Jangan nanti dah hujan, baru kau tergagau nak cari payung. Nanti sakit, siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka! haha. (Ayat last tu memang tak boleh blah!). So, be prepared!








CERITA 2 :  (bersambung...)




Monday, January 10, 2011

Bila Ana Raffali Menang Juara Lagu

Assalamualaikum...

Semalam kalau ada sesiapa yang tengok Anugerah Juara Lagu ke-25 mesti dah tahu kan siapa pemenangnya? Tak payah la kot aku nak ulas lebih-lebih pasal siapa yang layak ataupun tak, sebab aku pun bukannya juri yang arif tentang hal ehwal muzik nie. Lagipun, aku tak tengok sangat AJL semalam pasal kebosanan yang amat. Terus tukar Channel 412 dan tengok cerita Prom Night. Lagi layan~

Cuma aku nak ulas sikit pasal fenomena yang berlaku bila Ana Raffali menang Anugerah Juara Lagu. Macam biasalah. Dah nama pun Malaywood kan. Mesti tak boleh lari punya dengan istilah 'rumah siap, pahat berbunyi'. Aku pun tak paham sangat. Apasal la kita yang orang luar nie, nak bising-bising and kapochi tak tentu pasal. Bukannnya, kau dapat apa-apa faedah  pun bila kau dok kutuk-kutuk dia. Dia tetap bawak pulang RM 35,000 tu. Kau ada? Non-hado! Cakap banyak boleh la!

Aku yakin kalau bukan Ana Raffali pun yang jadi juara lagu semalam, mulut kita pun tak kan berhenti bercakap. Letak la sesiapa pun jadi juara, mesti ada jer yang rasa tak puas hati. Pasal kemenangan Ana Raffali semalam, aku kesal dengan sikap orang kita yang tak habis-habis dengan provokasi dan kutukan. Siap boleh buat fan page lagi menentang kemenangan beliau. Sudah sudah la!. Kalau kita dok pom pang pom pang pun takkan merubah keputusan juri. Keputusan telah pun dibuat. So, terima lah dengan hati yang rela.

fan page yang menentang kemenangan Ana Raffali

Aku pun bukannya kenal atau meminati Ana Raffali nie. Cuma, aku kesal la dengan sikap orang kita nie. Ini bukan cakap hal orang. Ini ingatan untuk diri sendiri jugak. Mengutuk orang memang sedap, tapi cuba kalau kau yang kena. Sakit tak? Sakit kan? So, berpada-padalah. Chill chill sudah! 

Chalo~

Sunday, January 9, 2011

My Make-up Story


Entri hari ini nak berkongsi tentang pengalaman aku masa mula-mula belajar make-up dulu. Seingat aku, aku mula berjinak-jinak dengan make-up nie masa umur 15 tahun. Time tu barang make-up pun tak la banyak macam sekarang ni. Ada la dalam 2-3 barang. Masa tu, aku tak tau lagi macam mana nak apply make-up. Barang yang ada pun hanyalah pelembab, compact powder cap ayam dan lipstick kepunyaan mak aku yang secara tak sengaja terjumpa bawah katil masa tengah mengemas rumah. Tu pun dah patah-patah. Tak de rupa lipstick langsung!

Tapi keinginan untuk bermake up tu memang ada dan sangat tinggi. Ada la dalam beberapa kali aku pergi sekolah dengan bermake up. Tu pun sekadar pakai bedak dan lip balm. Tak berani la pulak nak pakai lipstick pergi sekolah. Takut cikgu marah. Make-up pun nipis-nipis jer sampai tak de sapa yang perasan. Konon dah lawa habis la time tu! hehe.

Masa tingkatan 4 dan 5 aku dah 'up' sikit. Kiranya barang make up pun dah bertambah. Dari dua tiga barang dah jadi 4-5 barang. Masa tu dah pandai nak apply foundation, bedak, lip balm sikit dan lipstick nipis-nipis. Masih tak der siapa yang tau. Cuma muka aku nampak berseri sikit la berbanding kawan-kawan seangkatan pada waktu itu. hehe. 

Sebetulnya, aku banyak terpengaruh dengan mak aku. Bila mak aku pakai foundation, aku selalu tengok. Dan dari situ lah aku dapat pelajaran yang pertama. Apply foundation dulu sebelum pakai bedak. Ini memang terbukti benar dalam asas make-up.

Barang-barang make-up, aku peroleh secara second-hand. Maksudnya, bila mak aku dah tak guna dia punya bedak muka dan foundation atau ada beli yang baru, yang lama punya aku sental la. Ye la, masa tu mana la nak ada duit beli barang make-up bagai. Kalau ada duit pun, aku takkan beli punya. Baik beli makanan buat alas perut tak pun beli buku. Tu lagi baik kan?



Tapi pengalaman belajar make-up masa zaman sekolah memang sangat kelakar. Aku pun bukannya reti sangat bab-bab make-up nie. Sekadar nak conteng-conteng tu boleh la. Cuma dari dulu sampai sekarang, aku memang jarang bermake-up tebal kecuali waktu tarian dan bila ada occasion-occasion tertentu sahaja. Selebihnya, aku senang dengan make-up yang simple and natural. Lagipun, make-up nie bukannya topeng untuk kita merubah muka kita. Sebaliknya, ia adalah satu medium untuk kita menyerlahkan lagi kecantikan asli yang ada pada wajah kita dan menutupi kekurangan-kekurangan yang ada. 

Nanti kalau aku rajin, aku update la pulak pengalaman aku belajar make-up dari zaman matrik sampai sekarang. Tu pun kalau rajin la kan? hehe. Ok la, see ya next time!







Belum Berhenti Berharap

Seharian ni memang tak tau nak buat apa. Nak tulis blog,  tapi idea tak datang. Nak masak tapi malas la pulak! Nak keluar tapi duit tak ada. Nak dating, erm... boyfriend plak tak der... Eyh, silap! Maksud aku, bukan tak ada boyfriend, cuma boyfriend aku jer yang tak der kat sini. Maklumlah, dating long distance kan... hehe. Jangan marah awak... Last2 duduk la aku terperap kat rumah nie macam katak bawah tempurung. Erm nasib la...

Nak tunggu posting pulak, macam hareemmm jer... Hari-hari menanti ibarat menunggu buah yang tak gugur. Batang hidung langsung tak nampak. Memang indah khabar dari rupa betul la! Malas dah nak layan khabar angin pasal posting nie. Dari tunggu kau, baiklah aku tambah pendapatan kat Nuffnang nie! Hari-hari pun boleh tengok buffered earning. huhu.. Gembira! Tak pun, pergi tuisyen mengajar. Dapat la jugak sekupang dua. Cukup la kot nak tampung duit belanja bulan-bulan sementara menanti posting yang tak kunjung tiba nie. Haish!

Hari tu masa blogwalking, aku terbaca la satu statement nie kat blog junior aku. Katanya, batch kitorang, dekat 60 orang gak la yang kemungkinan akan dapat FIRST CLASS DEGREE... Fuyoo... Sapa lah yang bertuah tu yer? Harapan tu memang la nak dapat yang terbaik, tapi bila tanya balik pada diri sendiri, layak ker aku nie? Macam tak layak jer (bercakap dalam nada pilu). Cuma kalau boleh, aku mesti la berdoa dan berharap untuk dapat yang terbaik buat diri sendiri. Tak salah kan? Nie bukan isu perasan. Ini tentang keyakinan, doa dan harapan untuk dapat yang terbaik buat diri sendiri, keluarga dan yang tersayang! Haa... tu baru lah betul...

Apa-apa pun, aku berharap adalah rezeki untuk aku dan kawan-kawan nanti. Rezeki nie datang dari macam-macam cara. Bukan yang nampak aja kita panggil rezeki. Yang tak nampak pun sama. Contoh, kalau kau tengok dua orang couple yang tiap-tiap hari jumpa dan tiap-tiap hari keluar makan sama, tak semestinya diorang bahagia. Tak gaduh. Tu cuma luaran jer. Mana la tau, setiap kali jumpa jer asyik gado kan? Haha. Aku merepek apa pulak nie? Dah dah...

Maksud aku, banyak jenis kebahagiaan dan rezeki yang kadang-kadang tak terlihat dek mata kasar. Contohnya, aku. Aku dan En. Boyfie memang jarang sangat dapat jumpa. Tapi kitorang bahagia. Tenang jer setiap masa and sangat jarang gaduh. Aku tahu ayat aku memang sangat annoying malam nie. Tak tahu la kenapa. Mungkin sebab dah rindu sangat kot kat Dato' H korang tu. Maklum lah, dah berbulan-bulan tak jumpa... Rindu seyhhhh......

Sekarang nie aku hanya boleh harap yang terbaik sahaja untuk diri sendiri. Harapnya, adalah rezeki aku dalam seminggu dua ini. Kesimpulannya, aku BELUM berhenti berharap lagi! Cewah....


Saturday, January 8, 2011

Hari Happy




Hari ni hari Sabtu,
.
.
.
Esok hari Ahad.
.
.
.
.
.
.
.
So,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

HAPPY WEEKEND semua !!




Thursday, January 6, 2011

KONTROVERSI : Isu Gadis Tudung, Shawl Melaram.

s

Assalamualaikum...

Sekarang nie, kalau kita pergi ke blog-blog, heboh pasal entry Gadis Tudung, Shawl Melaram yang mana kebanyakan blogger menyifatkan entry tu sebagai mengaibkan orang lain. Tapi bagi aku secara peribadi, tak ada apa yang salah pun pasal entri tu. Aku bukan nak menyokong, jauh sekali mengiyakan apa yang dikatakan penulis blog tersebut. Mungkin caranya aja yang tak berapa nak kena.

Lagipun, setiap kali aku blogwalking, ramai jer blogger yang bagi amaran "Ini belog aku. Kalau tak suka jangan baca! " Kalau tak suka, Boleh Blah!" Ini blog aku, suka suki aku! Perrrrrrrrrrghhhhhhhhhhhhh..... Gila kentang  ganas ayat ko! Memang tak sesuai la dengan sifat aku yang lemah lembut nie. Terus aku pangkah. Malas dah nak melawat blog macam tu. Ye la, hidup kau kan? So what? 

Point aku kat sini ialah setiap blogger memang ada hak ke atas blog masing-masing. Terpulang pada kita untuk menulis apa pun kerana blog kita adalah pendapat peribadi kita. Cuma pada aku, kalau kau tak nak bagi orang baca, wat per ko publish dekat blog and pampang luas-luas kat alam maya nie. Kau kan tau bila ko tekan jer butang 'Publish' tu, satu dunia boleh baca entri kau. Haha. Emo plak!

So, dalam entry Gadis Tudung, Shawl Melaram tu penulis ada memetik beberapa nama blogger yang terkenal. Tak payah la aku sebut nama-nama blogger tu. Karang tak pasal-pasal aku pulak yang kena hentam. Tapi inilah masalahnya bila kau jadi terlampau terkenal. Korang pernah dengar tak kata-kata bijak pandai, "setiap manusia yang lahir ke dunia nie ada harganya". Means kalau kau pilih jalan untuk jadi famaous dan terkenal, sebenarnya ada harga yang perlu kau bayar. Harganya ialah, kau glamor tapi privasi kau mungkin akan hilang! Mungkin ramai orang suka tapi tak kurang juga yang membenci. Ramai yang puji tapi pada masa yang sama tak kurang dek keji.

Dalam isu ini, aku melihat dari sudut pandangan orang ketiga. Maksudnya, aku atas pagar. Tak memihak kepada sesiapa. Kepada penulis entri Gadis Tudung Shawl Melaram, kalau nak menegur pun biarlah berhikmah. Jangan mengaibkan orang lain. Bagi aku, cara kau petik nama-nama blogger menunjukkan kau ada niat yang tersembunyi. Tak baik tu beb! Tapi aku salute sangat kat kau sebab cara kau bagi nasihat memang chill la beb. Aku tau, kau bercakap dari kaca mata seorang lelaki. Kau menulis sebab kau rimas dengan keadaan semasa. Aku tau, kau tak berapa suka dengan fashion-fashion masa kini yang kau sifatkan sebagai bonggol unta dan sebagainya. Aku faham betapa terseksanya naluri batin kau melihat fashion-fashion hari ini. Tapi itu cuma pandangan peribadi kau. Pandangan dari satu sisi sahaja. Tak semestinya betul 100% pun kan?

Komen tentang aurat seseorang, dosa dan pahala memang satu isu sensitif. Dalam hal ini, masing-masing perlu menggunakan akal fikiran dan sensitiviti sendiri. Macam aku cakap dalam entri lepas, pakaian kita melambangkan sahsiah dan peribadi kita. Jadi pandai-pandailah! Sebagai seorang perempuan, bagi aku fashion-fashion tudung hari ini tidak boleh dipersalahkan. Tak ada apa yang salah pun dengan shawl, tudung ekspress dan lain-lain kerana fungsinya jelas untuk menutup aurat tapi cara kita memakai tudung itu sendiri yang perlu diperbetulkan supaya lebih berhemah. 

Aku pun macam girl lain jugak. Sangat meminati fashion terkini cuma pandai-pandailah, agar kita tidak menjadi mangsa fashion. Kepada blogger yang dihentam, bersabarlah. Anda tidak bersalah. Semua ini hanyalah satu provokasi daripada mereka yang punya agenda tersendiri. So chill beb chill!

Akhir kata, "Every moment of your life is an opportunity for fashion" -glee

Sekian,ADIOS! Take care people. Jangan notty2!


 Tudung ekspress, tudung bawal: Fashion terkini. Salah ker?



p/s: Link hanya akan diberi jika korang berminat nak tahu tentang entri tersebut. Aku pun tak nak korang terlibat dengan komen yang bukan-bukan kat blog tu.